Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 6, 2010

Mat Sembab ber'fatwa' lagi!

Aduyaiii!!..
Siapa lah lagi yang sudi menelan 'fatwa' Mat Sembab ni..
Sejak UMNO dah nak mati ni.. macam-macam 'fatwa' yang mat Sembab ni dah keluarkan..
paling ganas bila dia ber'fatwa'.. Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa!! wakakaka!

Kali ni 'fatwa' mat Sembab..
"Melayu kehilangan kuasa politik!" wakakakaka!
Hilang kuasa politik ke hilang kuasa UMNO?

Hanya orang UMNO sahaja yang percaya dan beriman dengan ayat "UMNO = Kuasa Melayu"..
Dan semakin ramai yang telah meninggalkan 'ajaran sesat' UMNO itu..
Rukun Iman UMNO "UMNO=Kuasa Melayu' ini jelas adalah khurafat dan wajib ditinggalkan!

Hanya Islam sahaja yang mampu menaikkan sesuatu bangsa dan tamadun!
Hanya Islam sahaja yang memapu menyelamatkan maruah semua bangsa!
Hanya Islam sahaja yang mampu menyatupadukan seluruh manusia di muka bumi ini!
Bukan sahaja manusia malahan tumbuhan & haiwan juga akan menerima keadilan Islam sekiranya Islam dijadikan Ad-din dalam hidup!

Sudah-sudahlah dengan 'keimanan' kepada perjuangan bangsa..
Rasulullah SAW sendiri menyayangi bangsanya tetapi bukan asabiyah!
bukan hanya mengangaap bangsa yang akan mendaulatkan Islam!
Tidak sama sekali!

Yakinlah kepada sunnah perjuangan Rasulullah SAW iaitu Keagungan Islam!
Takbir! Allahuakbar!

sunsnake 06072010

Melayu hilang kuasa politik jika terus berpecah
Jul 6, 10 9:57am

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.

"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj Umno bahagian Pagoh di Masjid Kampung Parit Raja, Gersik, di Muar semalam.

Berita Penuh

0 comments: