Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, December 31, 2010

Khalid Samad.. Standby!

Memang Kena Pijak Lagi La Gambo YB neh!! adehhhh! Sabor je le YB oii!

1001 Terpedo On The Way!

Hmmmm..
Teman menjangkakan lepas ni mau nama YB Khalid Samad ni naik balik di blog-blog UMNO!
Kompom gelaran pengkhianat agama,bangsa dan negara dilemparkan kepada beliau!
Kompom!!

Pada UMNO, Islam ni jenis lain macam sikit..
Seolah-olah semua agama selain Islam wajib dibenci dan didendami!
Seolah-olah semua agama wajib diperangi!
Walaupun Islam sendiri tidak menuntut paksaan memeluk Islam?

Islam ini adalah agama yang cintakan Kedamaian..
Hinggakan Rasulullah SAW pernah melarang umat Islam menzalimi golongan bukan Islam yang patuh kepada undang-undang Islam. Sesiapa yang menzalimi mereka seolah-olah mereka menzalimi aku! Sabda Baginda!

So, kalau PM kita rasa tak selesa dengan majlis yang ada lambang-lambang agama selain Islam, wajarlah dia mengumumkan tidak hadir di majlis berkenaan.. Itu lebih sopan daripada menyuruh mereka membuang lambang agama mereka sendiri!

Bagaimana agaknya perasaan kita sekiranya ada pemimpin negara yang bukan Islam yang dijemput ke majlis kita di masjid meminta agar tulisan-tulisan khat didalam masjid disimpan?
membunuh pun mahu kita!

Buat YB Khalid, You rock YB! wakakaka!

sunsnake 31122010

Isu gereja: Pakatan mahu Najib minta maaf, nyatakan pendirian

December 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memikul tanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap “tidak senang” akibat tindakan pembantunya ketika majlis sambutan Krismas anjuran Ketua Biskop Katolik, Sabtu lalu.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan pegawai-pegawai Najib didakwa mengarahkan kepimpinan gereja mengalih patung salib dan simbol-simbol lain daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib.

Selain itu, him dan doa juga dilarang ketika kehadiran Najib.

Sumber-sumber mendedahkan bahawa arahan itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Perdana Menteri.

Pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR menggesa Najib agar bertindak segera dan menjelaskan pendirian beliau mengenai arahan itu atas alasan sebarang kelewatan dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum yang rapuh.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menggambarkan tindakan pembantu-pembantu Najib itu sebagai sikap “tidak boleh bertolak ansur”, malah mencerminkan sikap kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).

“Penganut Kristian ada hak untuk menyambut perayaan agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan. Saya tidak melihat mengapa orang-orang Najib harus pergi dan memberikan arahan supaya mengalihkan ini atau itu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Berita Penuh

Mereka (UMNO) Tidak Pernah Tidur!


Jangan Tidur Lagi!

Setelah UMNO-BN Selangor mengalami kekalahan memalukan di PRU 2008,
senantiasa ada sahaja isu dan provokasi yang mereka bangkitkan.
Sekecil-kecil isu surau lama di Rawang hinggalah sebesar-besarnya isu seperti isu pasir dan kuil.

Sebut apa sahaja yang BN Selangor diketuai oleh UMNO lakukan,
cuma belum membunuh seperti di Kelantan (Kes Allahyarham Samad Gol) sahaja!
Harap tulisan teman ini tidak dipertikai kerana ianya adalah bukti nyata dalam lipatan sejarah politik Malaysia.

Satu demi satu UMNO Selangor melancarkan serangan untuk menjatuhkan setidak-tidaknya kepercayaan golongan atas pagar di Selangor.
Bahkan, apabila Kerajaan PR Selangor melaksanakan skim Air Percuma pun ditentang oleh UMNO!
Agak diluar logik akal sebenarnya tindakan UMNO Selangor membantah Kerajaan Negeri membayar 10m3 air untuk setiap meter individu di Selangor!
Tak masuk dek akal!

Sebut sahaja apa jenis isu yang dimainkan,
isu perkauman, isu agama, isu ekonomi
malahan Istana Selangor juga telah beberapa kali digunakan oleh UMNO untuk mencalar reputasi Kerajaan Negeri!

Dan kini, usaha mereka yakni UMNO semakin 'daring' dan berani.
Perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)
sebenarnya benar-benar menguji kesabaran kerajaan PR Selangor.
Semenjak pasca PRU 2008, isu perlantikan Khusrin ini adalah terhebat serangan UMNO terhadap Kerajaan PR Selangor!
Manakan tidak, bukan setakat Istana Selangor diheret untuk dijadikan perisai
malahan Perlembagaan Negeri juga dijadikan medan ujian UMNO untuk menguji sejauh mana mereka mampu merobek pertahanan kerajaan negeri!

Buat pendokong dan penyokong Kerajaan PR Selangor yakinlah!
Bahawa puak-puak UMNO-BN ini tidak tidur!
Mereka siang dan malam memerah otak mencari jalan bagaimana mahu merampas kembali kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini!
Mereka tahu rakyat Selangor semakin menjauhi mereka!
Siri-siri ceramah kempen "Selamatkan Selangor' mereka langsung tidak mendapat sambutan walaupun disuap dengan duit dan makanan!
Dan hanya 'jalan belakang' sahajalah satu-satunya cara mereka yang tinggal untuk merampas kembali takhta pemerintah bangunan SUK di Shah Alam itu!

Mereka perlu pantas, kantung duit mereka semakin kempis dan 1Malaysia tahu,
tanpa duit UMNO-BN akan jadi makhluk yang tidak bernyawa!
Akan jadi Zombie!
Dan mungkin ketika itu mereka akan diterima berlakon sebagai Zombie di Kampung Pisang Mamat Khalid!

Sebagai pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat Selangor...
Mampukah kita terus berdiam diri?
Mampukah kita terus menidurkan jasad dan minda?
Mampukah kita terus lena dengan keindahan kemenangan PRU 2008?

Atau kelak kita akan menyaksikan berulangnya pemerintahan PAS Terengganu yang hanya sepenggal...

Sedarlah bahawa puak yang kita hadapi ini...
Tiada dosa pahala dalam tindakannya..
Tiada undang-undang dapat menghalangnya..
Tiada senjata mampu merobeknya...
Tiada media mampu mengubahnya...

Justeru.. mampukah kita dan kamu meneruskan lena?
sunsnake 31122010

Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.

"Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.


Berita Penuh

Thursday, December 30, 2010

Debat UMNO - PAS??? Bior Betul wehhh!!


Ni Ketua Pemuda UMNO Larut.. - sumber


Ni Ketua Pemuda PAS Larut... - sumber


Perghhh!!!
Bior betoi yeob!!
Benor-benor ke nak ade debat nie??

Macam tak caye lak teman!!!

Kat Peghak pulak tuhhh!!! Cayalah!!!!

Jadi tau! Jangan Tak Jadi!!

Maklumlah.. puak-puak UMNO ni bukan berani sangat!
Especially pemudanya! wakakakaka!

p/s: Ada mana-mana host nak buat live tak? tak kira la UMNO atau PAS punya!
bagitau teman ye?

sunsnake 30122010

Debat Pemuda PAS-Umno Larut Sabtu ini

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucap tahniah kepada Pemuda PAS dan Pemuda Umno Larut di atas usaha menganjurkan satu pentas debat di Dewan Serbaguna MDS, Taman Permai 2 , Selama pada jam 8 malam Sabtu ini.

Debat tersebut adalah antara ketua Pemuda PAS dan ketua Pemuda Umno Larut. "DPPN Pk mengalu-alukan usaha debat ini yang sudah tentu akan mematangkan lagi generasi muda masakini," kata ketuanya, Zawawi Hassan.

"Pemuda PAS Larut akan menampilkan Mohd Nazri Din (kanan), manakala Pemuda Umno pula akan menampilkan Mohamad Anuar Ariffin (kiri). "DPPN Pk memberikan sokongan sepenuhnya kepada kedua-dua pihak agar dapat melangsungkan majlis debat tersebut dengan jayanya," tambahnya.

Berita Penuh

Menteri Pun Menipu Inikan Pulak Timb. KSU!


Sudah-sudahlah menipu duhai pemerintah Malaysia..
Hari tu Menteri sendiri dah terang-terang menipu..
Hari ni Timbalan KSU Kementerian pulak berjinak-jinak nak menipu...

Yang menteri tipu hari tu pun still tak berjawab sampai la ni!

Jangan risau la..
Harga minyak masak kompom naik punya!!
Tunggu masa je..

Lagipun...
Jangan nampak minyak masak yang bakal naik..
Barang-barang lain dah lama naikk!!
Diam-diam je naiknya!
Macam dalam seluar!

Apa nak heran!
Makcik Pakcik Felda kaya-raya!
Tak macam kami di bandar nehh!!

Lagipun..
Pada orang UMNO..
Lagi naik harga barang lagi tinggi nilai Ketuanan Melayu nye!!
wakakakaka!
Bangang!

sunsnake 30122010

K'jaan: Tak logik harga makanan naik 10%

Pengusaha restoran tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 10 peratus meskipun berlaku kenaikan harga gula dan bahan api berkuatkuasa 4 Disember lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Daud Tahir berkata simulasi harga yang dibuat baru-baru ini juga menunjukkan perubahan harga makanan dan minuman adalah minimum iaitu kenaikan antara 0.1 sen dan tiga sen sahaja.

"Kita sudah buat simulasi dengan kerjasama konsultan (untuk melihat) berapa kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula dan bahan api baru-baru ini dan tak munasabah jika mereka nak naikkan harga makanan dan minuman," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Berita Penuh

Malaysia Bakal gegar pentas Piala Dunia!!!



Maaaalaysiaaa!! Maaaaaalaysia! Maaaaalaysia!!

Alhamdulillah.. akhirnya Malaysia berjaya memecahkan rekod sendiri dengan pertama kali menang Piala Suzuki AFF ni.. dulunya dikenali sebagai Piala Tiger... Mujur dah tukar nama!

Teman dok layan di kantin tempat kerja teman..
Dah macam kat stadium pulak ramainya!

Yang menarik duduk sekali dengan kami adalah sekumpulan pekerja-pekerja kontrak Indonesia..
Kesian jugak teman nengoknya..
Time Malaysia score jenuh budak-budak Indon ni menepis sorakan kami..
Tapi bila time Indon score mereka terpaksa bersorak dalam hati je laa..
Nak menjerit tak berani!! wakakakaka!

Apa boleh buat Om! negara orang lain!! wakakaka!!

Apa-apa pun tahniah buat skuad K.Rajagopal yang berani membuat perubahan..
Tiada nama-nama player ternama dalam skuad ini..
Dan average umur yang muda sangat memberikan faedah yang besar untuk jangkamasa panjang!

Tapi teman terfikir gak sambil layan bola malam tadi...
Macam mana agaknya suasana rakyat Malaysia jika malam tadi adalah game Malaysia di pentas Final World Cup?

Malaysia Boleh! hehehehe..
1malaysia!! wakakakakak!

p/s: Company teman sokong Indon kot? sebab Esok(jumaat) kena keje gakk!!! adehhh!!
sunsnake 30122010

Errr.. Ada YB UMNO Yang berani Buat begini?


Teman yakinlah..
Kalau puak-puak belah sana..
Akan terjadi sebaliknya!

YB Mahfuz ni resign sebab tak puas hati..
Dikatakan syarikat terbabit bagi projek pada syarikat yang tak masuk dalam list apply tender..
Hebat!

Kalau belah sana.. tender resign sebab company kroni tak diberi projek!
Hatta company tu tak submit tender pun!! wakakakak!

Teruskan pendirian sebegini YB PAS!
Integriti itu penting..
Tanpa integriti..jadi UMNO lah jawabnya!
wakakakak!
Alhamdulillah...
sunsnake 29122010

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah


Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.

Sumber-sumber yang rapat dengan pemimpin PAS itu, mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Berita Penuh

Wednesday, December 29, 2010

Isa Samad - Berapa Peratus Integriti UMNO Yang Tinggal?


Teman boleh faham dengan kekuasaan UMNO yang memerintah Kerajaan Malaysia...
Dia boleh lantik siapa pun yang dia suka.. itu fakta..
tak dapat disangkal lagi!
walaupun ada beberapa perkara yang puak-puak ni main langgar je hatta perlembagaan sekali pun!

Tetapi agak-agak lah nak memilih pun!

Felda ini adalah antara aset negara yang paling penting!
Dan ianya juga aset Kaum Melayu yang paling nyata!
Sewajibnya UMNO memberi penekanan yang serius dalam memilih siapa yang akan menentukan hala tuju Felda.

Teman yakin, bangkangan ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman ini bukannya 100% bersandarkan politik semata-mata tetapi lebih kepada keikhlasan mahu melihat jaminan masa depan yang baik kepada felda.

Isa Samad ini bukanlah suatu karektor yang wajar dijadikan contoh!
Malahan didalam UMNO pun susuk tubuh ini telah gagal membuktikan kredibliti dan integritinya!
Jika orang yang pernah dihukum atas rasuah ini pun dianugerahkan jawatan setinggi dan sepenting ini, dimanakah lagi integriti yang ada didalam UMNO?
Sudah habiskah calon-calon lain yang lebih sesuai dan tiada sejarah rasuah didalam UMNO?

Secara ikhlas, teman ingin nyatakan Dr Yusuf Noor lebih dilihat jauh lebih bersih dan berintegriti untuk terus memimpin Felda. Tidak ada lagikah calon yang senada dengannya?

Oh! Terlupa pulak teman, kalau Rahim Tamby Chik yang 'ganas' itupun boleh dilantik sebagai Pengerusi Risda, apa sangat la kesalahan Isa Samad ini!
Lagipun apa sangat lah makna INTEGRITI didalam UMNO?
Tak siapa heran pun!!! Wakakakaka!

sunsnake 29122010

Kempen 'katakan tidak pada Isa Samad'


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menggerakkan kempen pungutan tandatangan seluruh warga Felda sebagai membantah pelantika Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Felda.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) berkata, gerakan mengutip tandatangan itu akan bermulai 1 Januari depan.

Tandatangan tersebut akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan.

Mazlan memberitahu demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas pelantikan Isa sebagai pengerusi baru Felda.

"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.

Berita Penuh

Apabila Profesor Bersuara Seperti Ibrahim Ali!


Hok aloh..
5-6 kali jugak teman baca berita pasal pendapat Profesor kangkung ni( pinjam ayat tukartiub).
Tapi teman masih tak faham langsung apa yang dimaksudkannya!

Siapa yang mainkan sentimen perkauman?
PR ke BN? especially UMNO!

Siapa yang sampai hunus keris di PWTC?
Siapa yang nak cipta Kedaulatan melayu?
Siapa yang nama partinya ada nama Bangsa?

ok lah prof..
meh kita semak sama-sama..

Barisan Nasional
1. UMNO - United Malay National Organisation
2. MCA - Malaysian Chinese Association
3. MIC - Malaysia Indian Congress
Pakatan Rakyat
1. PAS - Parti Islam SeMalaysia
2. DAP - Democration Action Party
3. PKR - Parti Keadilan Rakyat

Tang mana racisnya PR?
Nama parti-parti dalam PR pun dah tak melambangkan mana-mana kaum pun!
Apatahlagi konsep perjuangan!

Dah banyak kali teman sebut..
Dalam PAS ada cina, ada india ada melayu.. ada orang asli pun!
Dalam DAP ada cina, ada india ada melayu...ada iban pun!
Dapam PKR ada cina, ada india ada melayu.. ada melanau pun!

Tapi dalam UMNO takde cina, india ada tapi... wakakakaka!
Tapi dalam MIC tobat lahum takde melayu!
Tapi dalam MCA memang takde yang tak mata sepet!

Aduhhh!!!
Macam mana lah boleh jadi Profesor 'Ulung' ni??
Profesor 'gulung' layaknya!
wakakakaka!
sunsnake 29122010

Politik rasis tidak berjaya di Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Propaganda politik yang menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan daripada rakyat oleh pembangkang sekarang sudah dirancang dengan teliti namun ia tidak akan berkesan di negara ini.

Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, pembangkang sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu kerana mereka berduit serta mendapatkan khidmat nasihat pakar strategi dari luar negara.

"Namun kita lihat amalan politik rasis di Malaysia hanya berani disuarakan di tempat-tempat tertentu seperti di Parlimen atau ceramah tertutup kerana pelakunya takut dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya percaya kita tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik perkauman kerana memiliki kewarasan yang tinggi dan seterusnya tidak menjejaskan hubungan baik antara semua kaum di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chelsea vs Man Utd - Dah set Tarikh!


Cheisss!!
teman punya la semangat nak layan game ni hari tu..
siap pakai jersi MU gi kedai mamak! (masa tu lom boikot lagi..hehehehe)..

Sampai-sampai je.. aitt?? apsal lengang je?
rupanya game pospone.. adehhh!!
Itulah akibatnya takde astro kat umah!!

apa2 pun.. tarahal la nak lawan bila dan dimana pun..

Man Utd.. you rockkk!!!
sunsnake 29122010

Bridge date set

United's trip to face reigning Premier League champions Chelsea has been rescheduled for Tuesday, 1 March.

The encounter was initially due to be played last Sunday, but was postponed due to heavy snowfall around Stamford Bridge.

The new date is subject to neither side having an FA Cup fifth round replay to shoehorn into an already tight fixtures schedule. Should both teams exit the competition in the third or fourth round, the fixture could be brought forward to an earlier weekend.

Should the Reds travel to West London on 1 March, however, it will fall amid a series of away games. United travel to Marseille (23 February), Wigan (26 February) and Liverpool (5 March).

Though Sir Alex admits last weekend's postponement perhaps suited Chelsea more than United, with the champions currently struggling for top form, he retains confidence that his side can end a long winless run at Stamford Bridge.

"They were in a bad bit of form and they were probably quite happy to get the game off; that’s one way of looking at it," the manager told his pre-Sunderland press conference. "But at the end of the day it doesn’t matter when we’re going to Chelsea, we’ve got to be confident of going there with the right team to win."

sumber - ManUtd.com

Ayuh Pemuda PAS! Siapa Lagi Kalau Bukan Kita?

Ayuh anak muda! Ada bran buat perubahan diri dan Islah agama?


Kepada semua pemuda PAS Malaysia!
Ada bran?
Ada Iman?
Sekuat mana iman mu?
Selemah mana iman mu?

Perjuangan bukan sekadar kata-kata..
Perjuangan bukan sekadar ucapan!

Perjuangan adalah pembuktikan melalui tindakan dan kata-kata!
Berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim adalah kewajipan!

Jika takut, sila masuk UMNO!

wakakaka!
sunsnake 29122010

Pemuda PAS lancar jelajah tawan Putrajaya

Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu. "Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Berita Penuh

Khusrin - Agenda Melagakan Kerajaan Selangor dan Istana!


Nampaknya UMNO tak sudah-sudah mencari jalan melaga-lagakan Kerajaan Negeri Selangor dan Istana.. Sememangnya hanya itu sahajalah modal yang ada oleh mereka.

Mereka tahu betapa 'bengang'nya Kerajaan PR Selangor dengan Khusrin ini..
Bukan lagi rahsia akan betapa totoknya Khusrin ini dengan UMNO!
Bukan lagi rahsia betapa kelayakan pengalaman dan gred Khusrin yang sebenarnya tidak layak menjawat jawatan setinggi Setiausaha Kerajaan negeri (SUK)!
Dan bukan lagi rahsia betapa jawatan SUK inilah senjata UMNO didalam setiap kerajaan negeri PR.

Segala macam perancangan oleh Exco Agama Islam Selangor, Dr Hassan Ali diboikot dan diawasi sepenuhnya oleh Khusrin ini atas jawatannya sebagai Pengarah JAIS lantikan Istana. Sememangnya JAIS duduk dibawah MAIS dan MAIS adalah dibawah Sultan Selangor!
1Malaysia tahu bahawa barisan penasihat-penasihat Sultan ini apa fikrahnya!

Lihat sahaja betapa berbisanya SUK Perak disepanjang isu Kudetta dahulu..
SUK tersebut tergamak menghalau dengan cara biadap DS Nizar daripada pejabat MB Perak!
Seolah-olah dia hanya berlakon baik sepanjang 8 bulan pemerintahan DS Nizar.
Hinggakan DS Nizar sendiri semacam tak percaya dengan perubahan drastik SUK ini..

'ultimate goal' dalam isu ini adalah untuk menimbulkan ketegangan antara pihak Kerajaan negeri Selangor dan Istana Selangor! Walhal perlantikan SUK ini tidak ada kaitan pun dengan Sultan! Melainkan jawatan didalam JAIS dan MAIS.

Rakyat Selangor akan memerhatikan dengan penuh teliti isu perlantikan Khusrin ini sebagai SUK pastinya. Dan sekali lagi kesabaran dan kecekapan pimpinan kerajaan negeri Selangor akan diuji. Semoga Allah SWT memberikan ruang dan peluang.
sunsnake 29122010

Kelayakan Khusrin jadi SUK S'gor dipertikai

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru mula dipertikaikan, antaranya ekoran 'kontroversi' yang melingkarinya. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu "yang seolah-olah ingin sabotaj" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira. Antaranya, dakwa Nik Nazmi, Khusrin melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta "engkar" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. "Sebelum itu Khusrin 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan. "Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?" soal Nik Nazmi dalam blognya hari ini.

Berita Penuh

Si Penembak Laser di Stadium Ditemui!

Isu Khusrin: BN belum belajar dari tsunami




Shaharul Shafie

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dilihat akan memberi impak kepada pemulihan persepsi rakyat kepada sejauh mana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) itu selama ini belajar dari kesilapan sebelum hampir ditenggelami oleh tsunami politik 2008. Di saat Umno dan BN semakin kembali kuat dengan dasar-dasar baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada suku ketiga tahun ini, nampaknya kerajaan kembali melakukan kesilapan lagi bagi mengambil semula hati dan keyakinan rakyat terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Tindakan yang dimaksudkan ini ialah tindakan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat yang tidak menitikberatkan aspek profesionalisme dan mengambil kira kesesuaian calon dengan kerajaan negeri. Bukan itu sahaja, langkah kerajaan pusat ini dikesali kerana sampai sekarang nampaknya BN masih belum sedar bahawa punca utama mereka pernah ditolak dulu adalah kerana sikap menunjuk pandai dan kuasa yang berpaksikan politik dan bukannya kepentingan rakyat. Mungkin terghairah tidak tentu fasal dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi membuatkan mereka kembali membuat ’dosa’ lama.

Saya amat letih sekali kerana banyak artikel saya sebelum ini hanya mahu mengingatkan beberapa kali kepada BN bahawa Najib sendiri sebelum ini akur akan persepsi dan minda rakyat masa kini yang menyebabkan mereka hampir tersungkur dalam PRU 2008. Ini adalah kerana ketika itu, rakyat menyampah sama-sekali kerajaan BN yang mengamalkan dasar ’only we who know the best for people.’ Najib sendiri beberapa kali bercakap pada media dan rakan-rakannya dalam BN bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Namun, apa yang berlaku sekarang, keangkuhan lama yang masih belum surut terus diamalkan dan janji Najib untuk tidak akan lagi mengamalkan dasar tahu semuanya itu nampaknya meleset sekali.

Tidak dinafikan sepanjang dan selepas pemilihan pimpinan PKR pusat yang lalu, selain dari program penambahbaikan ekonomi oleh Najib, persepsi rakyat terhadap pemerintah pusat nampak semakin pulih. Namun, tahap ’kemaafan’ rakyat yang pernah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU yang lepas nampaknya semakin lusuh apabila bermula episod pertarungan tunjuk kuasa BN di Dewan Rakyat beberapa minggu lepas mengenai dakwaan PR mengenai unsur Israel yang cuba menerapi konsep 1 Malaysia telah menyebabkan empat ahli Parlimen digantung dari Parlimen.

Bagi rakyat, yang menginginkan doktrin pembahagian kuasa dengan penuh demokrasi yang sempurna dapat dilaksanakan amat kesal dan ternyata sedih dengan penggunaan kuasa politik melebihi daripada kepentingan masyarakat. Bukan itu sahaja, BN dilihat mengamalkan matlamat yang menghalalkan cara telah menyebabkan negara juga mengalami susutan kedudukan di kalangan negara dunia dari segi amalan demokrasi yang jelas secara langsungnya akan memberi kesan kepada nama baik negara dan kemasukan pelaburan asing yang kini semakin mengecil. Laporan Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan Malaysia turun dari tangga 68 ke 71 di dalam prestasi indeks demokrasi dua hari yang lalu di kalangan 167 buah negara.

Dari saat penggantungan ahli-ahli Parlimen itulah, rakyat yang sebelum ini nampaknya sedia memaafkan BN sudah kembali berang dan melupakan kemarahan mereka ke atas apa yang berlaku di dalam pemilihan PKR baru-baru lagi. Mungkin penggantungan tidak demokratik itu yang tidak memberi peluang adil membela diri dan termasuklah dengan perlantikan sesuka hati KSU Selangor ini menjadi rahmat kepada PR yang sejak dua menjak ini kekurangan isu-isu panas untuk diketengahkan bagi meraih sokongan rakyat. Namun yang amat dikesalkan ialah cakap tak serupa bikin oleh BN apabila masih meletakkan kepentingan parti melebihi daripada demokrasi yang dijunjung oleh rakyat. Malah membabitkan istana semata-mata untuk berkuasa dan kesannya rakyat mula menaruh prasangka ke atas raja-raja Melayu.

Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi untuk menjadi SUK Selangor yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor dilihat sebagai satu pertikaian yang bakal membabitkan pihak istana yakin Sultan Selangor. Khusrin yang sebelum ini penuh kontroversi dan terkenal apabila gagal bekerjasama dengan kerajaan Selangor di dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di negeri itu turut menggunakan Sultan Selangor sebagai pelindungnya dengan alasan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa sultan. Khusrin boleh diibaratkan seperti ’firaun kecil’ yang pernah berlaku di Pulau Pinang apabila Pegawai Pembangunan Pulau Pinang yang sepatutnya berkhidmat dengan kerajaan negeri tetapi lebih berkiblatkan kepada kerajaan persekutuan. Jadi samalah dengan Khusrin.

Bila pejabat KSN dan istana Johor semalam memaklumkan perlantikan Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, ini jelas usaha semborono kerajaan BN yang cuba membabitkan kedudukan istana. Sebenarnya perlantikan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan sepertimana perkenan diperlukan untuk jawatan-jawatan tertinggi berkaitan dengan fungsi baginda dengan hal ehwal agama Islam negeri sahaja. Baginda berkuasa untuk perkenan perlantikan mufti dan lembaga pengarah untuk JAIS dan agensi-agensi berkaitan dengan agama negeri seperti Majlis Agama Negeri Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain lagi.

Perlantikan SUK mestilah dipersetujui hanya oleh Menteri Besar Selangor. Ini adalah kerana Menteri Besar adalah ketua pentadbiran di dalam negeri itu. Sultan Selangor hanya lambang negeri, kedudukan Melayu dan berkuasa penuh dalam aspek agama Islam sahaja. Oleh itu, sebab kerajaan pusat mengheret baginda ini tidak nampak rasional dan apa yang boleh diandaikan ialah kerajaan pusat cuba menggunakan nama baginda sultan ini untuk dua sebab. Sebab pertama ialah untuk berlindung di belakang baginda dengan mengenengahkan baginda sebagai ’satu alat’ untuk membuatkan semua orang senyap dan terpaksa menerima Khusrin atau sebab kedua ialah BN menggunakan situasi ini untuk memburukkan imej kesultanan Selangor di kalangan rakyat jelata. Ini benar kerana sejak dahulu lagi di bawah Tun Dr Mahathir, BN selalu mencabar kedudukan raja-raja Melayu secara halus untuk tujuan politik nasionalis mereka termasuklah pengurangan kuasa raja-raja.

Tidak dinafikan keputusan akhir perlantikan SUK memang terletak di tangan kerajaan pusat. Oleh itu, kerajaan pusat BN haruslah membuat keputusan berdasarkan profesionalisma dan kebaikan rakyat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah pejabat KSN kena letakkan faktor keharmonian pentadbiran negeri sebagai matlamat utama. KSN yang sesungguhnya dipengaruhi oleh Perdana Menteri kena akur bahawa bagi mencapai keharmonian ini, SUK yang dilantik mestilah seseorang yang boleh bekerja dengan kerajaan negeri tidak kiralah dipimpin oleh BN ataupun PR. KSN tidak boleh mengamalkan double standard untuk kepentingan bosnya di Putrajaya sahaja. Matlamat beliau seharusnya adalah untuk kebaikan rakyat. KSN dan kerajaan pusat kena akur pilihan rakyat Selangor yang memilih PR sebagai kerajaan negeri. Kerajaan pusat kena letakkan kepentingan sosial dan rakyat melebihi impian politik ataupun dendam kesumat politik mereka. Jika BN mahu mengambil hati rakyat yang menolaknya dahulu sewajarnya berprofesionalismalah dalam perkara ini. Biarkan calon yang boleh bekerja dengan kerajaan PR kerana inilah meletakkan Najib bukan sebagai ahli politik tetapi seorang negarawan di mata rakyat kelak.

BN kena tahu bahawa penolakan ke atas mereka semasa Tsunami 2008 disebabkan oleh luka di hati rakyat yang mana luka yang sembuh meninggalkan parut. Parut yang ada boleh terluka semula sekiranya BN masih kekal angkuh dan lupa janjinya untuk tidak lagi bertindak sebagai ’mereka yang tahu segala-galanya’. Bagi kerajaan PR pula, sememangnya apa yang terjadi ini menjadi satu rahmat kepada mereka bagi memainkan isu ini di kalangan rakyat supaya api kemarahan 2008 itu kembali menyala semula lebih-lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah semakin dekat.

Najib dijangkakan tidak akan menghabiskan penggal Parlimen atau mandat PRU-12 sepenuhnya 5 tahun sehingga tahun 2013. Ini kerana semua ahli ekonomi sudah bersependapat bahawa keadaan ekonomi global dijangkakan menguncup semula pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan. Dan di kala penguncupan ekonomi ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk pulih semula, maka Najib tiada pilihan lagi untuk membubarkan Parlimen sebelum pertengahan tahun hadapan. Sudah menjadi kelaziman, sesuatu pilihanraya terbaik kepada parti pemerintah adalah dilakukan semasa keadaan ekonomi yang stabil dan amat buruk sekali padahnya jika dilakukan semasa ekonomi meleset. Oleh itu, Najib harus sedar api kemarahan di atas kedangkalan pentadbirannya mengasingkan elemen politik dan pentadbiran akan memberi kesan yang mungkin lebih teruk lagi jika dibandingkan semasa PRU yang lepas.

Ketirisan dalam salahguna kuasa tidak sahaja tertakluk kepada penggunaan wang. Episod kedegilan BN meletakkan SUK pro-BN adalah satu bentuk ketirisan atau penyalahgunaan kuasa melibatkan kuasa. Sudah banyak kali BN menafikan pilihan rakyat ke atas apa yang mereka mahukan. Sebelum ini, jawatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri yang merupakan jawatan pentadbiran awam telah dipolitikkan oleh kerajaan BN pusat. Contohnya, Ketua Perhubungan Umno Kedah dilantik menjadi ketua MKN negeri sedangkan yang layaknya ialah kerajaan negeri yang dipilih rakyat iaitu kerajaan pimpinan PAS di Kedah. Sepatutnya jawatan-jawatan sebegitu secara automatiknya diberikan kepada siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira dari parti mana sekalipun.

Bukan itu sahaja, MKN mempunyai sumber utama bagi membantu malapetaka besar yang sudah termaktub di dalam perjanjian pusat dan negeri bahawa MKN akan mengeluarkan semua bantuan dan bukannya negeri. Apa yang berlaku dalam banjir besar Kedah yang lalu yang sengaja dimainkan oleh media kerajaan menunjukkan kerajaan PAS Kedah lemah akhirnya menjadi senjata yang makan tuan apabila rakyat yang sudah ramai yang pintar dan berpendidikan tinggi sudah lebih awal faham situasi siapa yang sebenarnya ada ’kuasa dan wang’ dalam isu malapetaka sebegitu. Perkara macam inilah menyakitkan hati rakyat yang sudah pandai dan geram apabila kerajaan pusat memperkecil-kecilkan mereka dengan bertindak seperti ’Profesor Serba Tau’ segalanya.

Saya yakin Khusrin akan tetap menjadi SUK Selangor dan kerajaan PR Selangor terpaksa menerimanya kerana seperti biasalah kerajaan Najib tidak akan beralah. Namun begitu, Menteri Besar dan pimpinannya di dalam negeri terkaya di Malaysia itu boleh gunakan cara lain untuk memperkecil-kecilkan peranan SUK tajaan kerajaan BN itu. Dengan bajet yang ada mereka mampu mewujudkan satu jawatan pegawai khas kepada Menteri Besar.Apa-apa fungsi pentadbiran mengenai isu-isu dalam negeri itu seperti kerajaan tempatan, air ,sumber asli dan lain-lain lagi boleh dipengerusikan oleh pegawai khas ini menggantikan SUK ini dan segala surat-menyurat ditandatangi oleh pegawai khas ini adalah di atas nama Menteri Besar untuk sebaran perkhidmatan awam kerajaan negeri.

Dengan cara ’memboikot’ ini boleh memberi tekanan kepada Khusrin sendiri. Biarlah Khusrin pergi bermesyuarat di Putrajaya dengan KSN setiap bulan tetapi tiada kuasa di negeri dan maklumat cukup tentang pentadbiran negeri. Tidak payahlah saya huraikan bagaimana mahu memboikot SUK tajaan BN ini oleh pihak PR kerana saya tahu pimpinan PR kerajaan Selangor lebih mengetahui cara yang terbaik asalkan berlandaskan undang-undang dan peraturan tubuh pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, poin yang menyebab saya kesal sangat sebagai salah seorang yang berada di atas pagar semasa PRU yang lepas ialah BN masih gagal perbaharui pendekatan politiknya dan masih menggunakan kuasa untuk mendapat apa sahaja yang diidamkan yang menyalahi norma-norma demokrasi. Amat geram sekali apabila BN masih tunjuk pandai dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta belum serik lagi dengan tsunami melanda mereka suatu masa dahulu.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Tuesday, December 28, 2010

UMNO Semakin Mantopp!!! Yakinlah!

Puak kami dah lama tak masyukk ni wehh!!

Teman cuba nak yakin dengan ayat-ayat skema Utusan Meloya nih!
Tapi belum sempat teman nak yakin, terjumpa pulak ayat-ayat bertentangan di Berita Hairan??
Pulak??
Mana satu yang betul nehh!
Utusan kata senarai baru mampu kukuhkan parti..
Berita Hairan kata kat Perlis dah gegak gempita!!
Wakakakaka!

Mana tahan syeikhh!!
Kalau teman jadi Shahidan pun...
Tak boleh tahannn!!
Semua lobang-lobang masyuk dah kena block dengan Mat Isa Sabu..
Perghh!!
Banyak mulut nak kena suap syeikhh!
Banyak kroni nak kena sumbat syeikhhh!
Banyak proposal dah lama tak sign bro!
Dah lama dahhhh... kurang mahsyukkk!!

1 perkara yang harus diingat..
Bukan semua kroni UMNO boleh mahsyuk dengan satu-satu pemimpin..
ada banyak tribes!
wakakakaka!

Tu belum usha perkembangan di terengganu tuh!!
Makang ikang la jawabnyaaaa!
sunsnake 28122010

Senarai baru mampu kukuhkan parti

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Senarai terbaru Kepimpinan UMNO di peringkat negeri seperti mana yang diumumkan hari ini diyakini mampu mengukuhkan lagi kedudukan parti terutama bagi menarik lebih ramai sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Berita Penuh

Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.
Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

Berita penuh

Awasi Perangkap TPM!! Amaran!


Subky Latif
SAYA tanya Tian Chua, Naib Presiden PKR yang baru, “Bagaimana Anwar boleh menamakan Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan?”

Jawab Tian Chua bahawa Anwar tidak mencalonkan sesiapa. Dia ditanya media tentang siapa TPM kiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti.

Kata Tian Chua, Anwar tidak menyebut nama sesiapa. “Sesiapa pun boleh.”

Dia ditanya lagi, adakah seorang bukan Melayu boleh jadi Timbalan Perdana Menteri?

Anwar dikatakan menjawab, “Tidak ada masalah.”

Dan ditanya lagi, bagaimana dengan Kit Siang.

Apa Anwar hendak kata? Kalau dia jawab, tidak boleh, tentu ia jadi isu. Bila dia jawab, boleh, juga akan jadi isu.

Apa dia hendak kata?

Yang dia boleh kata ialah “Tidak ada masalah.”
Kata begitu pun juga jadi isu.

Maka disebarlah berita dalam media bahawa Anwar dikatakan akan mengambil Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kata Tian Chua, Anwar tidak buat cadangan pun.

Bagitulah media memerangkap Anwar dan sekali gus memerangkap Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpinnya dan penyokong-penyokongnya.

Sama ada perangkap itu dipasang musuh terdiri dari puak Ketuanan Melayu atau oleh sesiapa saja, puak Ketuanan Melayu memang suka dengan kejadian itu, kerana ia boleh mencelarukan kelicinan Pakatan Rakyat mencabar monopoli kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Memang sedikit sebanyak berita yang tersebar itu sudah mencelarukan keadaan. Ada yang berkata ia belum dibincang dan ada yang berkata begitu dan begini hingga pengundi-pengundi bebas tertanya-tanya.

Selama-lamanya Barisan Nasional terutama Umno menyuruh rakyat bertanya, Siapa Perdana Menteri kalau pembangkang menang?
Masa belum ada Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif dulu, pembangkang tidak sekata menamakan Perdana Menterinya. PAS kata,

Datuk Asrilah. Kemudian, Yusof Rawalah dan Fadzil Noorlah.

DAP pula memikirkan Lim Kit Siangnya.

Semasa Tengku Razaleigh tidak menyertai Umno (Baru) dalam PRU 1990 dulu, Semangat 46 mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri. Tetapi PAS diam saja.

Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, pejuang reformasi mengira dialah Perdana Menteri bila BN dikalahkan. PAS tidak kata tidak dan tidak kata OK. Orang politik dan orang ramai tertanya-tanya bagaimana banduan boleh jadi Perdana Menteri? Dia tidak boleh bertanding dan kalau bukan anggota Parlimen, mana boleh jadi Perdana Menteri.

Tetapi setelah Pakatan Rakyat ada, calon Perdana Menteri itu sudah ada. Pertanyaan yang Umno suruh rakyat tanya itu sudah ada jawapannya. Sudah disetujui oleh Pakatan Rakyat bahawa Anwarlah calon Perdana Menteri.

Jika dia tidak sempat dan dipenjarakan sekali lagi pun, maka sudah ada jawapan tentang Perdana Menteri.

Kalau dalam PRU 2008 tiada calon Perdana Menteri yang jelas, BN telah lintang pukang, maka cabaran itu adalah berganda apabila Perdana Menteri menunggu itu ada dan bergerak. Walaupun pembangkang belum tentu menang, tetapi ia belum tentu kalah. Akan tetapi kerajaan BN pula belum tentu kalah, tetapi tidak pasti pula menang.

Bagi menghalang Pakatan menang, maka celarukan ia dengan isu Timbalan Perdana Menteri. BN tentulah TPMnya ketuanan Melayu. Kalau TPM Pakatan Rakyat bukan Melayu, maka ada ruang bagi Umno menghasut pengundi Melayu supaya jangan lari daripadanya.

Maka orang Pakatan - kecil dan besar – jangan latah dengan perangkap APCO atas isu TPM itu. Reaski masing-masing jangan pecah di mulut dan laman web. Jangan jadi isu TPM sebagai penghalang destinasi ke Putrajaya.

Pastikan tiba ke destinasi dulu. Lepas itu tahulah Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh apa nak buat dan Tok Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang juga tahu apa hendak dibuat.

Di mana Ustaz Hadi dan Kit Siang hendak ditempatkan tidak sepenting membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama, memerangi rasuah dan penyelewengan, menjamin keluhuran undang-undang dan demokrasi.

Jika Pakatan dikecamukkan oleh isu TPM, jalan ke Putrajaya nescaya bengkang bengkok. Jika ia tidak sampai ke Putrajaya, peluang tiba lima tahun lagi tidak semudah hari ini. Macam-macam boleh berlaku lima tahun lagi. Keadilan sosial tidak dapat ditegakkan dan rasuah tidak dapat dibendung.

Menyedari isu TPM itu satu perangkap, maka tidak sesiapa patut latah dengannya.

Monday, December 27, 2010

KIMMA Mengganas Di Selangor?

Yang ni Berbangsa India tapi tak boleh masuk UMNO, so joint KIMMA

So? apsal yang ni boleh masuk UMNO? wakakaak!!
Apa bezanya mereka?? wakakakak!

Hmmm..
teman dah lama dah 'kureng' gi restoran mamak neh melainkan nak layan bola je..
Maklumlah.. orang takde astro kat umah..
Tapi kalau area bukit beruntung/bukit sentosa ni elok benor la layan di restoran tomyam yang banyak melingkor kat sini.. yakin sikit kebersihannya..

Baru-baru ada terdengor cite gak restoran mamak di area ni terkantoi, uli tepung roti canai pakai kaki!! wakakakkakaa! Wallahua'lam.. harap fitnah la benda2 cenggitu!

Nasihat buat ahli-ahli PAS..
kurang-kurangkanla layan makan minum mamak ni..
gelap hati pulak kang wehhh!!! wakakakaka!
Bancuh sendiri radix lagi bagusss!!

sunsnake 27122010

Restoran mamak di Selangor terus pamer logo 1Malaysia

26/12/2010 4:36pm

TEMERLOH 26 Dis. – Kira-kira 1,300 restoran mamak di Selangor akan terus mempamerkan lambang gagasan 1Malaysia di premis masing-masing walaupun dilarang oleh kerajaan negeri itu.

Timbalan Presiden Kongres India Muslim (Kimma), Mohammed Mosin Abdul Razak menegaskan, pengharaman lambang 1Malaysia di Selangor adalah bermotif politik sama sekali kerana konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. – Utusan

Friday, December 24, 2010

ANAK ! Jangan Ganggu Keharmonian Felda!


Wakakaka!
Sembang dalam TV bukan main hebatt!
Ceramah kat Putrajaya bukan main memekik!

Konon Felda banyak duit!
Konon Felda banyak aset!

Yang paling best.. Siapa kata Felda bangkrup PENGKHIANAT!!
Wakakaka!

Ni apsal slow-slow pujuk peneroka felda neh?
Ni apsal diam-diam minta tolong peneroka felda neh?

Time untung sorang-sorang?
Time tipu sorang-sorang?
Time Syok sorang-sorang?

Ni dah nak macam nak bangkrup (ataupun dah bangkrup?)
Baru nak terhegeh-hegeh pujuk peneroka agar jangan saman?
Aikkk??

quote
"Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda."

wakakaka!! wujudkan suasana tidak harmoni??
Abis selama ni harmoni la ye?
Tipu peneroka dengan gred sawit tu harmoni la pada UMNO ye?
Aduyaiii!!

Kalau makcik pakcik felda tak faham lagi tak tau laaa..
Kena mandi bunga satu felda neh!
orang UMNO felda je laaaa!!
wakakakaka!

sunsnake 24122010

Felda 'rayu' jangan saman

BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.


Berita Penuh

Logo 1Malaysia - Cerita Hulu Selangor!

Ini spinning wheel ye.. bukan spinning UMNO!


Isu ni sebenarnya dah lama teman follow!
Di Bukit Beruntung sendiri..

BN Hulu Selangor dah pacak satu billboard yang sangat besar di persimpangan sebaik sahaja keluar daripada Plaza Tol Bukit Beruntung.
Billboard ni dulu dibuat semasa PRK Hulu Selangor tetapi malangnya selepas PRK ianya bukan sahaja tidak dirobohkan malahan di'upgrade' dengan wajah-wajah Adun-Adun dan Ahli Parlimen BN Hulu Selangor!
Dan isunya ialah ada logo Dacing dan pangkah di billboard tersebut!
Ini bukan musim pilihanraya nak berkempen!

ada 2 isu disitu..

1. Billboard itu tidak ada lesen daripada Majlis Daerah Hulu Selangor
2. Ini adalah diluar tempoh waktu kempen pilihanraya


Isu di Hulu Selangor, logo dacing dan pangkah! bukan logo 1Malaysia!!!



p/s: Gambar billboard tersebut akan teman siarkan sesegera mungkin!!

sunsnake 24122010

Larangan Selangor guna logo 1 Malaysia canggah Perlembagaan

December 23, 2010

SANDAKAN, 23 Dis – Larangan penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini hari ini.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujuai pada mesyuarat Exco.

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri tersebut sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik.

Berita Penuh

Saman Trafik Diswastakan? Gila!


Teman hari tu attend meeting dengan bos-bos teman..
Selaku bos kecik (badan je besor) teman kena la attend..

Seperti biasa perihal keuntungan syarikat menjadi 'syarahan' utama bos besor teman..
Maklumlah.. syarikat swasta..
Pusing kot mana pun keuntungan syarikatlah akan menjadi keutamaan..
Lainlah Jabatan Kerajaan..
Penumpuan kepada mutu khidmat kepada rakyat yang paling diutamakan..
sesuai la dengan fungsi dan statusnya sebagai jabatan kerajaan..

Macam Polis dan JPJ laa..
Tujuan utama mereka adalah menguatkuasakan undang-undang..
Polis trafik dengan undang-undang trafiknya..
JPJ dengan undang-undang pengangkutannya..
Itulah fungsi utama mereka..

Bab nak cari untung.. itu jadi hal no 2...3...4..5...

Apa akan jadi apabila urusan saman-menyaman ini nanti diswastakan?
Konsep swasta ni ialah 'maksimumkan keuntungan, minimumkan kos operasi!"
1Malaysia tahu konsep ni!
Kalau dah swasta yang pergi cari kesalahan rakyat Malaysia untuk 'menghasut' PDRM dan JPJ keluarkan saman... memang bersungguh la swasta ni cari salah!

Ibarat kita ni jadi bos laa..
Kalau nak cari kesalahan anak buah memang boleh cari salah tu..
Kalau sengaja nak cari kesalahan laaa..

Sengaja nak cari kesalahan anak buah..
dengan
Nak cari kesalahan anak buah 2 perkara yang berbeza..

Tujuan saman ni dikeluarkan adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan mendidik pengguna jalanraya..
Tapi bila dah 'mencari keuntungan' dimasukkan dalam urusan ini..
Faham-faham sendirilah apa kesudahannya!

Teman dapat bayangkan apa arahan Bos besor swasta yang akan buat kerja-kerja 'menghasut' ni.. "Lagi banyak saman.. lagi banyak untunggggg!!!"

errr.. lepas ni Polis dan JPJ buat apa?
JPJ kutip duit renew lesen memandu....
Polis?? biasaklaaaaa.. takkan tak tahu!

Aduyaiii!!! Makin sengal!
sunsnake 24122010

Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta. Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. "Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini. "Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini. Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik. Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Berita Penuh

Wednesday, December 22, 2010

Najib Bagi Hujah Budak Sekolah?

Apa yang tak sama? teman tengok sama jeeee! Siapa tiru siapa nehh!

Aduyaii..
Kalau nak ikut perbezaan bahasa..
memang la tak sama Bro Najib oiii!!

Mana nak sama

"Pencapaian diutamakan" di Malaysia dengan "Pencapaian Utamakan" di Indon..

Memang lain laaa.....

Makan bahasa melayu..

mangan cakap jawa..

Sorruuu cakap tamil...

Kalau nak sembang budak sekolah laaa..

aduhhhh...

sunsnake 22122010

1Malaysia ciptaan kita sendiri - PM

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkilan apabila dituduh menciplak gagasan 1Malaysia dari negara lain.

Perdana Menteri menegaskan, perbuatan berkenaan adalah satu pendustaan besar kerana beliau selaku orang yang bertanggungjawab memperkenalkan 1Malaysia tahu perkara sebenar.

"Ini bukan ciplak dari negara lain, ini ciptaan kita sendiri.

"Negara lain boleh ada (slogan) 'satu' ini dan 'satu' itu tetapi tiada negara lain dalam dunia ini yang ada 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," tegasnya.

Berita Penuh

PKR... Anti Climax lah!


Aduyaii!!
Amende lah PKR Sabah nehh!!
Kalau nak keluar parti pun..
Apasal baru sekarang??

Kalau nak keluar parti..
Keluarlah masa kecoh isu pemilihan dulu..
Baru ada value..
Ini dah tak kecoh.. baru sibuk nak umum keluar parti!

Kalau nak makan tempoyak..
tunggu la hujung-hujung musim durian..
Awal-awal musim mana ada tempoyak yang kick!
Semua baru peram!

Kalau nak makan tempoyak..
jangan dah dekat-dekat nak mula musim durian..
sebab tempoyak dah habis!!!
kena tunggu hujung-hujung atau ngam-ngam habis musim durian!

wakakakaka!

sunsnake 22122010

Lagi ahli PKR keluar parti

KOTA KINABALU 21 Dis. - Lebih ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bakal meninggalkan parti itu akibat hilang kepercayaan dengan kepimpinan pusat yang menabur pelbagai janji untuk membantu rakyat negeri ini.

Hari ini, dua orang kanan PKR negeri iaitu Ketua Cabang PKR Putatan, Awang Ahmadsah Awang Sahari dan Naib Ketua Cabang PKR Beaufort, Lajim Yusof mengumumkan bertindak keluar daripada parti itu.

''Saya mengesahkan keluar daripada PKR mulai hari ini. Surat rasmi peletakan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Putatan akan saya serahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail esok.

Berita Penuh

Sesekali Khairy Buka Mulut.. Busuk!

teman yakin ini bukan Khairy Jamaludin!!! wakakaka!

Aduyai..
KP UMNO Malaysia nihh...
Sesekali bersuara.. memang lawak!!

quote
"Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu."

wakakaka!
UMNO je yang ada agenda tertentu pada Anwar nehh!
Pihak mana lagi?

Yang nyatanya,
Najib yang sedang di'back mail' oleh pihak luar!

Errr..
Takkan semudah itu Malaysia serah 400 ekar tanah KTMB pada Singapore?
Kompom ada agenda tertentu!
Ker agenda tutup mulut Singapore?

errr..
Apa cerita paper Perancis kata Najib kenal Altantuya?
Bila Najib nak saman?

hmmm..
Makin lama makin jelas ketakutan mereka!

sunsnake 22122010

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Berita Penuh

Terima Kasih RTM dari Budakbalun!


Selaku salah seorang rakyat Malaysia yang tak mampu langgan Astro macam-macam ada..
teman mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian RTM menayangkan live bola Malaysia vs Indon nehh!

Maklumlah.. bik mama teman tak keje..
Barang dapur dah mahal...
Disebabkan nilai yang hampir sama..
maka teman terpaksa memilih antara dua..
Internet vs Astro..
Dan akhirnya teman pilih internet..
hmm.. Alhamdulillah.. pilihan teman setakat ni tepat!

Idak cemane nak bersogheh dalam blog ni wehhh!!

Apa-apa pun.. Selamat maju jaya buat Malaysia!
prediction teman.. malaysia 1-0 Indonesia..
sunsnake 22122010

Siaran langsung di RTM

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perlawanan dijangka bermula pada pukul 8 malam.

“Kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha untuk membuat siaran langsung,” katanya selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di Kuala Lumpur semalam.

Berita Penuh

Fitnah Pakatan Rakyat!!! [GEMPAR]


Kompom pencacai UMNO akan kata janji ni palsu!
Wakakakak!
Pakatan Rakyat belum jadi Kerajaan Malaysia lagi macam mana leh kata palsu??
Aduyaiii!!

Buat rakyat Malaysia... bagi peluang dulu..
Lepas tu sama-sama kita monitor..
Kalau palsu.. budakbalun sendiri akan kempen tolak Pakatan Rakyat!!

Ada bran?

sunsnake 22122010

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.


Berita Penuh

Siapa Pengkhianat Negara Sebenar?

Mahu Mykad? bisaaaa!! Asal kamu bisa ngundi Bee end! wakakaka!


Wah! ini gesaan (baca-tuduhan) yang sangat serius daripada parti komponen BN sendiri nih!
UPKO ni masih dalam BN lagi kan?

So, Kerajaan Malaysia wajib jawab soalan YB nie..
Tak kira la dalam parlimen mahupun luar..

Agak-agak la kot nak menang pilihanraya pun..
Jangan la sampai sanggup bagi Mykad kat warga asing!!
aduhhh!!

Armand PERKASA tak nak demo ke isu ni?
Wakakakaka!

sunsnake 22122010

UPKO gesa Putrajaya batal K/P, MyKad dikeluar secara meragukan

December 21, 2010

KOTA KINABALU, 21 Dis – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menggesa kerajaan supaya membatalkan semua kad pengenalan Malaysia (K/P) dan MyKad yang dikeluarkan kepada warga asing menerusi cara yang meragukan.

Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata pengeluaran K/P dan MyKad tulen adalah sama seperti meluluskan kewarganegaraan secara automatik kepada pendatang asing yang tidak berkelayakan.

“Keseluruhan langkah untuk mengeluarkan K/P Malaysia dan MyKad kepada pihak yang tidak berkelayakan bertentangan dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli semangat pembentukan Malaysia, di mana Sabah dan Sarawak turut sama menandatanganinya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berita Penuh

Surau Rawang - Laaa.. Armand! Ko Pun Ada Ke?


Wakakakaka!
Teman malas nak ulas isu Surau Hidayah kat Rawang ni
Walaupun teman pun dulu rajin gak nyinggah surau ni untuk solat Subuh..
Maklumlah.. masa tu duduk Country Home..
Kerja di Perodua Sungai Choh..
Pagi-pagi sebelum Subuh kena hantor bik mama gi kerja di Rawang..
Ngam-ngam azan Subuh selalunya dah ada kat pekan Rawang..
So, surau ni la senang nak singgah!

Tapi tak perasan pulak kariah dia leh sampai 1000 orang ikut kata paper UMNO...
Mungkin banyak baru balik keje Jaga kot Subuh-subuh tuuu..

Gambo ni teman jumpa banyak kat internet..
Biasa je pada teman.. muka-muka kebanyakkan iras-iras muka demo kepala lembu di Shah Alam, demo depan pejabat PKR Tropikana pun ada gak!


Last-last teman terjumpa gambo ni di blog sahabat teman Ruang Bicara Pria Malaya..
Wakakakaka! Gelak besor teman!!
Macam iras Armand PERKASA!!
Wakakaka!!! Kamu ke Armand??

Allahuakbar!! Apsal tak cakap nak turun Rawang bro?
Kalau tahu boleh teman belanja kamu makan Nasi Ayam Traffic Light Sungai Choh!
Aduhhhh!!!

Mana nak letak muka bro?
Udahlah perjanjian dengan pemaju dibuat oleh UMNO Selangor dulu!
Demo punya demo!
Maki punya maki!
Cerca punya cerca!

Last-last rupanya UMNO punya kerja!
Last-last Pemaju pun takde cadangan nak roboh surau tuh!
Last-last Masjid Nurul Iman Rawang pun dah tau hal ni!
Last-last.. semua pendemo bangang ni tau yang depa kena kencing dengan Zainal Sakom!
Wakakakakakakakaakaka!

So Armand, berapa Zainal Sakom bagi hari tu?
Lepas la kot Rokok Sampoerna Hijau 2 kotak!
wakakakaka!

Sengal!


Yang baju itam belah kanan tu betoi ke Armand? Minta pencerahan sahabat-sahabat!

Tuesday, December 21, 2010

Khairy J - Pemuda BN Tak tenang di Tenang!

Puak-puak PEKIDA ni kompom ramai nanti nehh!! Cari makan siottt!!

Haaaa..
kan teman kabo?? (kat sini)
Awas kepada Pemuda Pakatan Rakyat especially Pemuda PAS..
Pastikan kawalan keselamatan di Markaz-markaz diperkuatkan..
Sebab sejak merdeka lagi belum pernah dengar Pemuda PAS serang Pemuda UMNO..
Tapi kalau nak kira Pemuda UMNO serang pemuda PAS..
tak cukup buku nak menulihnya!

Hatta seperti Bagan Pinang..
Markaz Induk Pemuda PAS Pusat pun pemuda UMNO serbu!
Siap pakai tali merah di lengan!
Siap muntah-muntah depan markaz!!! Mabuk tuuu!!
Teman dapat merasakan..
PRK Tenang ini akan jadi paling tak tenang dalam sejarah PRK!

Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya..

p/s: Indahnya PRK Penanti dulu.. Tenang je.. sebab UMNO tak bertanding!!! wakakaka!

sunsnake 21122010

DUN Tenang: Pemuda BN mula buat persiapan

21/12/2010 4:19pm

MELAKA 21 Dis. — Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 1,000 ahli Pemuda BN akan berkempen bagi memastikan calonnya menang pada pilihan raya kecil itu.

"Pemuda BN akan menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN oleh pucuk pimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Jelajah One Malaysia (JOM) anjuran Pemuda BN oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Kampung Godek, Semabok Dalam di sini, hari ini.

Berita Penuh

Siapa alat kepada Lee Kuan Yew?


Teman dah naik menyampah dan muak apabila golongan katak dan UMNO ni menggunakan hujah DAP serpihan PAP..
Ya betul! DAP serpihan PAP!! Yang teman tahu laa..
Tapi apa yang pernah diserahkan oleh PAS dan PKR kepada DAP?
Tanah? Rumah? Syer Saham? Lot Banglo? AP?

Tapi.. Apa yang pernah UMNO Serahkan pada PAP??

Tanah? bukan setakat tanah.. Pulau Singapura terusss!!!

Lagi hampassss!!!

Jelas.. UMNO jadi alat kepada Lee Kuan Yew!
Kang sebut Tunku Abdul Rahman karang.. marah pulak!!

Sudah-sudahlah menyalahkan PAS dan PKR sebab berkawan dengan DAP...
Hakikatnya.. UMNO jauhhhhh lebih dulu menjadi pengkhianat kepada bangsa melayu!
Kalau Tahalluf PAS dan DAP ini boleh dikatakan pengkhianatan laaa..
sunsnake 21122010

DAP tiru strategi parti PAP

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

Berita Penuh