Jangan Tidur Lagi!
Setelah UMNO-BN Selangor mengalami kekalahan memalukan di PRU 2008,
senantiasa ada sahaja isu dan provokasi yang mereka bangkitkan.
Sekecil-kecil isu surau lama di Rawang hinggalah sebesar-besarnya isu seperti isu pasir dan kuil.
Sebut apa sahaja yang BN Selangor diketuai oleh UMNO lakukan,
cuma belum membunuh seperti di Kelantan (Kes Allahyarham Samad Gol) sahaja!
Harap tulisan teman ini tidak dipertikai kerana ianya adalah bukti nyata dalam lipatan sejarah politik Malaysia.
Satu demi satu UMNO Selangor melancarkan serangan untuk menjatuhkan setidak-tidaknya kepercayaan golongan atas pagar di Selangor.
Bahkan, apabila Kerajaan PR Selangor melaksanakan skim Air Percuma pun ditentang oleh UMNO!
Agak diluar logik akal sebenarnya tindakan UMNO Selangor membantah Kerajaan Negeri membayar 10m3 air untuk setiap meter individu di Selangor!
Tak masuk dek akal!
Sebut sahaja apa jenis isu yang dimainkan,
isu perkauman, isu agama, isu ekonomi
malahan Istana Selangor juga telah beberapa kali digunakan oleh UMNO untuk mencalar reputasi Kerajaan Negeri!
Dan kini, usaha mereka yakni UMNO semakin 'daring' dan berani.
Perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)
sebenarnya benar-benar menguji kesabaran kerajaan PR Selangor.
Semenjak pasca PRU 2008, isu perlantikan Khusrin ini adalah terhebat serangan UMNO terhadap Kerajaan PR Selangor!
Manakan tidak, bukan setakat Istana Selangor diheret untuk dijadikan perisai
malahan Perlembagaan Negeri juga dijadikan medan ujian UMNO untuk menguji sejauh mana mereka mampu merobek pertahanan kerajaan negeri!
Buat pendokong dan penyokong Kerajaan PR Selangor yakinlah!
Bahawa puak-puak UMNO-BN ini tidak tidur!
Mereka siang dan malam memerah otak mencari jalan bagaimana mahu merampas kembali kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini!
Mereka tahu rakyat Selangor semakin menjauhi mereka!
Siri-siri ceramah kempen "Selamatkan Selangor' mereka langsung tidak mendapat sambutan walaupun disuap dengan duit dan makanan!
Dan hanya 'jalan belakang' sahajalah satu-satunya cara mereka yang tinggal untuk merampas kembali takhta pemerintah bangunan SUK di Shah Alam itu!
Mereka perlu pantas, kantung duit mereka semakin kempis dan 1Malaysia tahu,
tanpa duit UMNO-BN akan jadi makhluk yang tidak bernyawa!
Akan jadi Zombie!
Dan mungkin ketika itu mereka akan diterima berlakon sebagai Zombie di Kampung Pisang Mamat Khalid!
Sebagai pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat Selangor...
Mampukah kita terus berdiam diri?
Mampukah kita terus menidurkan jasad dan minda?
Mampukah kita terus lena dengan keindahan kemenangan PRU 2008?
Atau kelak kita akan menyaksikan berulangnya pemerintahan PAS Terengganu yang hanya sepenggal...
Sedarlah bahawa puak yang kita hadapi ini...
Tiada dosa pahala dalam tindakannya..
Tiada undang-undang dapat menghalangnya..
Tiada senjata mampu merobeknya...
Tiada media mampu mengubahnya...
Justeru.. mampukah kita dan kamu meneruskan lena?
sunsnake 31122010
Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco
|
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru. Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor. "Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat. |
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment