Thursday, March 31, 2011
Berita Baik Buat UMNO Perak!
Ini sudah bagus!
Ini sudah baik!
Ini sudah kasi lega pada hati wanita UMNO Perak!
Yang haram poco-poco ni hanya Perak!
Apa ada hal?
Anjurkanlah majlis poco-poco ni di selangor..
Collaboration dengan wanita UMNO selangor..
Anjurkanlah majlis poco-poco ni di Kedah..
Collaboration dengan wanita UMNO Kedah!
Penang pun boleh... ikut Sg Bakap..
Pahang pun bulehh.. ikut Cameron Highland!
Yang penting..
Gian nak berpoco-poco dapat dilampiaskan!
Adehhhhh!!
mana la wanita UMNO dapat hobi poco-poco nih!
Punya la banyak aktiviti berfaedah lain..
Buat aktiviti Qiamullail seminggu sekali berjuta kali ganda berfaedah lahhhh!
sunsnake 31032011
Mashitah: Poco-poco hanya senaman
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.
"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain. "Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.
Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Berita Penuh
Woi! Mengapa Pahang? Mengapa Malaysia?
Lunak betul MB Pahang yang kuat mencarut ni menjamin akan betapa selamatnya Kilang Radioaktif ni!
Semacam dia tahu 100% pasal nuklear.. pasal kimia.. pasal radioaktif..
Semacam dia serahkan keselamatan rakyat Pahang & Malaysia ni bulat-bulat pada syarikat Australia nih!
Kalau selamat.. mengapa Syarikat Lynas ni sanggup buat di Malaysia?
Dah habis dah ke tanah di benua Australia tu?
Teman tegaskan disini..
Ini bukan bertujuan jadikan isu politik atau mahu mempolitikkan isu ini..
Tetapi sampai tahap keselamatan rakyat dipertaruhkan..
Maka saluran paling ampuh adalah saluran politik!
kalau guna NGO.. memang kompom tak jalan!
Guna politik pun belum tentu boleh jalan!
Melainkan rakyat berjaya humbankan UMNO-BN ni jauh-jauh jauhhh ke tengah Laut China Selatan tuh!
adehhhh!!
sunsnake 31032011
MB jamin kilang proses nadir bumi Lynas selamat
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.
Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu. "Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di Kuantan.
Berita Penuh
Wednesday, March 30, 2011
Gempar Lagi! - Mufti Derhaka!
Cisss!!
Tergamak tok mufti ni mengharamkan poco-poco!
Bukankah ini amalan kegemaran wanita UMNO especially First Lady Of Malaysia!
Bukankah pula UMNO ini adalah satu-satunya parti yang memperjuangan melayu!
memperjuangkan Islam!!
Sesiapa sahaja yang menyanggah kata-kata UMNO adalah penderhaka!
penderhaka kepada agama, bangsa dan negara!
Mohon tok mufti tarik balik fatwa ini!
fatwa ini lebih bahaya daripada 'fatwa' Nik Aziz!!
fatwa Nik aziz tak kena kat wanita UMNO!
tapi fatwa ini melampau!!
Poco-poco ini adalah hobi dan boleh menjadi budaya wanita UMNO!
hmmmm.. sampai hati tok mufti buat macam ni kat Malaysian 1st Lady!
Ada yang nak kena c4 nih!
Wakakakakakak!!!
sunsnake 30032011
Senaman poco-poco haram - Mufti Perak
|
IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan. |
BudakBalun Berkabung Hari Ini!! Gempar!!!
Dengan ini..
Teman selaku owner blog BudakBalun ini..
Mengisytiharkan...
Tempoh berkabung selama 3 hari...
Dan didalam tempoh berkabung ini...
* bendera akan dikibarkan separuh tiang...
* Akan berpakaian hitam sepanjang masa.. kalau takde takyah pakai baju pun bulehh.. sebab teman tak berapa cerah pun!
* Layan drama tv dan filem yang sedih-sedih sahaja... Dilarang menonton cerita kelakar dan romen-romen.
* Tidak akan marah atau perli sesiapa.. akan berkelakuan mulia semulia-mulianya...
* Akan menyanyi lagu-lagu sedih sahaja... tidak akan menyanyikan lagu-lagu gembira seperti "Ayahku kawin lagi" dan sebagainya.. Lagu sedih yang disyorkan untuk dinyanyikan adalah lagu "Salam Terakhir" nyanyian Lagenda Sudirman...
Kesemua ini adalah kerana berita dibawah!!
huhuhuhuhuhuh!!! Sedihnya teman!!!
sunsnake 30032011
Ketua Wira tinggalkan PERKASA
Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta. Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya. Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya. Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.
Berita Penuh
Rahsia Buku Jingga Siri 5 Akhir (DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT)
DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT
Demokrasi Telus dan Tulen
Perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undang:
* Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
* Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berpelembagaan.
* Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
* Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
* Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
* Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
Pemisahan kuasa
* Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
* Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan kuasa timbang tara.
* Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
* Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
* Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
* Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
* Membebaskan media, meminda Akta Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan internet.
* Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
* Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.
Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil
* Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
* Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
* Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
* Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
* Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
* Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.
Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
Ekonomi Kemahiran Tinggi
* Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
* Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
* Menggalakkan warganegara yang profesional dan berkemahiran yang bermaustautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.
Ekonomi Demokratik dan Telus
* Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
* Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
* Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.
Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
* Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
* Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
* Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
* Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.
Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
* Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
* Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
* Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
* Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
* Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
* Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan
Tenaga Kerja
* Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
* Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
* Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
* Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
* Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
* Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
* Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.
Jaringan Perlindungan Sosial
* Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
* Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
* Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.
Perumahan
* Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
* Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
* Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
* Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
* Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
* Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
* Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.
Prasarana dan Kemudahan Awam
* Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
* Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
* Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
* Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
* Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
* Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.
Alam Sekitar
* Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
* Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
* Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
* Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
* Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan Perpaduan dan Keadilan Sosial
* Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
* Menggembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
* Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
* Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
* Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
* Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
* Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.
Agama
* Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
* Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
* Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
* Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
* Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.
* Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.
Pendidikan
* Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
* Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
* Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
* Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
* Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
* Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.
* Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
* Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
* Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
* Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
* Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
* Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
* Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
* Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
* Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
* Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.
* Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
* Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
* Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
* Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
* Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
* Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
* Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).
Wanita Dan Institusi Keluarga
* Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
* Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
* Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
* Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
* Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
* Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
* Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
* Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
* Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Golongan Muda
* Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
* Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
* Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.
Keselamatan
* Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.
* Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
* Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
* Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
* Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
* Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
* Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.
Kesihatan
* Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan
* Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
* Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
* Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.
Kebudayaan
* Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
* Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
* Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.
Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara Sistem Persekutuan
* Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
* Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
* Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.
Sabah dan Sarawak
* Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
* Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
* Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
Dasar Luar Negara
* Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
* Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
* Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
* Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.
Tamat
Rahsia Buku Jingga Siri 4 (Program 100 Hari Pakatan Rakyat)
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Rahsia Buku Jingga Siri 3 (Kemakmuran, Keadilan Sosial dan Persaudaraan Rakyat bersama Pakatan Rakyat)
KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat telah mempamerkan rekod pentadbiran yang meniupkan semangat keadilan sosial dan persaudaraan rakyat untuk menjamin kemakmuran bersama.
Prinsip asas yang dijunjung dari Dasar Bersama telah dihadam dan dihidupkan melalui pelbagai dasar pro-rakyat yang telah dijalankan selama ini.
Fokus utama Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun akan datang adalah menyemarakkan lagi pendekatan pro-rakyat atas landasan keutuhan sistem pentadbiran yang demokratik untuk memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri keikhlasan dan keberkesanan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan.
Ini akan dilakukan melalui pengenalan langkah-langkah spesifik yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan akan diperjuangkan di peringkat nasional oleh pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat.
Rekod pembelaan rakyat yang dicapai oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak dapat ditandingi oleh lawan.
Pentadbiran Pakatan Rakyat diakui bebas rasuah, telus, berjiwa rakyat lagi berkebajikan dan berjaya meningkatkan hasil negeri berdasarkan laporan-laporan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan pemantau bebas.
Bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus dalam usaha menterjemahkan Dasar Bersama adalah seperti berikut:
Membebaskan Institusi Negara
Merakamkan pentingnya institusi-institusi negara yang bebas dan berintegriti, Pakatan Rakyat komited untuk:
* Meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.
* Mewujudkan Majlis Pakar-Pakar (Council of Experts) dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.
* Mewujudkan Jawakatankuasa Parlimen yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen setiap enam bulan sekali.
* Memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani.
* Istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.
Kemakmuran Melalui Pengagihan Ekonomi yang Adil
Menghargai pengorbanan dan rasa perit rakyat yang tertindas dengan kesempitan hidup akibat agihan ekonomi yang tidak adil, Pakatan Rakyat komited untuk:
* Menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat. Persoalan ekuiti 30% yang kononnya diperjuangkan untuk Melayu/Bumiputra telah diselewengkan untuk mengkayakan golongan elit dan pemerintah, sedangkan rakyat terbanyak masih lagi bergelumang dalam kemiskinan. Kaedah meningkatkan pendapatan isi rumah memberi kesan ekonomi yang langsung kepada ratusan ribu keluarga yang masih berada di bawah garis pendapatan RM1,500 sebulan.
* Menyiasat dan bertindak ke atas penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra, sedangkan majoriti rakyat masih lagi berada di dalam kategori rakyat miskin.
* Meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi sebagai kaedah mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil kepada rakyat, termasuklah skim-skim kebajikan rakyat seperti skim air percuma, skim warga emas, skim bantuan ibu tunggal dan lain-lain.
* Mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selagi subsidi-subsidi korporat kepada penjana bebas dan pemegang-pemegang konsesi tidak distrukturkan terlebih dahulu.
* Membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa. Ini boleh dilaksanakan melalui beberapa dasar bersepadu yang bertujuan mengangkat pendapatan rakyat dan menambah peluang pekerjaan agar setiap isi rumah mempunyai lebih dari seorang yang berpendapatan. Dasar-dasar ini termasuklah pelaksanaan gaji minima, undang-undang majikan yang memberi ruang kepada kaum wanita melaksanakan tugasan dari rumah, skim latihan untuk menukar dan menaiktaraf tenaga kerja dan bantuan keusahawanan yang tidak mengamalkan diskriminasi.
* Menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat Persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.
Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
Menyedari terhakisnya kuasa beli rakyat akibat kenaikan gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup yang mencanak, ada keperluan mendesak supaya pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat ditingkatkan serta-merta. Pakatan Rakyat komited untuk:
* Menstrukturkan kembali empat bidang infrastruktur dan utiliti awam supaya kos yang kini dibayar oleh rakyat dapat dikurangkan dengan menghentikan manipulasi monopoli untuk keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi. Empat bidang infrastruktur dan utiliti awam ini adalah bekalan air, bekalan elektrik, lebuhraya dan kemudahan jalur lebar. Pakatan Rakyat akan memulangkan pengurusan bidang-bidang ini kepada rakyat melalui kaedah pengurusan yang lebih kompetitif.
* Menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat.
* Menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.
* Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.
* Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan sebarang kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan pada kadar yang segera. Setakat ini, projek perumahan terbengkalai membabitkan 3,000 unit telah diambil alih dan sedang dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
* Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Pemberdayaan Rakyat
Merakamkan peranan rakyat sebagai mekanisme timbang tara (check and balance) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih, Pakatan Rakyat komited untuk:
* Meneruskan pemberdayaan rakyat sebagai mekanisme timbang tara dengan mengamalkan ketelusan pentadbiran dan maklumat dengan rakyat. Ini termasuklah dengan menyempurnakan pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Enactment) yang telah pun diperkenalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
* Memperhebatkan sokongan kepada masyarakat sivil/madani melalui bantuan-bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan rakyat, sebagai langkah mengukuhkan peranan NGO menjadi suara pembela rakyat.
Golongan Pendidik Diutamakan
Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:
* Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.
* Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada guru-guru mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.
* Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.
* Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.
* Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.
Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti
Mengangkat krisis kredibiliti dan mutu universiti sebagai masalah utama negara, Pakatan Rakyat percaya bahawa penyelesaian tidak boleh dilengahkan dan tumpuan khusus perlu diberikan kepada usaha-usaha memartabatkan universiti. Pakatan Rakyat komited untuk:
* Mengembalikan kebebasan intelek dan akademik kepada universiti, dengan menghapuskan semua campur tangan politik dalam urusan universiti.
* Mewujudkan Panel Pemilih yang terdiri daripada pakar-pakar untuk menyenarai pendek dan menilai calon-calon pimpinan universiti supaya calon yang terbaik diangkat mengepalai universiti, sebagai bukti komitmen Pakatan kita kepada prinsip meritokrasi akademik di universiti.
* Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan berpolitik mahasiswa.
* Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.
* Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.
* Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.
Memerangi Rasuah
Menginsafi kemusnahan yang telah dibawa oleh barah rasuah kepada masyarakat dan negara kita, Pakatan Rakyat komited untuk:
* Membawa pentadbiran SPRM di bawah pertanggungjawaban Parlimen, termasuk dalam urusan meluluskan perlantikan jawatan-jawatan tertinggi SPRM.
* Melancarkan perang membasmi rasuah di peringkat negeri termasuk mengemaskini prosedur dan mekanisme pentadbiran untuk mengurangkan jurang berlakunya rasuah.
* Menyediakan peguam-peguam dan pemimpin parti untuk membela individu atau pihak yang membongkarkan skandal rasuah tidak mengira fahaman politik, supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan memikul tanggungjawab memerangi rasuah.
* Meneruskan amalan tender terbuka yang telah dilaksanakan, termasuk dengan memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbiran perolehan bagi mengetatkan lagi prosedur perolehan agar bebas dari anasir rasuah.
Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi
Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, Pakatan Rakyat komited untuk:
* Mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.
* Menaikkan royalti dari hasil petroleum dan hidrokarbon dari Sabah dan Sarawak kepada 20% berbanding kadar 5% yang diamalkan masa kini.
* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
* Memberi tumpuan khusus membawa pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak agar setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain di dalam Persekutuan.
* Meningkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung melalui perkongsian kuasa yang adil dan menepati semangat Persekutuan.
Tuesday, March 29, 2011
Rahsia Buku Jingga Siri 2 (Negara Dalam Krisis)
NEGARA DALAM KRISIS Krisis Ekonomi
Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98.
Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja ratusan juta wang rakyat.
Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan lain-lain yang sebenarnya tidak keluar dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini.
Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.
* 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit. * 10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. * 4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%. * 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6%. * KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.
* 325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010. Ini bermakna purata setahun adalah 81.25 billion ringgit. * 53.3% adalah kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. * 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang PETRONAS dan hutang, dari RM68 bilion (1998) kepada RM214 bilion (2010).
Kerosakan Institusi Negara
Institusi-institusi negara rosak akibat dari campur tangan penguasa.
Kewibawaan badan kehakiman terhakis.
Salah laku hakim-hakim yang dibongkarkan dan diketahui umum menyebabkan rakyat dan masyarakat antarabangsa hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman.
Malah, amalan mencampur-adukkan kepentingan politik penguasa dengan pentadbiran negara untuk memberi kelebihan kepada parti yang berkuasa semakin menjadi-jadi.
Jika integriti institusi-institusi utama negara tidak dipulihkan, bahana kepada negara dan rakyat adalah berganda.
Selain ketidakadilan yang berleluasa di dalam masyarakat, sebarang usaha untuk membaiki imej Malaysia di mata pelabur asing juga akan terus cacat dan tidak berkesan.
* Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum dari tahun 2007 ke 2009
Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum
Pemerintah sedia ada mengambil jalan tidak bertanggungjawab memecah belahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum untuk terus kekal berkuasa.
Taktik pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah ini semakin menjadi-jadi sejak tsunami kebangkitan rakyat 2008 menggambarkan tingkah laku penguasa yang akan menggadaikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum apabila semakin terdesak.
Rentetan peristiwa berbaur perkauman yang berlaku sejak Mac 2008 akibat permainan politik perkauman sempit UMNO/BN mengancam persaudaraan rakyat pelbagai kaum.
Kegilaan menggunakan isu-isu yang mengapi-apikan perasaan curiga antara kaum dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa semakin menjadi-jadi mutakhir ini kerana penguasa yang terdesak.
Bebanan Rakyat
Kelesuan ekonomi dan kegagalan pentadbiran sedia ada melonjakkan ekonomi ke prestasi lebih tinggi membawa kesan yang mendalam kepada rakyat. Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang makin meningkat.
* 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin).
* 4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.
* 40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.
* 3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.
* 34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran dibawah paras kemiskinan.
* 62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sektor korporat (penjana bebas, konsesi lebuhraya).
* RM4 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.
*RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba ditarik balik.
* RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia.
Hak Rakyat Dinodai
Peristiwa salah guna kuasa yang memangsakan rakyat berleluasa.
Insiden-insiden yang melibatkan remaja ditembak polis semakin meningkat dan merangkumi mangsa dari pelbagai kaum.
Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di laman internet.
Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada rakyat.
Tindakan-tindakan penguasa sebegini tidak menggambarkan niat sebuah kerajaan yang menghormati kebebasan rakyat dan menjaga kehormatan rakyatnya.
Kekangan dari pihak berkuasa berterusan dan tidak ada tanda-tanda akan berubah dengan sendiri.
Gejala Rasuah Berleluasa
Rasuah adalah barah utama yang menghancurkan negara dan bangsa dari dalam.
Gejala rasuah yang berakar menjadi halangan kepada usaha-usaha untuk menyuntik dinamisme ke dalam ekonomi dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Sejak sedekad lalu, rasuah juga adalah penyebab kurangnya minat pelabur asing untuk datang ke Malaysia yang telah merumitkan lagi usaha memulihkan ekonomi negara yang kian malap.
Rasuah berleluasa kerana dokongan pentadbiran sedia ada yang selesa dengan golongan rentier (terutamanya dari kalangan kroni dan parti pemerintah).
Golongan rentier ini dikenali dengan pelbagai nama sebelum ini – atas angin, Ali Baba dan sebagainya.
Golongan ini adalah parasit yang menyelewengkan sumber negara dari rakyat ke poket mereka.
Gejala rasuah akan terus meruntuhkan daya saing dan jati diri rakyat Malaysia dalam suasana acuh tidak acuh yang ditunjukkan pentadbiran sedia ada.
* RM28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa.
* 3 kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.
* 4.4 skor dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Negara tahun 2010, sedangkan sasaran UMNO/BN adalah 4.9. Skor ini lebih rendah dari tahun 2009.
* 46% dari rakyat yang ditinjau oleh Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.
Krisis Pendidikan
Kelesuan ekonomi dan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat pelbagai kaum adalah bahana yang menimpa rakyat apabila pendidikan di negara ini diperkotak-katikkan mengikut selera pemerintah.
Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan, dunia pendidikan Malaysia hilang serinya – dulu dihormati serantau, kini hanya mengambil tempat kedudukan yang corot dalam senarai-senarai pendidikan antarabangsa.
Sekolah-sekolah dan universiti dilihat sebagai pentas menjual pengaruh politik walhal pendidikan rakyat adalah kaedah terbaik menstrukturkan masyarakat dan memacu ekonomi negara demi kesejahteraan bersama.
Negara-negara yang paling makmur dan sejahtera adalah negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan peringkat rendah, menengah dan tertiari yang paling berkesan dan adil.
* 57 anak tangga dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia UNDP 2010 mengenai kadar pembangunan insaniah di dunia, jauh ditinggalkan Korea Selatan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37).
*68.7% sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009, berbanding Korea Selatan (96.4%), Hong Kong (75.2%) dan Brunei (88.2%).
* 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009.
* 29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertiari, berbanding Korea Selatan (96.1%).
Bersambung...
Rahsia Buku Jingga Siri 1 (Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia)
Agenda Pakatan:
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
1 UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA !
Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis.
Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.
Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN.
Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah.
Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa.
UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi.
Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah.
Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.
Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi.
Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma.
Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.
Dasar Bersama adalah berlandaskan 4 kerangka asas iaitu:
1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.
Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya.
Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini.
Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.
Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek.
Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak.
Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.
Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.
Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita.
Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita.
Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.
Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat.
Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.
Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa ‘transformasi ekonomi’ bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi.
Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda.
Amalan menunggang institusi-institusi negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa.
Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.
Malaysia perlu diubah sekarang.
Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur.
Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.
Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera.
Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.
Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.
Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat.
Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi negara.
Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama.
Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.
Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara.
Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. Lim Kit Siang - Ketua Ahli Parlimen
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bersambung...
Rahsia Buku Jingga [Document Inside] Wajib Baca!
Kepada semua rakyat Malaysia..
Teman 'post' kan isi Kandungan buku jingga,
Untuk sebaran dan pemahaman seluruh rakyat Malaysia...
Mari kita baca dan fahami..
Renung-renungkan..
Ke Arah Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan...
InsyaAllah...
Siri Buku Jingga ini akan teman siarkan beberapa siri...
Selamat Membaca dan Memberi Komen!
KANDUNGAN
1 Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
2 Negara Dalam Krisis
-Krisis Ekonomi
-Kerosakan Institusi Negara
-Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum
-Bebanan Rakyat
-Hak Rakyat Dinodai
-Gejala Rasuah Berleluasa
-Krisis Pendidikan
3 Kemakmuran, Keadilan Sosial dan Persaudaraan Rakyat bersama Pakatan Rakyat
-Membebaskan Institusi Negara
-Kemakmuran Melalui Pengagihan Ekonomi yang Adil
-Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
-Pemberdayaan Rakyat
-Golongan Pendidik Diutamakan
-Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti
-Memerangi Rasuah
-Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi
4 Program 100 Hari Pakatan Rakyat
5 Dasar Bersama Pakatan Rakyat
-Demokrasi Telus dan Tulen
-Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
-Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
-Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara
Bersambung....
PAS Balaci DAP, UMNO Balaci MCA?
Hmmm..
Mohon komen daripada kesemua pencacai yang kerap menjenguk ke blog budakbalun ni..
Apa kata kome?
PAS Kelantan tetap dengan tindakan mereka mengharamkan penjualan loteri di Kelantan melalui kuasa mengawal premis yang ada pada kerajaan negeri!
Walaupun ada desakan yang agak kuat daripada DAP,MCA dan Gerakan.
Dalam masa yang sama, dengan angkuhnya, cina MCA Terengganu mengumumkan tiada pengharaman loteri di Terengganu yang diperintah oleh UMNO!
Adehhh!!
Buta perut takde akai ka??
sunsnake 29032011
PAS kekal haramkan jualan tiket loteri
Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.
Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Berita Penuh
Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu
Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.
"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.
Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.
Berita Penuh
Monday, March 28, 2011
Rahsia SPR Terbongkar? [Video Inside]
Cumanya tak divideokan macam ni..
Syabas anak-anak muda!
PR Jangan 'Hanyut' Dengan Isu Video Bangang Tu!
Teman bagi ingatan pada semua lapisan PR baik penyokong mahupun pendokong..
Sudah-sudahlah dengan isu video seks bangang UMNO tuh!
Ini semua bagi mengalihkan perhatian kita kepada 1001 tugasan penting yang perlu kita berikan tumpuan sepenuhnya!
Kalau kita perhatikan...
Tokoh pelik-pelik yang banyak bagi komen..
Si Nalla ni siap nak jumpa Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi tuh!
Apa level dia nak jumpa?
Apa isu dia nak buktikan?
Ke dia ingat Tok Guru berdua ni kaki 'video blue' macam dia?
Anwar Ibrahim dia boleh khianat...
Inikan pulak rakyat!
Errr.. Parti Bersatu India Malaysia ni parti apa pulak ni??
Tak pernah dengar la pulak!
Kat mana parti ni bertanding?
Madras?
wakakakaka!
sunsnake 28032011
Nalla sedia jumpa pemimpin Pas
utusanjohor@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 27 Mac – Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.
“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.
“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Friday, March 25, 2011
"Kisah Sebenar" Di Sebalik Video Seks Terbongkar!
1000x ganda bijak daripada Datok T and friends!!
Buat pencacai UMNO...
Apa lagi nak tunggu?
Cepat-cepat blah dari UMNO!!
UMNO dah nak karam!!
InsyaAllah!
Kawan-kawan semua..
hayati filem ini...
Wednesday, March 23, 2011
Bukti Terbaru! Ummi akui Anwar 'Ganteng'!
Perghh!!
Hebat giler Anwar Ibrahim ni...
Dengan jantan boleh...
Dengan betina boleh...
Dengan jalang pun boleh!!
Ini hebat!
Teringin teman nak bertanya pada beliau..
Apakah rahsianya?
Teman ingatkan hanya ada 2 video klip..
(1 lagi video tahun 98 dulu.. sampai sekarang tak keluar! mungkin ada pada Ummi the Virgin)
Kalau ikut kata Ummi laaa..
Tak hairan lah kalau ada desas-desus yang si Ummi ni sebenarnya tergila-gilakan Anwar Ibrahim... ganteng beb!! maunya tak nak!
Tambahan Ummi pun mengaku tahu Anwar ada banyak lagi video klip seks!
hmmmm.. Ngalahkan JAV jepun!
adehhh!!
sunsnake 23032011
Video seks: Ummi dakwa tahu dalang, ada 18 klip lagi
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.
“Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, “Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini,” katanya dipetik Berita Harian.
Fitnah Wanita - Benar Kata Ustaz Shamsuri..
Teman selalu dok ulang kaset ceramah ustaz Shamsuri ni dalam kereta..
Walaupun la ni dah canggih dan mana ada kereta masih guna cassete player..
Tapi teman maintain dengannya sebab teman tak mampu nak beli cd player! hehehe
Yang ye nye..
harga kaset ceramah jauh lebih murah daripada cd ceramah..
Kaset RM10 boleh dapat 3...
Ada satu kaset ceramah ustaz Shamsuri yang menceritakan fitnah..
ceramahnya berbunyi begini lebih kurang..
"Tuan-tuan.. la ni dah jatuhkan orang bukan susah.. bukan susah.
saya ni contohnya.. kalaulah kata tiba-tiba ada satu orang tak suka saya..
dok upah sorang perempuan datang mai sini dan kata yang saya dah berzina dengan dia.. apa nak kata? apa nak kata?
Saya memang boleh nafi tapi tak dapat tidak akan ada orang yang berkata 'tak sangka' Ustaz Shamsuri jadi macam tu?..
cukup senang kalau nak gunakan perempuan sebagai punca.."
Benarlah kata ustaz Shamsuri tu dalam ceramahnya...
Cukup senang nak menimbulkan fitnah pasal perempuan ni..
Rumahtangga boleh cerai berai..
Tunang lanang boleh putus..
Couple boleh clash...
Kesatuan masyarakat boleh pecah!
keamanan negara boleh runtuh!
Paling malang, agama dapat malu!
Tambahan kalau dah ada pulak puak-puak melayu yang..
pada depa bersumpah sahaja dah jadi confirmed dah!!
Tak payah nak bukti-bukti lagi dahh..
Hilang ghuyib hukum hakam Islam dalah hal sumpah ni...
hmmm.. oh lupa plak!
Dah akhir zaman....
sunsnake 23032011
PKR dakwa Rahim Thamby Chik, Eskay terbabit
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa, beliau telah ditunjukkan video itu oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.
Berita Penuh
Monday, March 21, 2011
Woi Melayu! Kenapa Sampai Tahap Ni? [video]
Subhanallah!
MasyaAllah!
Astaghfirullah!
Kesamaran kes Ponggong Saiful belum habis lagi..
Dalam ketidaktentuan kes tu yang semakin berderai dengan bukti dan saksi yang tak logik..
Datang pulak satu lagi tuduhan yang sangat jelik dan memalukan!
Yang menuduh melayu...
yang dituduh melayu..
Yang jadi hakim melayu...
Yang jadi pendakwa melayu...
Yang membela bukan melayu?
Apa nak jadi melayu nehhh!!
Melayu UMNO laaaa..
sunsnake 21032011
Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?
Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.
Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara.
Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Berita Penuh
Masa Yang Tepat Untuk Umum Keluar PKR!
Yes!
Kamu telah melakukan sesuatu yang kena pada masanya!
Kamu telah mengumumkan sesuatu yang kena pada ketikanya!
Kamu telah memuktamadkan sesuatu yang kena pada saatnya!
Sesungguhnya..
Pengumuman kamu keluar PKR ini sangat-sangat bernilai!
Diwaktu ada PRK sebelum-sebelum ini..
Ramai yang dah buat begini!
Dan ramai jugak yang telah mendapat keuntungan!
Bukan sikit anak 'pampasan' yang mereka dapat dari pihak sebelah sana!
Malahan!
Ada yang umum masuk PAS tapi 2 hari lepas tu keluar balik! pun ada!
Wallahua'lam berapa pulak 'pampasan' yang dia dapat!
yang pasti tak sebanyak yang YB Parlimen kat Kedah tu dapat laaa..
Sampai boleh beli tanah berjuta!
Dia tu YB.. lain valuenyer..
Kalau kamu-kamu ni..
Dapat 2-3 ribu pun dah cukup bagossss!!
buat PKR..
Sila semak balik..Apa masalahnya?
Jangan sibuk nak bertanding banyak kerusi..
Walhal.. sendiri mau ingat!
sunsnake 21032011
PKR Indera Mahkota lumpuh
KUANTAN 20 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota di sini yang merupakan kubu kuat parti itu di negeri ini, hampir lumpuh apabila Pemangku Ketua Cabang berkenaan, Ibrahim Sidek bersama 300 ahli mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Selain itu, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanitanya, Fadilah Abd. Wahab turut sama berbuat demikian.
Ibrahim yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof.
Menurut Ibrahim, keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar Mahu Jadi Yang Dipertuan Agung?
Adehhh!!!
Minah neh!
Kot ye pun nak cari sesuap nasi..
Kot ye pun nak cari publisiti...
Kot ye pun nak orang percaya dengan cerita dia..
Tak payah sampai tahap macam ni..
baik kamu tuduh Anwar tu nak jadi yang Dipertuan Agung!
Idak pun Anwar nak jadi Ultraman!
Kalau nak buat cerita pun..
kasi 'paras-paras' sudahlahhh..
jangan 'overcook'..
Kelak jadi arang!
adehhh!!!
yang herannya..
Cerita jenis macam ni pun..
Pencacai boleh percaya oo!!!
wakakakakaka!
sunsnake 21032011
Anwar bercita-cita jadi presiden - Ummi Hafilda
BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.
Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.
Aikk? Najib Tetiba Nak Serah DNA?
Pagi tadi jugak di Kantin opis..
Member teman sergah teman sambil berkata
"Apa cer bro? najib nak serah DNA??"
Teman tersenyum sambil jawab "apa hal?? bila ada kes Altantuya kat Mahkamah balik ni?"
Dia hanya senyum sinis sambil order Kopi O suam!
Teman ingatkan dia buat lawak..
bila teman layan Utusan Online..
Laahhh betul-betul Najib offer DNA dia!!
Adehhh!!
Kes Altantuya sampai dah jatuh hukum gantung pun pada 2 balaci polis tuh..
Yang sampai sekarang ntah macam mana rupa depa ntah?
Ntah ada duduk sebelah rumah teman ni ke?
Ntah dah betul-betul mati kena gantung ke?
Ntah dah lepas ke Eropah makan angin ke?
Tiba-tiba Najib nak rakyat bandingkan keberanian dia mengaku sanggup serahkan DNA berbanding 'ketakutan' Anwar tak nak serah DNA?
Apa punya 'teori perbandingan' nih??
Kot ye pun nak bagi rakyat banding..
Bagila contoh yang bijak sikit..
Yang logik sikit..
Perbicaraan Altantuya dulu pun banyak 'magic' daripada real..
Perbicaraan Ponggong Saiful ni pun dah makin melalut..
Siap minta DNA terbaru daripada Anwar?
Adehhh! DNA ni lama-lama boleh berbeza ke?
DNA kes 98 berbeza ke dengan DNA kes 2011?
DNA boleh berubah ke?
hmm..
Persoalan-persoalan ni nak kena tanya makcik wanita UMNO kat Batu Gajah nih!
Kompom makcik tu expert pasal DNA ni sebab bukan main semangat pegang sepanduk 'ANWAR SERAH DNA" hari tuh!!
errrr.. dah dapat ke duit RM20 yang dijanjikan tu makcik??
wakakaakakaka!
sunsnake 21032011
Anwar patut malu kepada Najib isu DNA
KUALA LUMPUR 20 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim patut berasa malu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kesediaan Perdana Menteri menyerahkan sampel asid deoksiribonukleiknya (DNA) jika diperlukan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana sampel DNA Anwar amat diperlukan demi membuktikan beliau tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan seperti didakwa.
Justeru katanya, Anwar perlu mencontohi keberanian Najib untuk menyerahkan sampel DNA seperti diucapkan secara terbuka oleh Perdana Menteri dalam satu majlis di Sarawak semalam.
Takziah! Perginya Seorang Pejuang DHPP Selangor..
Teringat teman dengan Mendiang Bala ahli DHPP Hulu Selangor yang meninggal dunia akibat kemalangan dahulu..
Kalau dulu semasa kejadian Mendiang Bala, teman kaitkan dengan Surah At Taubah:
"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang(pada Jalan Allah) , niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Surah At-Taubah, Ayat 40)
Bukan main marah pencacai UMNO hinggakan ada yang sanggup jadikan posting teman tu bahan cacian direct pada Tuan Guru Nik Aziz! link
Persoalan sama ada ahli DHPP ini benar-benar ikhlas menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS adalah sesuatu yang sangat-sangat subjektif! Ironinya, UMNO tidak bersetuju dengan perjuangan PAS!
Jika UMNO yang Islam pun tidak mahu bersetuju dengan PAS adakah kita perlu mengharapkan sepenuhnya ahli-ahli DHPP ini ikhlas menyokong perjuangan PAS?
Sebenarnya, antara tujuan PAS menerima bukan Islam sebagai ahli DHPP adalah bagi menunjukkan kepada mereka keindahan Islam yang PAS bawa. Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW walaupun mereka bukan Islam. Dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka (ahli-ahli DHPP) ini akan terbuka hatinya untuk mendalami Islam.
Pemikiran bahawa Islam hanya milik orang melayu benar-benar telah meracuni pemikiran pencacai UMNO yang berfikiran sempit dan jumud!
Na'uzubillah
sunsnake 21032011
Perginya seorang Pejuang DHPP
Berita penuh