Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 30, 2011

BudakBalun Berkabung Hari Ini!! Gempar!!!



Dengan ini..
Teman selaku owner blog BudakBalun ini..
Mengisytiharkan...
Tempoh berkabung selama 3 hari...

Dan didalam tempoh berkabung ini...

* bendera akan dikibarkan separuh tiang...

* Akan berpakaian hitam sepanjang masa.. kalau takde takyah pakai baju pun bulehh.. sebab teman tak berapa cerah pun!

* Layan drama tv dan filem yang sedih-sedih sahaja... Dilarang menonton cerita kelakar dan romen-romen.

* Tidak akan marah atau perli sesiapa.. akan berkelakuan mulia semulia-mulianya...

* Akan menyanyi lagu-lagu sedih sahaja... tidak akan menyanyikan lagu-lagu gembira seperti "Ayahku kawin lagi" dan sebagainya.. Lagu sedih yang disyorkan untuk dinyanyikan adalah lagu "Salam Terakhir" nyanyian Lagenda Sudirman...

Kesemua ini adalah kerana berita dibawah!!

huhuhuhuhuhuh!!! Sedihnya teman!!!
sunsnake 30032011

Ketua Wira tinggalkan PERKASA

Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta. Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya. Arman berkata, beliau telah lama berkira-kira untuk meletakkan jawatan kerana PERKASA tidak berjaya mengetengahkan isu yang diperjuangkannya. Isu itu termasuk kuota 30 peratus untuk Bumiputera dan juga hak istimewa dalam Model Ekonomi Baru.

Berita Penuh

5 comments:

Budak Kelawar said...

Tak dapat apa yang dihajati la tu.Asyik ikut telunjuk dan kepentingan orang lain.Bukan tak tahu kebanyakan orang Melayu berjuang kerana wang.
Sekarang baru sedar dengan tindak tanduk Ibrahim Ali,yang semakin gelisah dengan hampirnya pilihanraya ke 13.Kerana tiada siapa yang hendak tumpangkan kapal kepadanya.Menggelabah puyuh dah,pastinya memerintah Perkasa melakukan apa saja.By hook or by crook.

Sheild said...

Budak Kelawar,
its more by CROOK! perkasa mana tahu dan pakai hook, hook ni. Presidennya kan bapak segala CROOK! heheheeee..

keluhum said...

Yup,teman setuju..hehe..
Nakhoda Kapal Black Pearl "Jack Arman Sparrow" dh nk lompat ke Kapal Flying Dutchmen ttp takutkan "Devey James Locker"..Manakala Kapten "Ibrahim Ali Barbossa" baru sedar yg Chapter of the gates telah dilarikan oleh "Jack Arman Sparrow"..

Dh tau kapal masing2 kecik tp nk berlagak poyo demo sana-sini..
Lupa plak bahawa Final Countdown dh nk dekat..Mula la buat muka x der dosa dpn Pr dan Bn..

budakbalun said...

Sahabat semua..
Dengor cite si Armand dan kawan2nya ni ada turun dengar ceramah dan solat hajat perdana di Shah Alam hari tu..

hmmmmm..

HAJI YUSOF BIN ABD RAHMAN said...

Ini tektik KUDA TROJAN..ZAID yang bertanding PKR di Hulu Selangor dolu dolu tuh...kena ugut..kena RM RM..tubuh parti KITA...suruh Anwar letak jawatan pulak..MEROYAN..

Si Armand ni ...jadi UNTA Trojan pulak...hati hatilah wahai PAS pis pus..jgn ghairah diperBODOHkan..