Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, August 19, 2010

Upko - Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara!


Sorry Bro Armand Perkasa..
Teman pinjam lagi ayat famous kamu untuk tajuk posting teman kali ni..

Upko ni pun satu hal..
Kamu tu dahlah parti komponen BN..
Tergamak kamu sanggah kata-kata Presiden UMNO?
Tergamak kamu jadi petualang negara?

Tak tahukah kamu..
sesiapa yang menyanggah kata-kata UMNO..
samalah hukumnya seperti menderhaka kepada Agama,Bangsa dan Negara!
Tak percaya?
tanyalah Zaid Ibrahim.. tanyalah Anwar Ibrahim.. tanyalah Khalid Ibrahim..
tanyalah mereka-mereka di dalam PKR..
umpama setiap minggu mereka digelar pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara!

Kalau ikut si Armand PERKASA, setiap hari dia nak memekik depan Pejabat PKR di Tropikana dengan ungkapan itu!

wakakakaka!
sunsnake 19082010

Upko pertahan Dompok label Umno ‘halang’ kejayaan 1 Malaysia

August 18, 2010


KOTA KINABALU, 18 Ogos — Upko, parti komponen Barisan Nasional (BN), mempertahankan kenyataan Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok mengenai kebimbangannya berhubung konsep 1 Malaysia, yang beliau membayangkan Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Setiausaha Agung Upko Datuk Wilfred Tangau berkata, adalah malang bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana tidak dapat “membaca nadi” penduduk Sabah dan tidak memahami apa yang cuba dikatakan oleh Dompok pada Ahad lalu.

“Sebenarnya isu konsep 1 Malaysia ini bukan saja difikir oleh Tan Sri Bernard seorang, tetapi oleh penduduk di peringkat akar umbi, termasuk pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain.

“Kami sokong sepenuhnya apa yang dinyatakan oleh presiden kami ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tangau yang menggelar Salleh sebagai “kawannya” menambah pemimpin Umno itu tidak mendapat gambaran sebenar isu itu.

Ahad lalu, Dompok berkata: “Najib ada rancangan yang bagus untuk negara, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

Bagaimanapun katanya, Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia.

Berita Penuh

2 comments:

zulkbo said...

Salam bertandang..
semoga sihat selalu
orang di sini..murah rezeki

budakbalun said...

W.salam..
jazakallah sudi jengok blog budakbalun..
Alhamdulillah sihat dan dikurniakan rezeki..
harap begitu juga buat sahabat...