Apa bendanya la Kerajaan PAS Kelantan nih!
Lemah betul dalam melaksanakan syiar Islam!
Ni apa benda ni?
Satu Keluarga Satu Hafiz? Apa barang ni?
Cuba tengok contoh yang dbuat oleh Kerajaan UMNO Melaka..
bersungguh-sungguh nak laksanakan Islam..
Nak kawal masalah zina dikalangan melayu Islam..
Tindakan UMNO Melaka nak buka Sekolah Khas untuk gadis yang hamil anak haram sememangnya patut dipuji!
Inilah cara sebenar!!! Bukan dengan cara Satu Keluarga Satu Tahfiz nih!
ini cara kolot!
Bak kata Dr Mahathir.. "Sekolah Agama rakyat bukan boleh produce doktor, engineer?"
Hmm.. Bila la PAS nak jadikan UMNO sebagai contoh ikutan dalam melaksanakan Islam secara betul?
sunsnake 19082010
Satu keluarga seorang hafiz, pentafsir al-Quran
|
KOTA BHARU, 19 Ogos: Kerajaan Kelantan berharap semoga dalam satu keluarga akan lahir seorang hafiz al-Quran dan dalam masa yang sama tokoh dalam bidang pentafsiran al-Quran juga dapat dilahirkan dalam masyarakat negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, sehubungan itu kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM70 juta setahun bagi membiayai pengurusan pendidikan dan pembelajaran sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik). Beliau mengharapkan generasi kini yang masih berada di sekolah Yik termasuk di Maahad Tahfiz Sains akan lahir sebagai golongan generasi yang hafiz Al-Quran. Katanya, dengan anak-anak yang kini sedang belajar di sekolah YIK diharap akan mampu lahir sebagai generasi berilmu terutama dalam bidang hafazan al-Quran dan pentafsirannya. “Sekurang-kurangnya seorang hafiz al-Quran bagi satu keluarga akan dapat dilahirkan di samping melahirkan tokoh dalam bidang pentafsiran Al-Quran termasuk mengenai keilmuan berkaitan ‘mineral’ yang digali dari Al-Quran. |
Puteri Umno mahu sekolah hamil di peringkat nasional | |
|
Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan.
0 comments:
Post a Comment