Sekonyong-konyongnya Tok Mufti Perak ini buat kesekian kalinya mengaum dan kali ini agak ganjil bunyinya!
" Ada pihak yang telah pun membuat 'Perlembagaan baru' tapi saya tidak mahu menyatakan siapakah pihak itu kerana tidak mahu Perang Besar berlaku" itulah lebih kurang antara kata-kata Keramat oleh susuk tubuh ini yang tidak dapat dipastikan adakah dia hidup diatas Al-Quran atau Hikayat Tun Sri Lanang kerana tindakannya yang memperjuangkan melayu melebihi kepentingan Islam itu sendiri! terutama sejak UMNO semakin karam ditelan kebangkitan rakyat kini.
Jelas, beliau tidak mahu menyatakan siapakah pihak yang dimaksudkannya, Full Stop! tetapi bagaimana pulak boleh Pejuang Melayu Selangor yang seorang ini pulak mengeluarkan kenyataan yang sangat biadap dan pelik ini?
Tok Mufti belum mendedahkan siapakah yang membuat Perlembagaan baru itu tetapi UMNO Selangor telah terlebih awal tahu? Sangat pelik! Melainkan salah seorang daripada mereka yang mereka perlembagaan tersebut! Boleh jadi?
Kesimpulannya, amat malang apabila seorang yang bertaraf Mufti tergamak menghinakan dirinya dengan bersekongkol dengan golongan manusia yang mengaku Islam tetapi bermatian memperjuangan Asabiyah! Ini bermakna taraf Mufti semakin merudum dan kemungkinan selepas ini mereka hanya akan dijadikan Tukang baca Doa di hari kematian pembesar-pembesar UMNO sahaja!
Na'uzubillah...
sunsnake 19082010
Melayu perlu sedar agenda sebenar pakatan pembangkang
SHAH ALAM 18 Ogos - UMNO Selangor hari ini meminta semua orang Melayu dan umat Islam di negeri ini supaya sedar akan matlamat sebenar pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menghapuskan hak orang Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, kesedaran di kalangan golongan itu amat penting bagi memastikan hak orang Melayu serta bumiputera lain termasuk Islam, terus dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Katanya, kewujudan 'perlembagaan baru' yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berhasrat untuk memelihara kepentingan orang Melayu dan menegakkan Islam di negara ini.
"Orang Melayu tidak seharusnya lupa bahawa mereka telah dijajah dan dinafikan hak selama 446 tahun bermula sejak zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511.
"Kini adakah orang Melayu sudah puas dengan kemerdekaan yang dinikmati sejak 1957 sehingga mahu bersekongkol dan membiarkan pihak lain mewujudkan 'perlembagaan baru' yang jelas mengenepi hak bumiputera dan kedudukan Islam?
0 comments:
Post a Comment