Hishh!!
Gila apa Kerajaan PR Selangor ni..
Buat kempen Anti Zina??
boleh jalan ke kempen ni?
Susah payah Kerajaan UMNO Malaysia buat pelbagai konsert..
Tak cukup konsert Malam Ambang tahun baru..
Buat konsert Malam Ambang Kemerdekaan..
ditambah dengan Konsert Jom heboh.. Konsert itu.. konsert ini..
Ini semua pun kempen anti-zina jugak!
Yang nak buat Kempen anti-zina yang sama macam UMNO buat apa??
Tu... Dataran Merdeka.. memang dah jadi 'port' rasmi kempen anti-Zina UMNO dah..
belum campur Dataran Pahlawan Melaka lagi.. (err.. betul ke nama dia?)
Danga Bay JB jangan cerita laaaa... memang 'port' paling kelasss!
Sudah-sudahlah Kerajaan PR Selangor..
UMNO dah buat kempen anti-zina ni sejak dulu lagi..
tapi hasilnya semua failed!
sunsnake 18082010
Selangor lancar kempen anti-zina atasi isu kes buang bayi
SHAH ALAM, 18 Ogos — Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen Anti-Zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.
Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini, yang dijangka dihadiri 3,000 belia.
“Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.
Dr Halimah berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.
2 comments:
Salam Bro..
Kerajaan Selangor nyata tak peka dengan hasrat kerajaan melaka untuk meramaikan lagi jumlah pelajar di Sekolah Mengandung Seks Bebas Ali Rustam (SMSBAR)..
Kena mintak kerajaan pusat campur tangan nih... hahaha
w.salam..
bro jeebond..
betoi3x...
wakakaka!
kompom hampa si Ali Rustam!
wakakakaka!
keciwa!
Post a Comment