Duhai Muftiku..
berkata benarlah..
Jika benar bagai yang dikau kata..
Huraikanlah satu persatu..
agar mudah kita ambil kira..
agar mudah kita mengungkaikan simpulan ini..
agar mudah kita takwilkan..
Siapakah sebenarnya empunya angkara..
Jika Perang besar yang kau takutkan..
Bukankah negara ini sudah lebih 50 tahun merdeka?
Bukankah negara ini negara berdaulat?
Bukankah negara ini ada undang-undangnya?
Malangnya..
Sekiranya kamu maih mahu berteka-teki duhai Muftiku..
Bimbang pula Perang Besar tetap berlaku!
Malangnya..
Sekiranya Perang besar itu berlaku didalam keadaan hanya kamu sahaja yang tahu
siapakah manusia itu..
yang mereka perlambagaan baru...
hmmm...
Terfikir juga akan diriku ini..
mengapa Muftiku senyap pasal Perang Besar dan Zalim seperti Akta ISA yang Maha Kejam itu?
Setujukah ia dengannya?
Wallahua'lam
sunsnake 19082010
PAS desak Harussani dedah ‘perlembagaan baru’
|
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan ‘perlembagaan baru’ dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153. Selain itu, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. “Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” ujarnya kepada Harakahdaily. |
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment