Ohh!! Betapa frustnye teman apabila terbaca nafian oleh Zul Nordin ini!
Mengapa Zul?? Mengapa??
Adakah kamu teringat kembali Sumpah mahu menjatuhkan UMNO yang kamu buat di Bukit Beruntung selepas kekalahan besar Barisan Alternatif 2004 dahulu?
Adakah kamu teringat kembali bagaimana mikrofon melayang apabila ditepis oleh kamu yang sedang berceramah berapi-api!
Sayangnya.. sudah terlambat... namun teman masih mengharapkan kamu sebagai penceramah............ di pentas UMNO!
sunsnake 19042010
MP Zulkifli nafi kempen BN di Hulu Selangor
Oleh G. ManimaranHULU SELANGOR, 19 April — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat PKR bulan lalu menafikan akan terlibat dalam kempen membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Zulkifli berkata, sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini kepada The Malaysian Insider beliau tidak akan berada dalam negara ketika tempoh pilihan raya Hulu Selangor dan oleh itu tidak timbul soal akan turun berkempen.
0 comments:
Post a Comment