Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 19, 2010

PRK Hulu Selangor (84) UMNO repair bumbung flat?


PROJEK TUKAR BUMBUNG DI HULU SELANGOR : SIAPA YANG UNTUNG BESAR?

Kerajaan Pusat BN sedang menukar bumbung pangsapuri-pangsapuri kos rendah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa di Hulu Selangor. Kos yang diperuntukkan menurut Perdana Menteri adalah RM17 juta. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah menukar bumbung bagi 2 blok dengan kos lebih kurang RM400,000 atau RM200,000 setiap blok.

Setelah ditolak 2 blok yang Kerajaan Negeri tukarkan, ada baki 52 blok. Maka jika satu blok RM200,000 maka kos untuk 52 blok adalah RM10.4 juta. Katalah blok-blok itu dicat dan kos mengecat adalah RM40,000 setiap blok maka untuk 52 blok adalah RM2.8 juta. Kalau dicampur kos tukar bumbung dan mengecat maka jumlahnya RM13.2 juta. Ini termasuk keuntungan bagi kontraktor. Tapi peruntukan RM17 juta.

Maka ke mana perginya lebihan RM3.8 juta? Adakah ia untuk pilihanraya kecil P.94? Saya mengalu-alukan projek menukar bumbung ini tetapi janganlah peruntukan disalahguna. Pastikan ia benar-benar untuk rakyat

2 comments:

Anonymous said...

Bro,

Jangan la marah, bukan tak tau Ketua Pemuda dan Ketua Bahagian Um-NGOK nie kebanyakan adealah Kontraktor. Baki kos projek tu sendiri mau ingatla mesti la dilaburkan untuk PRK.

Takkan tak tau cerita masa penamaan calun hari tu berapa banyak duit ditabur. Silap aku tak datang pakai baju DACING, kalau tak senang2 RM100 masuk poket.

-madir-

sunsnake@budakbalun said...

aku duk dalam puak BN tapi silap la tak minta tshirt dan duit! aduhhh!! wakakkaa!