Ketika ini jam 2.37pg di Bukit Sentosa.. Suhu sejuk.. sebab lepas hujan lebat petang tadi!
Namun ketika hujan itu teman di Hulu Bernam meneruskan agenda perjuangan menuju kemenangan buat rakyat dan masa depan Malaysia..
Mungkin teman akan dibelasah dengan tajuk posting kali ini..
Katalah apa nak kata.. tapi inilah hakikat yang teman nampak..
Jika tak kena gayanya, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PKR akan kalah Ahad ini..
Dan mungkin dengan majoriti yang besar mahupun mungkin sangat besar!
Kemenangan PKR pada PRU 2008 pada teman bukanlah kemenangan mutlak! Sebelum ini pun teman dah postingkan betapa teman sangat-sangat mencurigai kemampuan PR untuk memenangi sebarang pilihanraya kecil didalam Parlimen 'bertuah' ini!
Jangan terlalu yakin bro! Dan jangan tertipu dengan kemenangan kita di hari penamaan calon tempoh hari! Kalau nak ikut penamaan calon hari tu, di Bagan Pinang pun kita ramai!
Gerak Kerja BN di Genting Highland?
Dimana-mana pun sekarang ini, teman dapat lihat betapa perlahannya mereka. Ceramah-ceramah ala-kadar, hanya sesekali apabila menggunakan kapasiti Kementerian maka terlihatlah pemimpin-pemimpin mereka. Gerakan rumah-ke rumah sangat perlahan walaupun kadang kala sangat jarang kelihatan. Tinjauan malam teman mendapati puak-puak ni hanya melepak-lepak di restoran mamak, tomyam dan berpeleseran baik puterinya, pemudanya mahupun wanitanya! Malangnya di Hulu Selangor ini tiada tempat yang 'happening' malahan kebanyakkan pekannya akan 'shutdown' selepas jam 12 malam! Mujurlah di Bukit Sentosa, restoran mamaknya banyak dan besar-besar! Jadi bolehlah puak-puak BN ini melepaskan 'lelah' mereka. Memanglah kerja-kerja poster,banner dan billboard mereka di'swastakan' namun usaha petugas-petugas itu sendiri sangat malap! Berbeza sungguh pendekatan mereka kali ini! Ke memang mereka takde orang?
Informer teman bagitau, alang-alang dah sampai Bukit Sentosa ni, apahal pulak tak ke Genting Highland? Lagi sejuk doww!! Puteri pun ramai turun!! Duit pun dah mahsyukk!! Wallaweyy!!
Masalah teman, informer teman inipun la ni ada kat atas genting nuh! Hampeh! dia berpoya-poya tanpa pesan padaku! hanya sms penawar duka!
Apa Gerak kerja Sebenar BN?
Ini adalah satu-satunya keraguan teman yang amat agung buat masa ini!!! Teman yakin sangat-sangat bahawa mereka sedang mengatur suatu strategi yang sangat-sangat membunuh! Baik membunuh semangat mahupun jentera PRK PR! Gerak saraf PR sila ambil perhatian! Jangan lepas ni salahkan orang lain yang kamu tak tahu apa-apa! Ni ada orang dah bagitahu! So? kaji la sendiri? takkan pancing orang dah bagi, ikan pun nak dilambung?
Pointnya ialah Jentera PRK BN slow! Dan mereka memang sangat sangat sangat mahukan kemenangan! Adakah ini logik?
Jika ada yang menjawab "BN akan full swing 2 last days".. so? apa persiapan PR?
masih nak menyalahkan SPR? Media? Polis? Itu semua memang kompnen BN!
Takat ini dulu.. mata dah ngantuk! Tak sabar nak tunggu Jumaat.. layan ceramah 3 katak!
Sebelum tu paham betul-betul maksud Lim Kit Siang kat bawah.. berdasarkan risikan dan underground teman, apa dia kata tu betul dan silap-silap akan jadi kenyataan! Full Stop!
sunsnake 19042010
Kit Siang: Pakatan tak boleh terlampau yakin kekal di Hulu Selangor
Dalam analisis terperincinya, Lim menjelaskan, Barisan Nasional (BN) tewas kerusi Parlimen dengan perbezaan undi tipis tetapi menguasai ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti keseluruhan 6,175 undi.Pada pilihan raya umum 2008, BN menang di DUN Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru masing-masing dengan majoriti 3,548, 2,179, dan 448 undi.
Justeru, Lim persoal mengapa majoriti 6,175 undi BN membabitkan ketiga-tiga DUN itu terbalik berbanding kelebihan 198 undi diperoleh oleh Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad.
“Undi peringkat Parlimen bagi PKR (23,388) hanya lebih 54 undi berbanding yang diperoleh calon-calon Pakatan Rakyat bagi tiga kawasan DUN (23,334),” katanya.
Beliau berkata ketika pilihan raya umum Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel memperoleh 23,190 undi, di mana kurang 6,320 undi berbanding keseluruhan 29,510 undi yang diperoleh ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari BN.
“Jelas lebih 6,200 pengundi memberikan undi kepada BN di peringkat Dewan Undangan Negeri, dan tidak mengundi untuk Palanivel. Apa yang signifikan ialah lebih 6,200 undi tidak pergi kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
“Ke mana perginya lebih 6,200 undi ini?” kata beliau.
“Jika 2,000 atau 3,000 pengundi keluar mengundi untuk BN pads 25 April ini, BN boleh menang,” katanya.
Oleh itu kata Lim, kesemua pemimpin PKR, PAS dan DAP, dan mereka yang berkempen untuk Pakatan Rakyat harus sedar bahawa pihaknya boleh pasti akan mencapai kemenangan muktamad Ahad ini.
Dalam analisis itu Lim menambah, BN hanya tewas di Hulu Selangor dua tahun lalu kerana pengundi tidak gembira dengan calon yang diturunkan, bukannya tiket yang dia tanding.
0 comments:
Post a Comment