Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 19, 2010

Kucing kata tak nak makan ikan?


Dulu masa kecik-kecik dulu.. Teman ada sorang mak sedara yang sangat-sangat cintakan kucing! Silih berganti kucing-kucingnya di rumah malahan kucing-kucingnya itu dibawa tido!

Secara otomatik teman pun terbabit sekali dalam menyediakan makan minum kucing-kucing dia ni.. Sememangnya kucing sukakan ikan melebihi segala-galanya! Itulah fitrah seekor kucing!
Walaupun la ni dah ada macam-macam jenis makanan kucing, tetap ikan akan jadi 1st option untuk kucing dan pastinya kucing juga akan memilih ikan sebagai makanan paling 'aula'! Friskis tu pun ada bau-bau ikan.. kalau ada bau-bau Rosmah tobat lahum kucing tu takkan nak!

Apa gaknya berlaku bila kucing kata dia tak nak makan ikan? Pastinya tuan kucing tersebut akan kepala kebawah kaki keatas! Satu sebab kucing tu boleh bekcakap, satu lagi sebab kucing tu kata dia tak nak ikan!!! Jadi, apa pendapat kita tentang cerita dibawah?

Nasihat teman pada Bala.. Tak payah percaya la Bala.. lu duduk diam-diam sudahhh! Kang tak pasal tingkat 14 tinggi, tingkat 9 suda jatuhhhhh!

sunsnake 19042010

SPRM jamin Bala tidak ditahan jika beri keterangan

KUALA LUMPUR, 19 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan tidak akan menahan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam tetapi hanya mahu mengambil keterangan daripadanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata Balasubramaniam (gambar) hanya sebagai saksi dan keterangannya membolehkan siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, diselesaikan segera.

berita penuh

0 comments: