Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 3, 2010

Jamuan PAS Cawangan Sg. Tengi, Hulu Bernam


Malam tadi berlangsung jamuan makan malam anjuran Pakatan Rakyat dikelolai oleh PAS Cawangan Sg Tengi. Bertempat di Dataran Desa Maju Sg. Tengi, majlis diadakan khusus bagi meraikan petugas-petugas Pakatan Rakyat yang bertungkus-lumus di sepanjang gerak kerja kempen PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Yaakob Sapari yang sempat memberikan ucapan walaupun didalam hujan lebat!

Teman dan seorang sahabat yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan tidak sempat bertemu dengan YB dan kumpulannya kerana beliau terpaksa segera meninggalkan majlis bagi memenuhi undangan jamuan lain di Gelda Gedangsa!

Walaupun kalah di kesemua peti undi felda-felda di sini, namun jelas semangat dan kesungguhan ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat Felda Sg. Tengi untuk berusaha lebih gigih bagi mendaulatkan perjuangan Islam dan keadilan di Hulu Bernam ini. InsyaAllah, bukan kejayaan yang akan ditanya oleh Allah SWT kelak tetapi adakah kita ada keluar berjuang yang pasti ditanya!

sunsnake 03052010





0 comments: