Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 3, 2010

Tok Guru Nik Aziz bolayan kisah merepek Munafik Syed Azidi


molek benar la tu Tok Guru, tokse laye mamat meghoyan dengan jawatan dio tuh!
Banyok lagi isu-isu ummah yang Tok Guru kena fikirkan..
Mende-mende mace ni, biar YB Husam setelkan!
Buke level Tok Guru nak laye bendo bodoh nih!

Suko pulak dio si munafik ni nanti kalo Tok Guru selalu sebut-sebut fitnah dio nih!
sunsnake 03052010

Nik Aziz terus membisu

KOTA BHARU 2 Mei – Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengambil sikap berdiam diri mengenai dakwaan beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat.

Nik Aziz yang ditemui pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini tengah hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 80 pemimpin masyarakat Islam selatan Thailand langsung tidak menghiraukan soalan berhubung isu tersebut.

Malah Mursyidul Am Pas itu memalingkan muka ke arah lain apabila beberapa wartawan mengajukan soalan mengenai isu itu kepadanya.

Terdahulu, Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari turut memberitahu wartawan bahawa Nik Aziz enggan ditemui pihak media.

Bagaimanapun, media tetap tidak berganjak dan sebaliknya Nik Aziz memberikan respons apabila diajukan soalan mengenai ugutan bunuh terhadapnya melalui laman sosial Facebook.

Secara ringkas, Nik Aziz berkata: “Tak ada, tak ada apa. Saya tidak peduli langsung (ugutan bunuh itu) kerja-kerja begitu.”

0 comments: