Inilah harga perjuangan bro ni yang sebenar!
Dia menyangka dengan menyertai perjuangan reformasi, jika berjaya menguasai Malaysia,
pastinya dia akan dikurniakan sekian banyak 'ghanimah' dari DS Anwar!
Ternyata DS Anwar lebih mengenali dia lebih dari dia sendiri!
Nah! bro ni terpaksa kembali ke fitrahnya iaitu materialistik!
Ok lah jadi Senator, sama je elaun dan kemudahan seperti Ahli Parlimen!
Tahniah Senator Ezam! InsyaAllah.. kalau Allah izinkan..
Sultan Selangor akan bagi ko title Dato' plak!
Ko tak pernah ceramah 'politik' dalam masjid kan?
ok! kompom dapat!
sunsnake 03052010
Ezam: Saya berhak jadi senator
Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ezam (kiri, berkaca mata) yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
sumber - kedahlanie
0 comments:
Post a Comment