Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 3, 2010

Mari kembalikan 'respect' terhadap Polis!


Bukan tidak simpati kepada pihak Polis, malahan pada teman Polis adalah antara pasukan yang sangat-sangat harus dikagumi dan dihormati!

Teman tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya pihak Polis tiada di mana-mana pun dimerata ceruk dunia ini! Namun penghormatan masyarakat diragui dengan kes-kes yang pelik dan menghairankan! Kematian Kugan di dalam lokap Polis, salah satu kes yang sangat diragukan! dan malangnya cara pihak Polis menangani dan memberikan keadilan sangat-sangat tidak munasabah!

Terlalu banyak kejadian pihak Polis mengambil tindalan yang sangat bias apabila

Teman yakin, pencerahan integriti pihak Polis Malaysia hanya akan diatasai apabila Polis dibenarkan menjalankan tugasan mereka secara benar-benar terbuka tanpa campurtangan ahli politik termasuk menteri-menteri! Terlalu banyak campurtangan ahli politik sehinggakan rakyat melihat Polis seringkali bertindak mengikut arahan menteri-menteri bukannya tas dasar undang-undang itu sendiri!

sunsnake 03052010

Hisham mahu rakyat adil terhadap polis
Mei 2, 10 3:27pm
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.

Beliau berkata isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, Isnin lepas tidaklah perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.

"Satu panel memantau siasatan polis terhadap kes itu akan dibuat, saya beri jaminan lantikan itu nanti akan pertimbangkan mereka yang benar-benar bebas, kita simpati terhadap apa yang berlaku, dalam masa yang sama ianya perlulah melalui proses keadilan," katanya.

berita penuh

0 comments: