Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 13, 2010

Ummi Hafilda dah Pokai ke?


Hok aloh minah ni..
Dulu bukan main hebat lagi..
Masa zaman Che Det hentam Anwar..
Memang Famous giler muka sembab minah nih!
Keluar masuk Mahkamah diiringi oleh Azwan Ali..
Tak lupa Khairuddin yang la ni dah jadi suami Ummi Aida..

Sekian lama tak dengar cite..
La ni tup-tup muncul kembali!
Dalam Utusan pulak tuh!
Ingatkan dah bertaubat.. dah insaf..
rupanya idakk!! Malah makin gedik dengan tuduhan-tuduhannya!

Aduyaiii..
Kalau dah Bapak sendiri tak ngaku anak sampai ke akhir hayat bapaknya..
Kalau dah bapak sendiri tak percaya..
Takkan minah ni ingat rakyat Malaysia nak percaya kot?
Tergamak minah ni fikir macam tu sekali!!!
Wakakakak!
Ke upah konspirasi 1 dulu dah habis?
Ni usaha nak cari makan balik la ni ye?
aduhhhh!!
Hinanya diri!!

Nallakarupan? wakakaka!
Teman ingatkan mamat ni dah mendiang!
sunsnake 13122010

'Ummi Hafilda berkata benar'

KUALA LUMPUR 12 Dis. - "Semua itu benar." Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda sememangnya tidak boleh disangkal kerana segala fakta yang diberikan bukannya suatu pembohongan atau konspirasi.

"Bagi saya, apa yang Ummi Hafilda katakan itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, saya cabar 3A iaitu Anwar, Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin supaya menjawab kenyataan itu.

"Jangan jadi pengecut. Rakyat perlu tahu. Jangan berlakon lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas temu bual eksklusif Mingguan Malaysia berhubung rayuan Ummi Hafilda terhadap Azmin termasuk Anwar dan Wan Azizah agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Laporan itu antara lain mengimbas kembali apa yang dilaluinya sepanjang 1997 dan 1998. Antaranya, tindakan beliau menulis surat mengenai salah laku Anwar kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kemunculan semula Ummi Hafilda adalah atas rasa terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.

Mengulas lanjut, Nallakarupan berkata, Azmin seharusnya malu dengan apa yang diluahkan oleh Ummi Hafilda dan mengakui kebenaran kenyataan adik bongsunya itu.

Berita Penuh

4 comments:

cicit ngah layor said...

Amboiiiii!!!!! Nalla punyer nasi tambah. Udah mengintai2 ndak duduk ataih bangku senator ker? Umi!!! kalau dapat aper2 tu,hulor2 ler pader nalla punyer nasi tambah ni. Intai2 ler aper2 projek. Duit tunai sejuta dalam ghomah dulu tu pon dah abih lamer dah. Kesian dier!!!!!!. Bagi ler!!!!!

Anonymous said...

ha..ha..ha... ummi dan nalla satu kapal dahulu...kini ke dua2 kapal diorg tu dah nak karam, bukan kah zaman meleset skang nih...jd kena lah hulur kepala balik, minta tolong!!! kot2 ada org campak sekupang dua...

budakbalun said...

kompom dapat masyukk punya..
mana buleh free berurusniaga dengan UMNO nihhh!!

Kuda Perang said...

3A xpayah jawab pun xpa, mangkuk ni xdak nilai sesen pun, xleh pakai langsung...