Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, September 29, 2010

Hamba Abdi Yang Diswastakan!

Syok lagi jadi anak menteri!! Pergi mampos la swasta ke gomen!!!

Ada satu syarikat pembuat peralatan automotif..
Anak syarikat konglomerat automotif dan industri berat yang sangat besar!
Kalau teman sebut kompom anak teman yang kat sekolah pun tahu!

Kilangnya besar gila..
Area Shah Alam.. dekat sangat dengan Proton..
Bisnes kencang giler dengan syarikat pembuat kereta nasional 1 & 2..
Kencang giler!!

Gaji basic untuk operatornya ialah RM450 sebulan!!!
Hilang akal!!
Campur OT bagai nak mampus dapat lah RM1000 sebulan!!

RM1000 sebulan??
dok Shah Alam??
Macam tak masuk akal pulak!

Usahkan dah berkeluarga..
kalau bujang pun masih tak masuk akal!!

RM450 sebulan dow!!

Bangla cleaner kat opis teman ni pun leh dapat RM1000 sebulan!!
Cleaner tuh!!
Ada lebih baik keje cleaner kat opis teman daripada keje kilang tuh!!

Kalau kilang kicap mungkin teman leh consider..
ini kilang besor!!

ISO pebagai!!

hmmm.. 100% melayu pulak golongan operator nye..

Hidup Melayu!!!
sunsnake 29092010

Gaji minimum: MEF tak mahu campur tangan kerajaan tentukan gaji swasta

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menegaskan pihaknya tetap dengan pendirian tidak akan menerima dasar gaji minimum sama sekali, yang buat pertama kali kelihatan menerima “lampu hijau” daripada kerajaan dalam usaha menaikkan pendapatan pekerja sektor swasta.

Sehubungan itu, persekutuan tersebut meminta kerajaan tidak campur tangan dalam menentukan paras gaji sektor swasta negara ini.

“Di sektor awam membabitkan kakitangan awam, kerajaan boleh menentukan paras gaji tetapi kami berpendapat soal gaji sektor swasta, kerajaan tidak harus campur tangan... kerajaan tidak wajar menentukannya.

“Biar gaji pekerja-pekerja sektor swasta ditentukan oleh faktor pasaran,” kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pada 2007 kerajaan menaikkan gaji pekerja sektor awam antara 7 hingga 35 peratus, yang membolehkan pendapatan minimum kakitangan awam mencecah RM1,200 sebulan.

Berita Penuh

7 comments:

CUCU TOK WAN said...

Salam...

Ini ler masalahnya...

Kalau ikut MTUC, CUEPACS, terbela sungguhlah kakitangan kerajaan dengan kenaikan gaji, bonus pelbagai, insentif - kecuali jururawat pakar di CICU atau lebih tepat di KEMENTERI KESIHATAN yang ditawarkan gaji berbelas ribu di Arab Saudi, Kuwait, UAE tapi di negara sendiri, gajinya tak sampai RM1800, sedangkan kerja mengalahkan tukang kutip tong taik zaman tandas angkut dulu....

Itu kakitangan kerajaan... malangnya, tak ada mana-mana pihak pun yang nak membela kakitangan swasta, padahal kakitangan swasta inilah 'kilang produktiviti' negara, penghasilan negara, punca sebenar pendapatan negara.... tengok sajalah, apa kemudahan yang diperolehi oleh kakitangan swasta. Mujur sangatlah kalau anda bekerja di swasta dan kemudahan perubatan anda disediakan... sesetengahnya, jangankan kemudahan dan peruntukan perubatan, OT pun nilainya masih takuk tahun 70-an dulu... seringgit sejam!!!

Kalau orang politik, semuanya tuju ke kakitangan kerajaan, dan meninggalkan kakitangan swasta... tapi time pilihanraya, kakitangan swasta tu ler yang jadi BALACI depa!!!

mahaza said...

Ha... aku tau nama kampeni itu!... masa 2006 tengok report gaji basic RM450... kalau sekarang masih sama tu memang kejam lah...

keluhum said...

Klu ikutkan sektor swasta adalah pembayar cukai tertinggi utk negara..Pekerja mereka juga berhak mendapat hak sama seperti kemudahan pinjaman kerana mereka juga adalah pembayar cukai seperti kakitangan kerajaan..Perkara ini dh lama dibangkitkan..wlw bagaimana untung sektor swasta berniaga,tetap juga mereka kena byr cukai pd kerajaan,jd berilah keselesaan yg sama dgn kakitangan kerajaan dlm bab pinjaman dan kemudahan lain krn sama jugak mcm kakitangan kerajaan,mereka juga perlu hidup selesa...

budakbalun said...

mahaza..
rasanya dah up banyak dahh la ni!
dah jadi RM475 kot?? aduiii!!

Cucu Tok wan..
Itu la pasal..
rasanya golongan swasta lah yang paling banyak kena tax..

Dan staff gomen la yang paling banyak dapat hasilnya!

Nak apply keje gomen..
takde kabel la pulak!!

wakakaka!
Sapa suruh sokong PAS!

Anonymous said...

Ramai geng pembangkang dlm sektor kerajaan..Tu pasal UMNO nk bg kelonggaran pd guru utk join politik..Kekadang teman pikir gelihati gak dgn akujanji neh..Klu dh masuk skim pencen,maknanya sampai pencen la keje kat situ x kira la siapa pun jadi kerajaan..yg BTN ne pun mangkuk ayun gak.Depa tau sapa yg pangkah pembangkang..teman pun penah dapat surat panggilan kursus BTN lps PRU I2 tp teman buat kering jer x pegi..

budakbalun said...

Anon 1.05..
teman ade gak dengor cite yang ada pihak boleh trace apa yang kita pangkah!!!
ada sesiapa yang tahu details cemane?

Anonymous said...

Cuba kita pikir kemana kertas undi tu akan dibawa selepas pilihan raya..Dari situ dia akan pecahkan ikut saluran..Klu kawasan tu BN menang lg senang depa nak trace..pertamanya sebab jumlah kertas undi utk pembangkang lebih sedikit..Depa akan collect kertas tu dan check no kertas..Pastu dia akan rujuk no tu pada senarai pendaftaran mase hari mengundi tuh..Rase teman kat senarai tuh ada ditulis no kertas lepas kita daftar utk mengelakkan mengundi dua kali..