Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, September 30, 2010

Polis Takut Kat PERKASA?


Hmmm..
banyak betul maksud tersirat dalam berita ni..

Benarkah PERKASA memberikan kerjasama?
Apakah 'kerjasama' dalam skop Polis ni?

Mengapa dalam candle virgil yang dibuat untuk Mendiang Kugan, Beng Hock lain pulak tindakan polis? hinggakan ada yang ditangkap??

Mengapa Armand PERKASA yang secara terang mengeluarkan amaran yang bersifat ugutan dibiarkan berleluasa?
Adakah Armand lebih PERKASA daripada polis?

Teman tak sokong cina tu.. dan teman jugak tak sokong PERKASA ni!

hmmmm.... tindakan sebeginilah yang akan mempercepatkan lagi UMNO-BN dihumban ke laut!

sunsnake 30092010

Polis: Tiada tindakan kerana PERKASA beri kerjasama

Polis tidak bertindak terhadap PERKASA semalam kerana mereka memberi kerjasama kepada pihak polis, kata ketua polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkifli Abdul Rahman.

Kira-kira 50 anggota PERKASA berhimpun di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH) di ibunegara semalam, kerana membantah kehadiran rapper kontroversi Namewee sebagai penceramah di forum anjuran dewan tersebut di situ.

Zulkifli Mohd memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa polis terpaksa campurtangan dan meminta pihak penganjur memendekkan forum tersebut kerana ia mungkin mengganggu ketenteraman awam.

Berita Penuh

PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam. Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini. "Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Berita Penuh

0 comments: