Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, September 30, 2010

Apa Dia Wawasan 2020?



Aduyai..
Sejak Pak Lah naik jadi PM lagi..
Wawasan 2020 ni dah dilupakan terus!!!
Walaupun Pak lah ada sebut nak teruskan wawasan tu..
Keluar sahaja Islam Hadhari terus senyap!!
Dengan wawasan.. dengan 2020 hilang ditelan Masjid Kristal!

Akuilah duhai rakyat Malaysia..

Seperti sebuah syarikat..
selalunya misi dan visi sangat jarang bertukar..
Dan itulah yang akan menjadi guidline segala usaha meningkatkan kemampuan syarikat..
Mission and Vision..

Yang Malaysia ni..
Misi dan visi bertukar tiap kali ada PM naik!!
Zaman Pak Lah Islam Hadari..
Zaman Najib dah 1Malaysia pulakk!!

Kalau tak takkan lah cogankata di bangunan Angkasapuri tu berubah-ubah!!

Kalau tak takkan Rais Yatim dah tak sebut dah Islam Hadhari..
La ni dok berzikir 1Malaysia!!
Kalau tak takkan iklan raya Aidilfitri pun nak dimurtadkan dengan Santa Claus Melayu!!

wakakakak!

Kesian dengan Che Det di penghujung perjuangan 'melayu' nya...

Penyanyi Roy pun dok melalak lagu 1Malaysia la ni..
dah tak nyanyi lagu Wawasan 2020 dahhh!!!

wakakakaka!
sunsnake 30092010

Dr M: Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai...

Arkitek Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sasaran untuk mencapai matlamatnya pada 1991, berkemungkinan tidak menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Sama ada Wawasan 2020 boleh dicapai atau tidak, kebimbangan saya ialah ianya tidak dapat dicapai pada tahun 2020 ... mungkin kemudiannya," katanya, mengulangi pandangannya yang pernah disuarakanya sebelum ini. Namun, Dr Mahathir (kiri) berkata, sasaran matlamat tersebut masih boleh dicapai jika kerajaan menukar cara bertindak dan mencari "halatuju baru dan strategi yang berbeza", daripada terus bergantung kepada pelaburan langsung asing.

Beliau juga menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang sebagai tidak cukup kuat untuk memastikan kestabilan.

Berita Penuh

1 comments:

azman kamarul said...

Wawasan untuk "sapu" duit rakyat.