Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 8, 2010

Tembakkan aje Cik Polis oiii!! Apa ada hal??


Teman faham tugas seorang Polis.. tapi perlu ke sampai tembak kat badan?
Perut lak tuh! Nasib baik tak kena kepala macam Arwah Aminul!

Emm.. Lapang sasar tempat Polis training menembak dah tutup ke?
makin menjadi-jadi plak aksi tembak-tembak nih!
(bukan tembak menembak sebab hanya Polis sahaja yang menembak dalam kes-kes ni!)

sunsnake 08052010

Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas Mei 8, 10 4:12pm

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti."Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita. Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

berita penuh

2 comments:

Anti Mat Rempit said...

Peluru tak bermata. Nasiblah bro...siapa suruh merempit. Duduh rumah dan baca buku dan tolong mak bapak lagi bagus.
Bangsa lain ada ke buang masa macam budak-budak Melayu ni? Senang cerita dah nasib budak tu sejak azali lagi. Dan yang menembak pun nasib dia juga. Biar kita tengok dulu perkembangan penyiasatannya.
Lagi pun apa nak bela Mat Rempit ni..ramai dah jadi mangsa kena gesel Mat Rempit cuma tak iklan dalam akhbar je!

budakbalun said...

Bro Anti Rempit..
Gua pun anti rempit gakzz!!
Tapi takkan sampai tembak?? nyaris tak tembak mati??

Kena kat anak /family orang lain memang sedap kita kata..
cuba kena kat anak/sedare kita sendiri?

tak cukup langit kita menyumpah!

Kesalahan merempit tak la sampai kena hukum bunuh/gantung..

budak2 ni semua hasil daripada 'tarbiyah' UMNO selama 52 tahun..
Inilah bukti kegagalan UMNO mendidik anak-anak muda Islam ni..

Hidup mereka penuh dengan berpoya-poya dan 120% hiburan!
Jiwa mereka kosong! Rohani mereka lemah gilerrrrr!!!

Ada cara lain yang Islam sediakan.. bukannya dengan tembak mati! (nyaris tak mati!)

Wallahua'lam