Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, May 9, 2010

Mencari Keberkatan Dalam Bekerja


Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t, kerana ketakwaanlah yang menjamin

kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan ketika hidup di dunia dan di akhirat.

Sebagai seorang muslim, kita telah digesa untuk melakukan kerja dan mencari kelebihan kurniaan allah s.w.t dimuka

bumi ini dengan bersungguh-sungguh bagi menampung segala keperluan hidup. Kita ditegah untuk mengharapkan

datangnya rezeki tanpa usaha dan ikhtiar dan hanya semata-mata menyerahkan urusan rezeki atas kurniaan allah s.w.t,

sesungguhnya itu adalah bertentang dengan konsep Ahlul sunnah waljamaah, iaitu perlu ada usaha dan ikhtiar dalam

mendapat sesuatu kurniaan allah s.w.t. Gesaan untuk bekerja ini juga telah dijelaskan dalam banyak ayat allah s.w.t

antaranya :


"Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya

(berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

(Surah Al-A'raaf,Ayat 10)


"Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)masa untuk mencari rezeki".

(Surah Al-Anbiyaa', Ayat 11)


Perkara penting dalam memahami konsep pekerjaan ialah sesuatu kerja yang dilakukan itu termasuk dalam salah satu

cabang ibadat yang jika dilakukan mengikut cara dan bertepatan dengan kehendak syariat, maka ia dinilai sebagai

ibadat. Hasil pendapatannya juga akan menjadi hahlal dan akan diberi ganjaran oleh allah s.w.t. Sebaliknya, jika berlaku

perkara yang berlawanan, maka ia tergolong daripada kerja-kerja yang dilarang dan sudah pasti pendapatannya juga

akan menjadi haram atau termasuk dalam kategori subahat (kesamaran/keraguan).

Matlamat sesuatu kerja yang islam gariskan itu adalah jelas iaitu setiap kerja yang kita lakukan sebenarnya adalah

beribadat kepada allah s.w.t . Apabila kita menjadikan sedemikian, sudah pasti kerja yang kita lakukan akan cemerlang

dan terpelihara daripada perbuatan yang tidak diredhai allah s.w.t. Ini termasuklah perbuatan

menyeleweng,menipu,menyalah guna kuasa,rasuah dan seumpamanya yang menjadi punca kepada kerja yang kita

laksanakan tidak mendatangkan hasil yang cemerlang dan sudah pasti tiada keberkatan dalam kerja tersebut. Ini telah

dijelaskan dalam sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh saidatina aisyah r.a :


"Sesungguhnya allah s.w.t menyukai seseorang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang".


Hakikat kerja yang kita lakukan adalah berkaitan dengan pendapatan atau gaji. Dari pendapatan inilah kita gunakan

untuk menyara ahli keluarga dan menampung segala kuasa kehidupan yang lain. Islam amat menitikberatkan soal

pendapatan. Ini kerana ia melibatkan soal makanan harian kita. Mahukah kita jika kehidupan kita sentiasa dilingkari

dengan pendapatan yang haram atau subahat?. Pastinya kita tidak mahu. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita

berkenaan hasil yang kita perolehi dengan sabdanya :


"Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya".

(Riwayat At-Tarmizi)


Peringatan ini sewajarnya menjadikan kita lebih berwaspada, semoga amaran ini menjadi pegangan kepada setiap

orang islam.Kita perlu menyedari betapa islam amat menjaga soal pendapatan dan hasil kerja yang kita lakukan setiap

hari.


Dewasa ini, ramai dikalangan kita memilih kerjaya dengan menceburkan diri dalam bidang perbiagaan, maka berbagai

bentuk perniagaan yang dijalankan, termasuklah perniagaan melalui internet dan sebagainya.

Diantara perkara asas untuk menjadikan kerja yang kita lakukan dinilai sebagai ibadat dengan menjana pendapatan

yang halal, berkat dan bertepatan dengan kehendak syarak, ianya dijelaskan seperti butiran berikut :


Pertama : Niat untuk melakukan kerja itu mestilah betul.

Bila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, persoalan yang perlu ditimbulkan, apakah niat kita apabila menceburkan

diri dalam perniagaan tersebut?. Adakah kerana cita-cita yang tinggi untuk menjadi kaya dan beriman kepada allah atau

sebaliknya?.Adakah kita berniaga semata-mata untuk menyayangi rakan kita yang telah mencapai kejayaan dan hidup

mewah?. Adakah kita berniaga lantaran kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan walau pun tanpa ilmu

perniagaan dan kemahiran dalam bidang tersebut?. Sebenarnya banyak persoalan niat ini yang boleh dipersoalkan.

Maka sebagai orang yang ingin memulakan perniagaan,perlu bertanya apakah tujuan ia berniaga?. Rasulullah s.a.w

telah mengingatkan umatnya dengan bersabda :


"Sesungguhnya segala amal yang dilakukan berdasarkan kepada niat dan sesungguhnya sesuatu amalan itu akan diterima oleh allah s.w.t berdasarkan kepadaapa yang diniatkan".(Riwayat Umar Ibnu Al-Khattab)


Kedua : Kerjaya yang diceburi mestilah diredhai oleh allah s.w.t mengikut hukum syarak.

Perkara yang menjadi sumber pendapatan kita mestilah diredhai allah s.w.t dan dibenarkan syarak. Sudah semestinya

perkara yang melibatkan unsur perjudian, barang yang memabukkan,penyeludupan dan perkara-perkara yang

bertentangan dengan hukum adalah tidak diredhai allah dan haram disisi syarak. Oleh yang demikian perkara tersebut

perlu dielakkan dan dijauhi.


Ketiga : Pelaksanaan kerja tersebut mestilah betul.

Syarat ini adalah melibatkan cara kerja yang kita buat.Walaupun kerja atau perniagaan yang kita ceburi itu adalah yang

halal dan sah, namun jika pelaksanaannya tidak betul, sudah pasti hasilnya tidak sah seperti adanya unsur-unsur

penipuan dalam pengurusan,unsur riba', perjudian dan seumpamanya. Semua perkara ini termasuk dalam erti kata

pelaksanaan yang tidak betul dan tidak telus.


Keempat : Tidak meninggalkan perkara asas yang diterima syariat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kerja yang berkat dan sempurna ialah kerja yang sentiasa patuh dengan peraturan dan melaksanakan perintah allah

s.w.t. Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah mengabaikan ibadat asas seperti solat, jika solat diabaikan, maka

dengan mudah seseorang itu memandang remeh tentang hak-hak pengeluaran zakat dan pembiayaan sedekah kepada

yang sepatutnya, hilangnya maruah dan harga diri dalam soal menjaga aurat,berbagai bentuk pendustaan lagi dan

seumpamanya sehingga menjadikan kerja tersebut tiada keberkatan. Seseorang yang melakukan kerja, tetapi

meninggalkan solat tidaklah dianggap kerjanya diterima sebagai ibadat. Sebaliknya orang yang bekerja dan berniaga

mengikut syariat dengan melakukan kelima-lima syarat tersebut dianggap telah bertakwa, beribadat dan mengabadikan

diri kepada allah s.w.t. Rasulullah s.a.w berpesan dengan sabdanya :


"Sebaik-baik pekerjaan itu ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat dengan sebaik-baiknya".

(Riwayat Ahmad)


Sifat jujur dan ikhlas perlu diutamakan dalam melaksanakan tugas sebagai pekerja. Kejujuran dan keikhlsan ialah

membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain keredhaan

allah s.w.t. Perlu diingat bahawa setiap tindakan kita, pasti tidak lari daripada pengawasan allah s.w.t.


"Dan katakanlah (wahai muhammad): "beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka allah s.w.t dan rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (allahs.w.t) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (Surah At-Taubat, Ayat 105)


Source: http://www.jais.gov.my - Jabatan Agama Islam Selangor Powered by Mambo Generated:25 August, 2007, 00:37

0 comments: