Masalah UMNO ni sebenarnya mereka tiada keikhlasan..
Ikhlas ni bukan boleh dibuat-buat.. ianya kena datang dari hati yang bersih..
Biarlah sampai 100 kali sebulan pun pimpinan UMNO turun ke aktiviti kaum cina dan india..
Tapi sebenarnya jauh di lubuk hati mereka, mereka bencikan kaum-kaum itu!
Mereka sangat dengki dengan kaum itu!
Sebab apa? sebab perjuangan parti mereka sendiri adalah perkauman!
Mana mungkin perjuangan kaum mampu menjadikan diri mereka ikhlas membantu kaum lain?
Kerana itulah Islam melarang perjuangan kebangsaan ataupun asabiyah!
Kerana itulah Rasulullah SAW sendiri berperang dengan bangsa arab yang juga darah dagingnya sendiri! tetapi tidak mahu menerima Islam ataupun keadilannya!
Kerana bangsa Arab yang tidak mahu menerima Islam tidak akan mampu berlaku adil kepada bangsa lain.
Amat mustahil Abu Jahal akan menerima Bilal Bin Rabah sebagai saudaranya kerana Abu Jahal sangat-sangat membenci mereka yang bukan berbangsa Arab di Mekah! Tambahan pula Bilal adalah hanya golongan hamba abdi dari Afrika.
Melayu yang memperjuangkan hanya melayu akan menyebabkan dia terpaksa zalim kepada orang bukan melayu.. Terpaksa!
Kerana itulah sepertimana kata-kata Tuan Guru Nik Aziz yang pernah teman dengar sendiri..
"Sekiranya kita berjuang untuk melayu, kita akan zalim kepada cina dan india kerana mustahil mereka boleh menjadi melayu! Allah SWT telah mentakdirkan mereka dilahirkan sebagai cina dan india.. tetapi sekiranya kita berjuang untuk Islam, keadilan Islam itu akan meresap dan terserlah di hati kita dan mereka iaitu cina dan india berpeluang melihat keadilan dan kemesraan Islam, mereka akan melihat keindahan akhlak Islam dan jauh dari itu mereka berpeluang menyertai Islam!"
Cukuplah sejak lepas merdeka UMNO,MIC dan MCA mempergunakan sepenuhnya sifat perkauman di negara ini bagi memastikan kesinambungan kekuasaan mereka. Dihadapan kaum masing-masing mereka bertempik dan bersorak memaki hamun kaum lain tetapi bagaimana mungkin mereka akan ikhlas apabila terpaksa berbaik-baik dengan kaum-kaum yang dimakinya apabila berada didalam Barisan Nasional?
Lebih malang lagi apabila pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya menjadi pejuang Melayu tetapi akhirnya tunduk dan menyerah kepada tokey-tokey cina dan india yang sebenarnya menjadi pengkhianat kepada bangsa masing-masing!
Hakikatnya yang berlaku adalah pemimpin UMNO khianat kepada bangsa Melayu, pemimpin MCA khianat kepada bangsa Cina dan pemimpin MIC khianat kepada bangsa India! Melayu miskin tetap terus melarat! Cina miskin tetap terus daif dan India miskin tetap terus meminta-minta.
Allah SWT telah mentakdirkan diatas kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu apabila kaum Cina dan India diterima menjadi rakyat kepada negara Malaysia/Tanah Melayu ini dan kita sebagai rakyat yang terkemudian seharusnya menerima takdir ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas.
Keunikan parti-parti didalam Pakatan Rakyat adalah 3 parti utamanya adalah bukan berlandaskan perkauman yang sangat sempit. PAS adalah parti yang boleh menerima semua kaum asalkan mereka beragama Islam, bahkan kini membuka keahlian kepada bukan Islam dalam bentuk Dewan Himpunan Penyokong PAS yang sama tarafnya dengan Dewan Ulama'!
PKR adalah parti berbilang bangsa dan agama manakala DAP sendiri adalah parti yang menerima semua kaum! Cumanya buat masa ini, majoriti ahli DAP masih lagi berbangsa cina dan parti ini dalam proses menerima permohonan daripada kaum-kaum lain.
Semoga penubuhan Pakatan Rakyat sebagai parti politik berdaftar akan membuka mata semua lapisan rakyat Malaysia bahawa zaman fanatik perkauman dinegara ini akan berlalu.
sunsnake 08052010
Bergaul' dengan bukan Melayu: Umno hilang punca | |
|
berita penuh
0 comments:
Post a Comment