Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 8, 2010

Parlimen Britain bakal jadi Dun Perak?

Bro Brown, susah-susah ko heret je Speaker Parlimen Britain tuh!! Tiru UMNO!


Wah! Ini sangat menarik!
Kalau benar-benar terjadi silap-silap terpaksa la PM Britain si Gordon Brown tu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan peguam UMNO si Hasfanizam Harun tuh! Mamat lawyer ni memang terbukti terror bab-bab rompakan di dewan mulia nih!

Kalau tak boleh jalan gak, elok PM Britain ni tanya dengan pelakon utamanya si Zambry Kader. Haaa.. mungkin boleh dapat tips cara-cara menslumberkan diri apabila dimaki dan dikutuk.. cara-cara membuat muka tak bersalah gitu!

Last option, elok la jumpa SI Pengarahnya Najib Tun Razak! Kompom! Setel masalah!!!

Tapi mau ke Queen Elizabeth tiru stail Raja Gopal Malaysia nih??
Tergamak ke wanita itu?

sunsnake 08052010

Pilihan Raya Britain: Parlimen Tergantung Sejak 36 Tahun

22 Jamadil Awal 1431H.

LONDON: Parti Konservatif sehingga kini masih mendahului bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum Britain tetapi gagal menyisihkan Perdana Menteri Gordon Brown daripada Parti Buruh.

Bagaimanapun pemimpin Konservatif, David Cameron menegaskan Brown telah hilang mandat untuk mentadbir.

Keputusan tidak rasmi dan tinjauan menunjukkan Konservatif berpotensi memenangi 305 kerusi.

Angka itu masih kurang sebanyak 21 kerusi daripada jumlah majoriti sebanyak 326 kerusi daripada 650 kerusi dalam Parlimen.

Sementara sekutu-sekutu Brown membayangkan parti Buruh akan berusaha mengekalkan kuasa dengan pakatan bersama Parti Demokrat Liberal.

Jumlah majoriti itu terdiri daripada 255 kerusi untuk Parti Buruh dan 61 kerusi (Parti Demokrat Liberal).

Ini akan menyebabkan Parlimen tergantung iaitu tidak ada parti mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian yang merupakan kali pertama berlaku sejak tahun 1974 dan mampu mencetuskan perebutan kuasa di negara ini.

berita penuh

0 comments: