Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 8, 2010

Rais sindir Rosmah terang-terang!



Jangan jeling2 Tuanku... Kena C4 lak karang!! Ampun Tuanku!

Rais: Melayu perlu sedar asal-usul
Mei 8, 10 5:06pm

Orang Melayu perlu sedar mengenai asal-usul mereka dan sentiasa merujuk kepada Perlembagaan negara bagi mengelakkan berlakunya pertikaian terhadap institusi Diraja dan istana, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. "Pokoknya orang Melayu sudah lupa asal-usul dan dahan bergantungnya. Orang Melayu sendiri harus sedar, penjelmaan sejarah harus kita pegang dengan kukuh," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi dan jabatan yang menyumbang kepada Pameran Keranda di Muzium Negara di Kuala Lumpur, hari ini.
-malaysiakini



'Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama'
Mei 8, 10 12:36pm

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.
“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara. “Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini. Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
-malaysiakini

0 comments: