Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 8, 2010

Ratus Ribu Lagi Mahal dari Puluh Juta?


Itulah falsafah UMNO..
Itulah konsep 1Malaysia yang UMNO agung-agungkan!

Benarlah kata DS Anwar Ibrahim..
1Malaysia hanyalah untuk rakyat marhaen..
tetapi untuk pemimpin-pemimpin UMNO, ada 2Malaysia!

1 undang-undang untuk Pemimpin-pemimpin UMNO,
1 lagi undang-undang untuk rakyat miskin!

Kalau benarlah Dr Hassan Ali membaik pulih pejabatnya bukankah itu pejabat milik Kerajaan negeri Selangor? Bukankah ianya bukan milik mutlak beliau?
Ditakdirkan orang lain pulak dipilih sebagai Exco, pastinya milik orang lain pulak bilik itu?
Ianya didalam bangunan SUK bukan?

Sedangkan Banglo mewah Khir Toyo itu adalah milik mutlaknya!
Bukan boleh jadi milik orang lain melainkan dia menjual dan pastinya mendapat keuntungan peribadi!

Apa pun jika benar nilai pengubahsuaian itu bernilai sebanyak yang dinyatakan sendiri oleh Dr Hassan Ali, wajarlah beliau memberi penerangan dengan lebih jelas agar puak-puak munafik UMNO ini tidak lagi memekik melolong dengan dengan nilai yang rendah tetapi mendiamkan diri dengan nilai yang terlalu tinggi!

sunsnake 08052010

Pejabat Hassan Ali: UMNO ke SPRM

SHAH ALAM 7 Mei - UMNO Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bahawa Datuk Dr. Hassan Ali menggunakan peruntukan kerajaan negeri dalam jumlah yang tidak munasabah bagi mengubah suai pejabatnya.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, laporan itu akan dibuat bagi membolehkan suruhanjaya itu meneliti sama ada wujud penyelewengan berhubung kerja-kerja pengubahsuaian berkenaan.

Hassan dalam kenyataannya semalam menyatakan, jumlah sebenar pengubahsuaian itu ialah RM299,729 dan bukannya RM350,000 seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Abdul Shukor, jumlah berkenaan juga terlalu besar dan tidak munasabah kerana ia menyamai dengan kos pembinaan sebuah rumah teres dua tingkat.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan cara pelantikan kontraktor yang terlibat.

"Kita akan buat laporan SPRM mengenai perkara ini dan untuk itu, kita akan meminta Pergerakan Pemuda UMNO Selangor membuat laporan berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

berita penuh

1 comments:

shaik said...

tu pasai ... PR ne slow sangat,ada peluang dedah saja apa yang di buat oleh anak Toyo and group, jangan kasi peluang.Depa ne pulak ada peluang SPRM saja tempat nya....jalan lain dah tak ada.

Dedah saja datuk ... biar UMCO tak larat nak jawap....