Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 1, 2009

Takutnya mereka dengan Tuan Guru Nik Aziz!!!


Pada teman,
lagi banyak UMNO bercakap tentang seseorang pimpinan PAS itu..
bermakna makin takut dan risau lah mereka dengannya!

Jelas dikala ini,
UMNO amat takut dengan Tuan Guru Nik Aziz!
Pada mereka, karektor TGNA ini wajib dihapuskan dahulu!
Walau dengan apa cara sekalipun!
Waima berdoa pun tak boleh!

Kepada Tok Guru Nik Aziz..
teman amat yakin akan kelebihan dan keilmuan yang ada padanya..
Semoga Allah memberikan ketabahan kepada semua penyokong dan pendokong
perjuangan menentang kezaliman UMNO-BN di dunia ini!

sunsnake 01.12.2009

Nik Aziz patut salahkan diri sendiri

KOTA BHARU 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri yang semakin menyimpang jauh apabila kepimpinannya mula dipertikaikan umum.

Sehubungan itu Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menggesa agar Mursyidul Am Pas itu tidak terus mempertahankan jawatannya supaya maruah dan harga dirinya terus terpelihara.

''Nik Abdul Aziz perlu segera melepaskan jawatan agar tidak merugikan lagi agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, biar pun dirinya mula menjadi sasaran cemuhan dan diperlekehkan, namun menjadi kewajipannya untuk bersama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

''Biarpun saya dianggap tidak mempunyai tauliah dan cetek tentang perkembangan semasa, saya tetap terdedah kepada perkhabaran yang sesetengahnya sudah cukup jelas dan nyata.

Perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.

Menurut mereka, jika Menteri Besar Kelantan itu tidak berundur, dikhuatiri parti itu semakin lemah dan bakal berkubur khasnya di Kelantan.

Kata mereka, Pas 'hilang maruah' apabila Nik Abdul Aziz sanggup membiarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' orang bukan Islam khasnya pemimpin DAP demi kelangsungan hayat politiknya.

Prof. Datuk Zainal Kling berkata, Mursyidul Am Pas itu sudah mula memesongkan ahli Pas supaya turut mengikut telunjuk orang bukan Islam demi menjaga hati mereka.

Sambil memberi contoh beberapa isu berkaitan kepentingan orang Islam di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Nik Abdul Aziz tidak membela Islam tetapi sebaliknya mencari helah mempertahan pemimpin DAP yang menghina Islam dengan alasan 'mereka tidak faham Islam'.

"Sudah wajar beliau (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan dalam politik dan sebagai Menteri Besar kerana tindakannya semakin menggusarkan orang Islam.

Nik Aziz jual agama demi politik - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup menjual agama demi kepentingan politik apabila berdoa supaya masa depan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dimusnahkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak mencerminkan perjuangannya untuk menegakkan Islam selama ini.

"Beliau dikatakan tokoh Pas, seorang Mursyidul Am parti itu, tetapi amalan yang ditunjukkan bukan saja tidak seperti apa yang disebut tetapi bertentangan dengan hukum.

"Ini satu kesalahan besar namun saya tidak boleh nasihatkan beliau sebab dia lebih tahu agama daripada saya," katanya.

Doa Nik Aziz boleh kelirukan bukan Islam

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Tindakan serta kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat kebelakangan ini memperlihatkan kelemahan beliau sebagai pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi bertindak sebaliknya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, malah kenyataan terbaru beliau mempertahankan doa memusnahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengelirukan orang bukan Islam yang akan menyangka bahawa Islam mengajar umatnya bermusuhan.

Zaman Nik Aziz sudah berlalu

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Zaman kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah berlalu dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan bagi memberi ruang kepada muka baru untuk menerajui negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Fuad Zarkashi berkata, ia diperkukuhkan lagi dengan perubahan keperibadian Mursyidul Am Pas itu daripada insan yang tawaduk kepada seorang yang pendendam.

Katanya, sekiranya Nik Abdul Aziz kekal memegang jawatannya, beliau tidak akan mampu untuk memberi sumbangan kepada politik Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

"Sebaliknya, tindakan beliau itu akan terus membawa perpecahan di kalangan umat Melayu. Terbaru, dengan mendoakan kebinasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO, semua itu mendorong kepada perpecahan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Biar apapun akhbar pencacai tue kuarkan cerita...aku tetap bangga berada di bawah kepimpinan ulamak.

budakbalun said...

Allahuakbar!
Membangun Bersama Kepimpinan Ulama'!