Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 1, 2009

Ini contoh sepatutnya OSA!


Inilah yang sepatutnya dirahsiakan!
Apa tujuan bagitau rakyat Malaysia berapa kerajaan Malayssia kena tanggung subsidi gula?
Nak bagitau yang
kerajaan Malaysia prihatin?
bertanggungjawab?
Rakyat didahulukan?

Ke nak bagitau, kalau subsidi takde peluang kroni nak rembat?
Kena alih budget untuk subsidi kepada projek lain yang 'mudah-rembat'?
aduhhh!! Jangan bodohkan rakyat..

Subsidi minyak dah macam takde!
Subsidi gula dah nak kena tarik!
Subsidi beras dah main kupon!
Subsidi apa lagi yang tinggal?

'Subsidi' tol murah lepas 12 malam?
Perompak je yang banyak main highway malam-malam ni kecuali lori-lori..
'Subsidi' untuk big mama gi bercuti bila nak tarik?
ke tiap-tiap bulan dapat jemputan anak raja arab?
chaiittt!!!
sunsnake 01.12.2009

Subsidi gula mungkin dimansuh?
Dis 1, 09 4:37pm
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

berita penuh

0 comments: