Permohonan saya untuk membatalkan pertuduhan fitnah telah pun ditolak mahkamah tinggi. Barisan peguam bela berhujah bahawa pertuduhan tersebut merupakan satu dakwaan jahat dan didalangi konspirasi politik.
Malah dikemukakan bukti penglibatan peguam negara dalam konspirasi kes terdahulu serta penglibatannya dalam pertuduhan terkini. Dilampirkan laporan suruhanjaya “mata lebam” yang menunjuki peguam negara terlibat memalsukan keterangan demi memastikan mereka yang mencederakan saya terlepas dari hukuman.
Manakala mahkamah berpendirian lapuran perubatan sahaja tidak memadai, peguam bela saya berhujah pertuduhan harus membuktikan adanya kemasukan atau tembusan, kerana itu mahkamah perlu mempertimbangkan laporan pusrawi dan hospital kuala lumpur yang jelas menunjukkan tidak berlakunya fitnah liwat itu.
Mahkamah tinggi hari ini juga memutuskan punyai kuasa untuk membatalkan satu pendakwaan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa mahkamah: “Safeguard an accused from abuse.”Dihadapkan dengan bukti yang jelas sebegini pun mahkamah memilih untuk berpihak kepada pendakwa.
Mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 januari 09. Peguam Karpal Singh menegaskan bahawa Mahkamah Persekutuan masih belum memberikan keputusan bersabit permohonan kami untuk memperolehi dokumen. Hakim Abidin ringkas menjawab “tidak perlu”.
0 comments:
Post a Comment