Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 1, 2009

Ayuh semua! Jangan ditunggu kehancuran mereka!


Inilah saatnya penyokong dan pendokong PAS untuk meneruskan ataupun memulakan gerak kerja!
Bukan sekadar gembira mendengar segala pekung dan lendir UMNO-BN dibuka dan dibicara..

Setiap ahli WAJIB menggerakkan semula cawangan yang lesu!
Setiap Cawangan pula WAJIB menggerakkan ahli yang kelam..
Teramat baik jika kempem menambah keahlian dengan memasukkan ahli-ahli baru dan muda..
Yang penuh dengan semangat dan keterujaan!

Terdapat banyak sekali ahli-ahli yang semakin hilang ditelan masa..
Setidak-tidaknya, hadirlah Usrah yang diadakan secara mingguan atau bulanan..
Inilah rahsia 'jihad' kita..
Inilah 'semangat' rahsia kita! Jemaah Islam!

Jangan diharap pada kelemahan UMNO dan rakan-rakannya..
Usah ditagih sengketa sesama mereka menguntungkan kita..
Kerana kelak bila-bila masa mereka kan pulih!
Di kala itu jangan kita yang mencari dalih!

ayuh! Saudara Islam ku..
Ayuh Sahabat Malaysia ku!!!

sunsnake 01.12.2009

Mahathir Terkejut UMNO sudah busuk hingga ke ususnya!

PETALING JAYA, Dis 1 — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut kerana masih ada pemimpin dan ahli Umno yang beranggapan “Umno sudah busuk hingga ke ususnya” dan sukar untuk pulih dalam pilihan raya umum akan datang walaupun kini diterajui oleh barisan kepimpinan baru.

Malah bekas Presiden Umno ini berpendapat bahawa situasi sedemikian menjadikan sukar bagi Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan selesa, yang beliau meramalkan dalam dua tahun lalu.

Kata Mahathir, pandangan bahawa Umno masih belum berupaya untuk memulihkan keadaan juga sudah menular ke semua peringkat orang Melayu dan ahli-ahli Umno.

Persekitaran itu diburukkan lagi dengan perpecahan dalam parti-parti komponen BN, kata beliau yang juga bekas Pengerusi BN dalam tulisan terbaru blognya.

“Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau (seorang bekas pemimpin kanan Umno) sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga.

“Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

“Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja,” kata

Mahathir yang telah banyak kali memberikan pandangan sedemikian sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan kepimpinan Umno enam tahun lalu, khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Umno dan BN diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April lalu.

artikel penuh

0 comments: