Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, September 4, 2010

MP Serdang terus Khianati UMNO!


Wakakakaka..
Steadylah MP Serdang dan rakyat Selangor..
Persetankan dengan arahan MAISs yang penuh kebencian dan dendam UMNO tuh!
Kalau dah UMNO.. bermaksiat dalam surau pun takde hal!!
MAISs terus hilang tel*r kalau maksiat tu dibuat oleh UMNO!
Maklumlah si malaon Khusrin tu pun memang gaji dibayar oleh UMNO bukan JAISs kot?

UMNO sebenarnya makin bimbang apabila Kaum Cina semakin menerima PAS dan Kaum Melayu semakin menerima DAP..
Bermakna..
Tarikh kematian UMNO dan MCA semakin hampir!!!
Tarikh kematian MIC dan Gerakan???
Bukan dah lama mati ke 2 parti tu??

wakakakaka!
sunsnake 04092010

MP Serdang kini popular ‘YB Surau’, sangkal sumbangan ‘hina Islam’

September 04, 2010

KAJANG, 4 Sept — Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.

Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.

“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.

Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.

Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.

Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”

Beliau telah menerima enam selendang setakat ini, termasuk selendang dari Mesir yang dihadiahkan oleh “Datuk Zin”. “Kalau ada jemputan saya akan datang, menjadi tugas saya untuk datang.... saya melakukan ini bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang tahun... saya pergi bertemu dengan semua orang tidak kira agama dan kaum,” katanya.

Berita Penuh

Tok Pa - Tak Habis-habis Bodohkan Melayu!!!


“Berasaskan kedudukan itu Umno mesti memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan Perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya"

Ni lawak jenis apa ni Tok Pa? Tak puas-puas ke seumur hidup sampai takat ni dok membodohkan orang-orang melayu? UMNO sahaja ke melayu kat Malaysia ni?
Abis Tok Guru Nik Aziz tu apa? Benggali? Mamak macam Zambry pun kamu terima sebagai Melayu!! Bangang sial punya UMNO!

PAS pun melayu la bangang Tok Pa oii!! Dan Melayu PAS jauh lebih berkualiti daripada Melayu UMNO yang toghut tuh! Dan tak payah nak mengaku la UMNO perjuangkan melayu..
UMNO lah parti yang langsung takde prinsip perjuangan!
Nak kata perjuangan Bangsa.. sejak Merdeka UMNO pegang kuasa.. tapi melayu makin teruk..
sahsiah melayu makin hancur! Anak haram melayu makin bersepah!
Nak kata perjuang Islam? khakk!! Tuihh!! Mana ada nilai Islam ini pada UMNO?
Sekadar nak menakutkan orang kampung boleh lah!!

UMNO guna Al-Quran pun hanya untuk zakat & halau hantu aje!! wakakaka!

Hanya melayu Lembu sahaja yang masih menyokong UMNO ni..
sama ada melayu tu jahil @ cari makan!!

Sial punya UMNO!
sunsnake 04092010

Pilihan raya umum ke-13 penentu kelangsungan Melayu, kata Mustapa

PASIR PUTEH, 4 Sept — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pilihan raya umum akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar sekalipun telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya, kata beliau semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat Pejabat Pelajaran Pasir Puteh, di sini malam tadi.

Berita Penuh

Amoi idamanku... heh heh heh

Ini bukan amoi teman semalam.. ini amoi Pok Jib & Baginda.. Ini Altantuya!


semalam teman berbuka puasa di hotel 5 bintang..
perghh!! ramai gak orang..
Gila apa diorang nie semua?
Harga buffet disini RM100++ beb!
Pun boleh ramai lagi yang mampu makan kat sini!
Gila orang Malaysia!! zakat fitrah ntah dah bayar lom??

Mungkin.. yang ramai ni pun company supplier sponsor..
macam teman gak leee.. hehehee

Bersembang dengan seorang amoi yang sangat menarik hati!
Wajahnya lembut dan sangat ayu..
"ayyakk!! amoi! wa sulah nyatuh cinta sama lu!!"

Apa yang menariknya semalam..
Dia bersembang isu politik lebih hebat dari teman!
Walaupun mulanya segan-segan, setelah melihat respon teman yang baik..
dia sangat bersemangat memberikan pendapat dalam pelbagai isu semasa!
Hatta isu DAP masuk surau pun dia sentuh!
Hebat! Getus hati teman sambil memandang wajah ayunya amoi itu!
wakakakaka! (kalau tau bik mama teman kat umah.. mamposss!)

Amoi idamanku ini sangat sedih dengan bagaimana Kerajaan PR Perak dijatuhkan..
Dia sangat kagum dengan Nizar dan PAS..
Malahan dia menganggap PAS lebih dipercayainya berbanding DAP!!!
Dia mengakui bukan ahli mana-mana parti kerana keluarganya sendiri tidak aktif didalam politik namun belum pernah cenderung kepada mana-mana parti sebelum ini..
Sekarang baru mereka melihat bahawa PR adalah satu-satunya pilihan yang lebih baik daripada BN...

Hmmm.. alangkah indahnya kalau teman berjaya bawak amoi idaman teman ini masuk PAS!
wakakakaka!
Takkan masuk PAS aje?

sunsnake 04092010

Friday, September 3, 2010

Liong Sik - Salah atau tidak jelas Kerajaan Malaysia Bangang!


Pada teman laa..
Ling Liong Sik ni salah atau tidak..
Bebas atau tidak..
Corrupted atau tidak..
Nampak sangat Kerajaan UMNO-BN gagal melaksanakan integrity mereka..

Kalau benar Cukong ni menipu Kabinet..
Apa yang bodoh bangang benor makhluk-makhluk yang dok dalam kabinet ni?
Menatang kabinet ni siapa sebenarnya?
mana pejuang-pejuang Melayu yang duk dalam kabinet tu?
Apa pejuang-pejuang melayu tu buat masa tu?
goyang tel*r?

Ramai lagi muka-muka yang kena tipu dengan wakil cukong ni masih dok
ada dalam kabinet Najib hari ni..
hmmm.. dah kena tipu pun tak malu lagi!!

Nak malu cam mana? depa pun ada syer kot??

wakakakak!
sunsnake 03092010

Kes PKFZ: Liong Sik mahu kertas Kabinet diubah status

September 03, 2010

PUTRAJAYA, 3 Sept — Barisan peguam bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hari ini memohon di Mahkamah Sesyen agar minit mesyuarat Kabinet yang berkaitan dengan projek itu diklasifikasikan semula.

Tuntutan itu dibuat pagi ini ketika mahkamah bersidang untuk mendengar sebutan semula tuduhan ke atas beliau.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula tuduhan Dr Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu.

Selain itu beliau juga meminta kesnya dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Dr Ling merupakan individu kelima dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal PKFZ.

Berita Penuh

Speaker Perak Halal - Tak Usah Haraplah!


Sudah-sudahlah mengharap pada mahkamah Malaysia ni..
Hakim-hakim semua dah kena pegang tel*r..
Peguam UMNO yang nama hujung Zam tu.. farizam ka hanizam ka..
lagi power daripada hakim-hakim yang ada...
tak usah haraplah YB Sivakumar oiii...

adalah lebih baik tak payah turun pun ke mahkamah..
baik turun padang lawat rakyat..
bertemu dengan rakyat dan susun balik gerak kerja PR Perak..
Pastikan kemenangan di PRU akan datang..

lepas tu dengan Zambry, dengan lawyer UMNO tu, dengan hakim-hakim kita humban ke laut jeti lumut!
sunsnake 03092010

Kes Sivakumar cabar keputusan SPR didengar 23 Nov

September 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Nov ini untuk mendengar permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan enam lagi untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Aziah Ali. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Sivakumar (gambar) dan enam yang lain dan Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili SPR dan tiga responden lain.

Berita Penuh

'Geran' Islam milik MAIS a.k.a UMNO ke?

Ini dakwah cara UMNO yang dipersetujui oleh MAIS kot?


Takde pulak teman jumpa ayat Al-Quran atau hadis menyatakan Islam ini milik MAIS..
jauh sekali milik raja-raja..
Sedangkan ada raja-raja yang tidak mengikut ajaran Al-Quran sepenuhnya!
Malah mungkin lebih teruk daripada itu!

Takde jugak teman jumpa hadis yang menyatakan Islam ini milik malaon Khusrin ni..
Jauh sekali Islam itu milik UMNO sahaja!

Mengapa di tempat-tempat lain masjid boleh diziarahi oleh bukan Islam?
Apa beza Islam di Turki dan Islam di Malaysia?
adakah kerana Islam di Selangor milik MAIS?

Adakah MAIS itu sendiri lebih Islam dari Islam?
aduyaii!! disebabkan UMNO, Islam makin sempit!
sunsnake 03092010

MAIS : LARANGAN BUKAN ISLAM MASUK RUANG SOLAT LIPUTI SEMUA

Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha Mais Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

Berita Penuh