Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, September 4, 2010

MP Serdang terus Khianati UMNO!


Wakakakaka..
Steadylah MP Serdang dan rakyat Selangor..
Persetankan dengan arahan MAISs yang penuh kebencian dan dendam UMNO tuh!
Kalau dah UMNO.. bermaksiat dalam surau pun takde hal!!
MAISs terus hilang tel*r kalau maksiat tu dibuat oleh UMNO!
Maklumlah si malaon Khusrin tu pun memang gaji dibayar oleh UMNO bukan JAISs kot?

UMNO sebenarnya makin bimbang apabila Kaum Cina semakin menerima PAS dan Kaum Melayu semakin menerima DAP..
Bermakna..
Tarikh kematian UMNO dan MCA semakin hampir!!!
Tarikh kematian MIC dan Gerakan???
Bukan dah lama mati ke 2 parti tu??

wakakakaka!
sunsnake 04092010

MP Serdang kini popular ‘YB Surau’, sangkal sumbangan ‘hina Islam’

September 04, 2010

KAJANG, 4 Sept — Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.

Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.

“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.

Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.

Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.

Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”

Beliau telah menerima enam selendang setakat ini, termasuk selendang dari Mesir yang dihadiahkan oleh “Datuk Zin”. “Kalau ada jemputan saya akan datang, menjadi tugas saya untuk datang.... saya melakukan ini bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang tahun... saya pergi bertemu dengan semua orang tidak kira agama dan kaum,” katanya.

Berita Penuh

2 comments:

al-Faqer ilallah. said...

Allahu Akbar!!!

"apabila telah datang kebenaran... akan hancur kebatilan... sesungguhnya kebatilan itu adalah kehancuran".

Insya Allah ... saat yang ditunggu-tunggu itu akan tiba jua... para penyokong... para 'amilin.... beristiqomahlah dengan perjuangan kita...

Anonymous said...

Lepas ni UMNO akan minta bantuan pihak gereja untuk keluarkan fatwa, bahawa Teo murtat (keluar Kristian)