Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 21, 2011

Ismail Ahmad.. Hero Rakyat! Hebat!


Teman kalau jumpa brader Ismail Ahmad ni..
Kompom akan tabik spring 2 tangan kat dia!
Dan kalau boleh nak belanja dia pekena teh tarik + roti tisu kat mamak!

Manakan tidak!
Tindakannya telah menyedarkan lamunan indah pihak-pihak yang makan gaji buta!
Tindakan PBT yang pekak badak+buta perut memang sesuai sangat dibuat begini!

Tak payah demo-demo..
Tak payah menjerit-jerit..
Berjuta kali bagus daripada demo minta anwar serah air liur kat UMNO!

Bawak sampah seguni..
Tebarkan aje depan pejabat PBT..
Nak lagi best.. tabur atas kereta Yang Dipertua PBT tersebut!

sempoiii!!!


Buat Majlis Daerah Hulu Selangor..
Standby... kalau tak berubah gak lepas ni..
Bukan takat sampah.. bangkai Burung Unta pun leh ada depan MDHS tuh!!

wakakkaaka!

sunsnake 21032011

Protes: Pandu 10km curah sampah di MDBB


Seorang pekerja kilang bertindak memandu sejauh lebih 10km dengan membawa seguni plastik sampah dan dicurahkan di pintu masuk Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) di Serdang hari ini.

Ismail Ahmad, 50, dari Taman Kelisa Emas, Lubok Buntar, dekat Bandar Baharu berkata tindakan yang dilakukannya itu kira-kira 9.30 pagi tadi adalah satu protes kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang dikatakan mengabaikan tugas mereka memungut sampah mengikut jadual di kawasan perumahan tersebut sejak bertahun-tahun lalu. “Paling ketara sejak 2010 lalu pelbagai karenah berlaku.

Sudahlah tempat longgokan sampah lokasinya kira-kira tujuh meter sahaja jaraknya dari bangunan rumah saya dan kira-kira 30 meter dari kawasan tapak sebuah Tadika Perpaduan dengan hampir 100 anak-anak penduduk di sini belajar di situ," kata Ismail kepada pemberita selepas mencurahkan sampah di pintu Pejabat MDBB, Serdang di Bandar Baharu hari ini.

Berita Penuh