Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 8, 2010

Mulianya Hati Khir Toyo!


Setelah dirinya didakwa di Mahkamah atas tuduhan Rasuah, Khir Toyo akhirnya mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dun Selangor. Sangat lunak dan manis bunyinya! Sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh sejarah politik Malaysia! Kali ini Khir Toyo membuktikan ketelusan dirinya sebagai ahli politik! Syabas!

Teman menghormati keputusan yang dibuat oleh beliau dan mendoakan agar keadilan akan tertegak didalam kes ini. Sama ada beliau bersalah atau tidak, biarlah mahkamah menentukan walaupun skrip kisah ini semacam telah dapat dibaca!

Selepas ini, jangan ada lagi hujah-hujah mengatakan pimpinan UMNO tidak bertanggungjawab! Kerana bukti telah pun tertulis dengan isu Khir Toyo ini! Selalunya apabila terjadi kes meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab seperti sering berlaku di Jepun, kini Malaysia juga sudah ada pemimpin yang setanding dengan Jepun! Wakakakaa!
sunsnake 08122010

Khir Toyo maklum Speaker, Najib lepaskan jawatan ketua pembangkang

December 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mengemukakan surat letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor hari ini, demikian disahkan oleh Speaker DUN Teng Chang Khim.

Surat pemakluman difakskan kepada Teng dan juga kepada Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Najib Razak pada pukul 11.20 pagi.

Bagaimanapun Teng memberitahu The Malaysian Insider bahawa bukan beliau yang akan menentukan siapa yang bakal mengambil alih jawatan itu.

“Ia tiada kaitan dengan saya. Secara tradisi, pemilihan ketua pembangkang adalah urusan pihak pembangkang. Mereka hanya perlu memaklumkan kepada saya siapa yang dipilih,” katanya.

Berita Penuh

2 comments:

a.samad jaafar said...

betul..langkah melepaskan jawatan ketua pembangkang itu wajar dipuji..tapi sejarah membuktikan bahawa belum ada wakil rakyat UMNO dikenakan hukuman..itu sahih..kes AP tempat saya, Sabak Bernam yg ada bukti kukuh pun dah senyap.. mungkinkah ini hanya usaha membersihkan nama TOYOL..? menang kemudian saman Ng sue Lim (Sekinchan)..dapat berjuta spt Zambry metallik.. ermm dana pilihanraya tu..

budakbalun said...

wakakaka! Bro Samad..
Dana pilihanraya UMNO dah penuh dah..
la ni nak cari dana pemipihan agung umno aje!
Lagi banyak guna duit dari pilihanraya!!!
maklumlah.. pilihanraya RM50 sorang dah cukup dah..
Pemilihan agung UMNO mana mau RM50!!
kurang2 RM2000!!
aduihhh!!