Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 5, 2010

Mengarut la PAS nih!

Mau berbuih lagi mulut bro nih!!!


Apa la masalahnya..
Nak ajak Menteri UMNO berdebat?

Baik ajak pelacur di lorong belakang Chow Kit tu berdebat!
Silap-silap pelacur-pelacur tu lagi berani daripada Menteri-menteri UMNO!

Teman kalau bab nak mengajak pimpinan UMNO ni berdebat..
Rentikanlahhh!! macam mengharap Malaysia masuk Final Round FIFA World Cup!

Kalau pendebat termahsyur mereka Dr Mahathir pun nak masuk mahkamah siap minta soalan dulu dari lawyer!! apa nak harap dengan macai-macai UMNO yang lain??
(tak caya tanya YB ZulNordin.. kalau-kalau dia masih ingat!)
sunsnake 05072010

Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.

"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.

"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.


Berita Penuh

1 comments: