Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 5, 2010

Apa lagi la MP PAS nih!! Macam-macam!


Ini la kerja ahli-ahli Parlimen PAS..
kasi panas bontot menteri-menteri UMNO je..
Sebab tu la UMNO memang panas hati dengan Pakatan Rakyat!
Tak boleh tengok depa senang!! Nak cari modal bertanding ketua UMNO pun jadi kacau!
Nak cari modal untuk pilihanraya pun kacau!!

Tak tau ke tokey-tokey syarikat telekomunikasi ni kabel besornya siapa?
Maxis Ananda krishnan? Takkan tak tau siapa punya kroni?
1Malaysia dah tahu!!!

Lom korek yang lain-lain lagi tuh!

Resam donia!
sunsnake 05072010

Pengguna ditipu syarikat komunikasi, kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan memberikan perhatian serius terhadap kes-kes penipuan melibatkan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan di negara ini.

Beliau sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat hari ini membawa beberapa bukti yang menunjukkan berlakunya kes-kes penipuan terhadap pengguna.

Bukti ini, jelasnya berhubung syarikat telekomunikasi yang menawarkan pertandingan-pertandingan tertentu dan mengenakan cas yang berlipat kali ganda apabila pengguna menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada syarikat berkenaan.

"Berhubung SMS yang sering kita terima terutama pada musim sesuatu pertandingan ataupun apa-apa yang diadakan, terdapat bukti satu syarikat telco, apabila kita menghantar SMS dicas kita dengan 15 sen tapi apabila kita menerima pesanan daripada syarikat yang mengadakan pertandingan tersebut, sekali kita terima SMS dicas RM8. Ini merupakan satu penipuan yang terang-terang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan," katanya.

Beliau turut mendedahkan satu penipuan yang juga melibatkan sebuah syarikat telekomunikasi yang secara tiba-tiba mengeluarkan bil penggunaan untuk dibayar oleh pengguna meskipun pengguna berkenaan tidak pernah mendaftar dengan syarikat berkenaan.

"Juga berhubung penipuan syarikat telco yang berleluasa sedang berlaku. Sebuah syarikat telco, kita tak berdaftar pun dengan syarikat tersebut tapi tiba-tiba kita terima bil sebanyak sebanyak RM2,307 dan menggunakan khidmat seorang peguam untuk membayar bil tersebut.

"Saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian terhadap perkara ini kerana ramai pengguna yang tertipu dengan syarikat tersebut," katanya.


Berita Penuh

0 comments: