Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 5, 2010

Judi Sukan - Soi Lek Naikkan nama UMNO?


Sekonyong-konyongnya Chua Soi Lek membangkitkan isu UMNO menolak judi sukan tanpa persetujuan kabinet. Persoalan itu pula dibuat tanpa ada sebarang soalan daripada wartawan!

Apakah maksud sebenar beliau? Adakah kerana mahu menaikkan namanya sebagai Presiden MCA yang baru atau mahu membantu menaikkan nama UMNO sebagai sebuah parti yang sangat berkuasa dikalangan parti-parti Barisan Nasional? Banyak perkara yang tersembunyi didalam hal ini.

Melonjakkan nama Soi Lek

Dengan menimbulkan isu ini, beliau seolah-olah kelihatan cuba menjadi wira kepada bangsa cina di Malaysia. Maklumlah dengan kemenangannya menewaskan Tee Kiat baru-baru ini, pastinya beliau mahu membuktikan bahawa kemenangan itu bukanlah semata-mata undi simpati mahupun undi protes kepada Presiden MCA sebelum ini, tetapi karisma beliau yang menyebabkan kemenangannya. Didalam suasana MCA 'hidup segan mati tak mahu' kini, pastinya Soi Lek sangat-sangat mengharapkan agar kaum cina yang semakin menjauhi partinya kembali atas nama ketegasannya menentang UMNO secara halus sebegini!

Bagaimanapun Soi Lek lupa bahawa didalam senyap kaum Cina di Malaysia juga bersetuju dengan gerakan menolak judi ini. Inilah sebenarnya suatu aktiviti yang memakan pencintanya secara senyap. Tanyalah pada kaum Cina dan India di Kelantan, pastinya mereka sangat bersetuju dengan tindakan Kerajaan Kelantan mengurangkan aktiviti perjudian di negeri itu.

Didalam banyak dialog antara agama yang dianjurkan oleh PAS sebelum ini, dapat dirumuskan bahawa semua agama menolak judi.

Melonjakkan nama UMNO

Tindakan ini juga boleh ditafsirkan oleh UMNO sebagai usaha menaikkan namanya. Kononnya UMNO sangat berkuasa didalam Barisan Nasional. Tindakan UMNO menjadikan hasil mesyuarat pimpinan parti berkenaan sebagai tindakan Kerajaan Pusat juga boleh menjadi 'senjata' pemimpin-pemimpin UMNO sebagai bukti yang UMNO tidak mengikut telunjuk parti-parti lain didalam Barisan Nasional! Persoalannya.. benarkah begitu?
sunsnake 05072010


Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno

Jul 5, 10 7:44pm

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya.

Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno. “Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan. Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat.

Chua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan, Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno.
Berita Penuh

0 comments: