Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 5, 2010

Konvoi ke Genting - Mengarut Pemuda PAS nih!


"Gila punya keroje! mabuk apa budak-budak PAS nih!"
Mungkin itu ayat yang bakal terkeluar dari pencacai UMNO bila dengor idea Pemuda PAS nih!
Mananye tidak! Nak ke Genting berdakwah!!

Sekian lama Genting Highland tu bermaharaja lela dengan kasino-kasinonya..
Sekian lama Genting Highland tu dengan kehidupan 'maksiat'nya..
Sekian lama Genting Highland tu dengan kemewahannya!

1Malaysia dah lama tau!!!

Dan UMNO sebenarnya 'bahagia' dengan Genting Highland..
Maklumlah.. dengar-dengar antara penyuntik modal dana Pilihanraya mereka..
Bukti? Apa yang UMNO pernah buat dengan bukti?

Bukti ada ayat dalam Al-Quran yang melarang judi pun UMNO buat-buat tak nampak!
Siap nak tunggu respons rakyat dulu lagikkk!!

sunsnake 05072010

Judi: Pemuda PAS berkonvoi ke puncak Genting
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sedang membuat persiapan bagi menganjurkan "Konvoi 10 ribu Rakyat, Didik dan Dakwah Tak Nak Judi" ke puncak Genting Highlands.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi, program tersebut dijadual pertengahan Syawal depan selepas umat Islam selesai menjalani ibadah puasa Ramadhan.

"Kita mahu capai objektif utama iaitu mahu menyemarakkan Kempen Tak Nak Judi dan mahu mengimarahkan puncak Genting dengan solat hajat dan kalimah Allah setelah sekian lama gersang," katanya ketika dihubungi.

Antara lain, pada program julung kali diadakan itu juga akan mengedarkan risalah dakwah bagi menyedarkan orang ramai berkenaan bahana judi dan kesannya kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, program tersebut hanya akan diteruskan sekiranya mendapat sokongan dari rakyat dengan berjaya mengumpul 10 ribu penyertaan.

Sehubungan itu, DPPP katanya akan membuka pendaftaran kepada rakyat yang prihatin yang mahu menolak judi.

"Tak cukup 10 ribu, kami tak akan buat sebab kita takut tidak berkesan," katanya.

0 comments: