Lagi tentang perpaduan
KISAH TONG NAJIS, BAS DAN PEMANDU
**Wahai UMNO ! Kalau nak bermuzakarah atau mencari jalan perpaduan bersama PAS pun bersihkan diri dengan sebersih-bersihnya ATAU dengan kata mudahnya SAMAKLAH DIRI ANDA DULU.
Nampaknya Umno terus terusan mempelawa PAS untuk duduk semeja bulat bersama mereka dalam keadaan badannya umpama “Tong Najis” itu. Pas tak mau dan tak mau !. Pas dengan tegas menolak. Salahkah Pas ? Kenapa UMNO tak faham-faham ! Dah meroyan? Dah gila talak ? Kenapa degil sangat ?... Ooooo.. kalau nak tahu... itulah pendekatan yang dibawa oleh YAHUDI.
Kan sudah terbukti “Tong Najis” itu sangat kotor. DS Anuar telah cuba mencucinya dari dalam tapi gagal. DS Anuar kira-kiranya bernasib baiklah ! sebab dengan kuasa Allah beliau terpelanting keluar dari dalam tong najis itu . Maka berpusu-pusulah ahli-ahli “Tong Najis” yang lain keluar menuruti Anuar , lalu menubuhkan PKR. Kini PKR terus berkembang dan mendapat sokongan padu yang luar biasa dari seluruh masyarakat di Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu .
Salahkah mereka yang keluar meninggalkan Tong Najis itu ?.
Mengenai perpaduan UMNO PAS, Kalau UMNO benar-benar ikhlas nak mencari perpaduan sesama Melayu kenapa tak pelawa sama orang orang Melayu PKR untuk bersatu atau bermuzakarah walaupun diluar pagar kepartian ?. Kalau nak pelawa mereka semula masuk UMNO atau “Tong Najis” yang telah mereka tinggalkan itu tentulah mustahil !
Sebenarnya UMNO merasa malu nak buat pelawaan. Tapi adalah lebih malu UMNO mempelawa Pas untuk bersatu dan bekerjasama dengannya... kerana UMNO seolah-olah yang tidak menghormati bahawa Pas adalah sebuah parti bersih dan tidak tercemar dengan najis.
Sudah 50 tahun Umno/BN diberi kuasa memerintah – kini nampak benar, mereka tidak lagi mampu dan hilang kepercayaan rakyat.
Mari kita umpamakan Negara ini adalah sebuah bas dan BN adalah pemandu... Penumpang pula sebagai rakyat .Penumpang merasa amat tidak selesa dan takut berada di dalam bas itu , kerana pemandu nya memandu bas itu secara gila-gila, kadang-kadang mabuk. Pemandu sering melanggar peraturan lalu-lintas , dan selalu berlaku kemalangan. Jadi,..sebelum bas bertambah rosak dan runtuh, wahai pemandu bas yang mabuk ! Kami nak TUKAR PEMANDU !. Kami hendak pemandu yang lain ! ..Orang lain pun boleh memandu.
Wahai pemimpin BN ! Serahlah mandat baru kepada “PAKATAN RAKYAT”. Mereka hendak membuktikan yang mereka boleh memerintah dengan cemerlang, adil, amanah, telus, tidak rasuah dan tidak menyalahguna kuasa. Mereka pun rakyat Malaysia juga !... Melayu, Cina India – sama macam BN. Kenapa takut sangat ?. Buanglah rasa TAMAK KUASA itu jauh-jauh. TAPI,, SANGGUPKAH UMNO/BN mengambil sikap terpuji ini ? – sama-sama kita tunggu.
Penulis : rahimothman – 22/7/2010
0 comments:
Post a Comment