SAH, POLITIK DAN ISLAM ITU SATU
UMNO KATA - Politik dan Islam tak ada hubungkait, Islam lain - politik lain.
PAS KATA – Islam itu merangkumi politik dan seluruh kehidupan.
APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH HARUSSANI BARU-BARU NI ATAU SEBELUM-SEBELUM NI , KINI TERBUKTI bahawa........
1. Politik dan Islam itu tak boleh dipisahkan. Malah Islam berada dikedudukan teratas atau lebih tinggi dari politik. Islam menguasai politik, bukan politik menguasai Islam. Politik yang sebenar mesti membawa kearah perpaduan,.. dan Islam itu sendiri menyeru kepada perpaduan sejagat. Jadi ternyata bahawa PAS berada dilandasan yang benar.
2. UMNO dengan sendirinya terpaksa mengaku, sama ada dia sedar atau tidak...bahawa perpaduan yang dicari itu memang sangat-sangat penting, samaada dalam ruang lingkup kepartiannya mau pun seluruh kaumnya sendiri... tapi sebenarnya itu tidak cukup... PAS telah, sedang dan akan terus perjuangkan lebih dari itu.
3. UMNO sudah tidak mampu lagi bertahan. UMNO perlukan tabung oksigen untuk menyambung hayatnya. Ya! Tabung oksigen itu ialah perpaduan atau sokongan orang melayu kepada mereka. Tapi malangnya politik sebenar yang membawa kepada perpaduan yang tulin dan hakiki itu tidak difahami oleh mereka. Mereka hanya perlukan perpaduan kaumnya sahaja .......itu silapnya.
4. Usaha yang cuba dilakukan oleh Dato’ Mufti itu telah membuktikan bahawa Islam dan politik itu bercantum,.. ibarat satu badan...
Semua anggota badan dan perbuatannya adalah politik...
Dan seketul hati di dalam badan itu ialah Islam.
Jadi semua perbuatan yang dilakukan oleh manusia dikawal oleh hati atau dengan kata mudahnya.... “POLITIK ITU DIKAWAL OLEH ISLAM bukan politik menguasai Islam” Maka Perjuangan politik yang dibawa oleh PAS berlandaskan Islam itu harus mendapat tempat di hati seluruh rakyat.
Bagaimana !? Wahai pemimpin-pemimpin UMNO ? Masihkah berpegang kepada fahaman Asabbiah mu yang mengatakan agama itu lain – politik lain ?
Penulis : rahimothman 27/7/2010
2 comments:
Bismillah,
UMNO ni sudah kebengongan ke tahap gaban...
Fahaman agama lain politik lain adalah fahaman sekular zaman Gothic yg wujud selepas kejatuhan Gereja di Eropah,krn golongan paderi bersekongkol dgn tuan tanah dari golongan bangsawan yg menindas para petani yg terpaksa membayar sewa tanah yg tinggi kpd golongan bangsawan..Maka pentadbiran agama diasingkan dari pentadbiran negara sejak dari itu..Itu sejarah pengasingan pengaruh agama dari pentadbiran negara..Selidik dahulu dari mana dtgnya sesuatu doktrin sebelum kamu bermati-matian mempertahankannya,Wahai UMNO...Kamu tlh menyesatkan diri dan pengikut kamu dgn mengambil model yg salah utk digunapakai selama puluhan tahun..Inilah kesan dari kesilapan kamu..Kuasa penguasa agama boleh terbatal dgn kuasa perlembagaan..Kamu tentukan sesuatu perbicaraan boleh dibuat di mahkamah sivil dan bukan di Mahkamah Syariah..Pelaksanaan hukum agama hanya setakat denda,amaran atau penjara..Jd kuasa wang yg menentukan seseorang itu boleh terlepas dari hukum ALLAH..Mahkamah Syariah lbh berfungsi sebagai pengutip wang dari kesalahan rakyat dan telah hilang kedaulatannya dlm menjalankan hak2 ALLAH dimuka bumi..Berapa orang dari pesalah2 Syariah yg telah kamu tarbiah setelah kamu ambil wangnya?Apabila tiada lg keberkatan dimuka bumi,maka diturunkan bala sebagai amaran dari ALLAH..Tetapi kamu tidak belajar dan cepat menunding jari utk mencari pihak yg dapat dipersalahkan..Kamu salahkan Ibu bapa,guru,Ustaz,penguasa agama,inviromen sedang tangan kamulah yg yg bertanggung jawab atas semua kekalutan ini..Sebelum kamu kalut di depan ALLAH,adalah lbh baik kamu perbetulkan anutan politik sekular kamu dan kembali kpd fitrah kejadian manusia yg diciptakan ALLAH,iaitu undang2 sang pencipta adalah yg terbaik utk maklhuk ciptaannya..
Post a Comment