Teman nak peringat kat Pakatan Rakyat Selangor terutama PKR yang nampaknya masih galak mahu menangguk di air yang keruh!
Jika betul pun si Satim Diman tu kecik hati dengan UMNO Selangor.. lantak pi dia!
Dan kalau betul dia nak joint PR, satu je syaratnya..
Dia kena letak jawatan agar Kerusi DUNnya kosong!
Itu sahaja cara membuktikan dia benar-benar Ikhlas..
Kalau setakat nak lompat parti dari UMNO ke PKR/PAS/DAP..
Tapi takde apa-apa pengorbanan yang nyata..
Baik la tak payah! sok sempat la 2-3 minggu..
Berguni pulak katak melompat ke dalam UMNO termasuk dengan Si Satim Diman ni sekali!
Ingat bro.. jangan kena patuk ular yang sama!
kelak Katak balasannya!
Ular kan makan katak? wakakakak!
p/s: teman ingat lagi, paper Suara Keadilan yang ada gambo diatas baru je letak atas meja jual paper kat kedai.. si Katak Bota ni dah lompat balik masuk UMNO! wakakaka!
dengan Anwar Ibrahim sekali kena tipu katak!
sunsnake 23062010
Ketua Umno Bahagian Kawal Peruntukan ADUN Umno Selangor
KUALA LUMPUR 22 Jun - Desas desus perletakan jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang diselubungi rasa tidak puas hati berhubung agihan peruntukan RM1 juta yang diberikan kerajaan pusat kepada setiap ahli parlimen Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Umno Selangor sememangnya bergolak akibat wujudnya dua kemopen yang diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar.
"Kemelut ini ditambah lagi dengan rasa tidak puas di antara ADUN-ADUN Umno di Selangor yang merasakan mereka tidak mendapat keadilan dalam agihan peruntukan pembangunan. Peruntukan dipegang oleh Ketua Umno Bahagian, jadi mana-mana ADUN yang bukan Ketua Bahagian terpaksalah merayu meminta belas kasihan mereka. Kalau ADUN tak 'ngam' dengan Ketua Bahagian maknanya tak dapat atau lambatlah kelulusan peruntukan," jelas Abdulllah sani kepada Suara Keadilan.
Mohamed Satim dikatakan ingin melepaskan kerusi beliau termasuk semua jawatan politiknya apabila gagal hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan badan perhubungan Umno negeri semalam.
Berita Penuh
2 comments:
Bhai SunSnake...
Gua setuju ngan pandangan lu... sekali boleh la kena tipu... kalu dua kali... itu sudah kira bangang tue... hahahaha
bhai c++... tq2.. teman bukan ape.. gelojoh benor nak org lompat ke kita.. kalau kita lompat ke deme kita marah bukan main!
teman lebih prefer cara bior rakyat yang pilih...
contohnye teman pengundi Dun Behrang.. memang pedih dan luka hati bila Jamal Posmen tu melompat! so, takkan teman nak tempat yang BN menang pun YB deme melompat ke PR? 'game' ini akan jadi caca marba dan huru-hara!
So, biorle rakyat yang menentukan.. sama-sama kita usahakan kemenangan dengan cara membuat kerja mengambil hari pengundi.. bukan cara malas dan jahat mengambil hati YB yang seorang!
Wallahua'lam
Post a Comment