Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 23, 2010

Dr. Asri - mengalahkan World Cup jadi rebutan!



Sekejap UMNO kata Hamba Allah ini akan sertai dia..
Sekejap PKR kata Hamba Allah ini tidak akan sertai UMNO dan mempelawa bersungguh-sungguh agar dia masuk PKR..
Tapi PAS tak ada pelawaan rasmi cuma Hamba Allah ini turut serta dalam Muktamar Agung Pemuda PAS dan Muktamar Agung PAS di Kelantan baru-baru ini!

Begitu hebatnya 'aura' yang Allah SWT kurniakan pada batang tubuh Dr MAZA ini..

Teman mula mengetahui nama besar ini apabila beliau berdebat dengan Astora Jabat di zaman reformasi suatu ketika dahulu.. Dan teman menyangka dia adalah salah seorang pemimpin PAS!
rupanya bukan.. dia bukanlah ulama' yang berpolitik.. mengapa beliau tidak mahu menyertai parti politik? Wallahua'lam..

Seingat teman dah banyak kali dia muncul di program PAS dan Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa orang pimpinan PAS termasuk Ustaz Harun Taib.

Segala-galanya terpulang kepada Dr Maza sama ada mahu 'bersusah-payah' dengan parti-parti PR atau 'bersenang-lenang' dengan menyertai UMNO!

Cuma teman kenangkan, kalaulah ditakdirkan beliau menyertai UMNO, apakah agaknya hujah yang akan beliau kemukakan? Apakah ayat Al-Quran yang beliau 'terpaksa' petik untuk dijadikan alasan menyertai parti yang terang-terang sekular kerana menolak Al-Quran sebagai perundangan dan terang-terang pula asabiyahnya kerana hanya memperjuangkan bangsa Melayu!

hmm.. sekali lagi sama-sama kita nantikan..
Namun jauh disudut hati teman.. tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO!!!
wakakakaka!
sunsnake 23062010

PKR MPs claim Asri will not join Umno

June 22, 2010
KUALA LUMPUR, June 22 — With questions raised over the possibility of Dr Mohd Asri Zainul Abidin’s impending entry into Umno, PKR lawmakers moved today to claim that the influential ex-Perlis mufti would not join their political foe.

Wanita PKR chief Zuraida Kamaruddin claimed that she spoke with Mohd Asri at 10am today and the latter had assured her that he would not join Umno.

“I am confident of this for he is a wise person and he would make a calculated move. At this point, we are confident that he will not be with Umno,” the Ampang MP told reporters in Parliament today.

Another PKR MP, Yusmadi Yusoff, said the party would welcome Mohd Asri into the party or into any party of his choice in the Pakatan Rakyat.

“I would welcome him to join us for he has high potential for the future of the country. I would invite him to join us on our reform agenda,” he said.

He pointed out that he went to school with Mohd Asri and said the Muslim scholar was a reformist.

“However, we are not desperate like Umno. We give open opportunities to everyone,” he said

Berita Penuh

Ulama, pensyarah antara 50 ikut Asri sertai Umno?

June 23, 2010

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini.

The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.

“Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan,” kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Berita Penuh

0 comments: