Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 23, 2010

Isu JI - APCO dah mula main peranan!


Hebat jugak strategi UMNO-BN yang pastinya atas nasihat APCO ni..
ISA nak dibahaskan di Parlimen bulan Julai nih!
So, mood rakyat hendaklah digegarkan agar lebih mudah dan pengekalan akta drakonian ISA ini akan mendapat reaksi lembut daripada rakyat kerana ada bukti yang ISA ni perlu!
kononnya laaaahh..

Bak kata Tukar Tiub.. sama la macam kes Al-Maunah dulu..
diluar logik akal kem askar boleh ditembusi sebegitu mudah..
bukan setakat kem askar, stor senjata pun boleh dirompak macam rompak rumah setinggan!
Bawak sengan 1 pajero pulak tuh! pehh!!

malangnya diwaktu itu tiada kemudahan internet yang luas macam sekarang..
kalau ada.. mau kena ludah muka-muka UMNO yang dok cadang Malaysia dalam bahaya tuh!

Bak kata Brader Mat Sabu, punya la gangster geng Al-Maunah, dengar lagu raya mengalir air mata sampai ke janggut!!! wakakakaka!

sunsnake 23062010

Isu JI untuk kekalkan ISA

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mensyaki isu Jemaah Islamiah (JI) yang dibangkitkan pada waktu ini adalah usaha kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran perbahasan rang undang-undang pindaannya di parlimen pada Julai ini.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kekeliruan mula timbul apabila isu 10 yang ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari lalu atas tuduhan pengganas antarabangsa dibangkitkan semula kini dengan tuduhan terlibat dengan JI.

Sembilan daripada yang ditahan enam bulan lalu itu, katanya telahpun dihantar pulang ke negara masing-masing tiga bulan lalu namun isu berkenaan kini dibangkitkan kembali.

"Banyak pihak termasuh GMI menimbulkan kecurigaan terhadap pendedahannya sekarang.

"Kita yakin ini adalah usaha pre-emptive kerajaan untuk menjustifikasi penggunaan dan pengekalan ISA," katanya pada sidang media GMI bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.


Berita Penuh

0 comments: