Pada teman simple je..
Setelah apa yang kita cuba sampaikan kepada rakyat Malaysia..
Setelah sampai maklumat kepada semua rakyat Malaysia..
Suka hatilah kamu duhai UMNO apa yang kamu nak buat!
Dan tak perlu berlakon kononnya kamu prihati kepada rakyat..
Meluluskan lesen judi pun sudah cukup menjadikan rakyat makin meluat dengan kamu!
So, buat lah apa kamu nak buat sebelum tiba masa kamu dibuang jauh-jauh oleh Rakyat Malaysia!
ayat Najib ni pun macam teater.... penuh dengan maksud yang tersirat!
sunsnake 28052010
‘Kekal atau kurang’
KUALA LUMPUR 27 Mei – Keputusan sama ada mengekal atau mengurangkan subsidi akan ditentukan selepas kerajaan mendapat maklum balas daripada rakyat dan pelbagai pihak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan amat konsisten untuk bersifat telus dan sentiasa mahu berkongsi dengan rakyat kerana pada akhirnya, segala keputusan akan ditanggung oleh rakyat dan kerajaan sendiri.
“Terserahlah kepada rakyat untuk memikirkan tentang perkara ini. Apakah kita hendak kebaikan pada jangka panjang atau pun kita nak pertahankan status quo yang ada hari ini tetapi mendedahkan negara kepada risiko-risiko tertentu.
“Kerajaan akan membuat ketetapan selepas itu. Kita mahu rakyat tahu segala implikasinya, kalau kita tidak buat ini (kurangkan subsidi) dan buat ini (kekalkan subsidi) apa implikasinya-melayau
0 comments:
Post a Comment