Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 28, 2010

DAP khianati Islam!!! Cis!!


Cisss!!! Sekali lagi DAP mengkhianati perjuangan melayu UMNO!
Memang sial DAP nih! Memang PAS jadi boneka DAP selama nih!!

Tergamak DAP mengharamkan judi bola di Pulau Pinang??
Bukankah Najib dah luluskan lesen judi bola?
Bila lulus maknanya ianya bukan lagi haram!
Najib kata judi dah dihalalkan dengan kebenarannya!!
Najib kata ayat Al-Quran telah diharamkan keatas undang-undang Malaysia berkenaan judi!
Di Malaysia Al-Quran sangat rendah jika dibandingkan dengan Perlembagaan!
Dan Perlembagaan memberi kuasa sepenuhnya kepada Najib sebagai Perdana Menteri!!!!

Bermakna baik Al-Quran mahupun Perlembagaan..
sama je tak selevel dengan Najib!
So, walaupun Al-Quran kata Judi haram..
Tapi Perlembagaan Malaysia kata terpulang pada Perdana Menteri / Menteri kewangan..
Dan Menteri Kewangan Malaysia @ Perdana Menteri kata judi halal!!
Maka halal lah jadinya!

Cis! DAP pengkhianat!! Pengkhianat melayu!! pengkhianat Islam!!
PAS jadi boneka DAP!!!

teman semakin nampak mengapa Tuan Guru lebih yakin berkawan dengan DAP daripada dengan UMNO! InsyaAllah.. Kebenaran akan terserlah jua!

UMNO memang pengkhianat Islam!!!

Apa lagi Ustaz Azizan?? Apa lagi MB Khalid?? Kelantan teman tak pasti..
Tunggu apa lagi??? Isytihar la cepat!!!

Nak harap MB Adnan Pahang, MB Ghani Johor, MB Mat N9, MB Haram Zambry, MB Isa Perlis, MB Mat Said Ganu, KM Rostam Melaka, KM Musa Sabah, KM Taib Sarawak..

Memang payah laaa..!! Semua penyokong Judi!!!!

Takut dengan Najib melebihi takut dengan ayat Quran!
sunsnake 28052010

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.
Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

0 comments: