Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 28, 2010

PAS boneka DAP! Cisss!!


Cisss lagii!!
Tadi Ciss untuk DAP yang haramkan judi bola di Pulau Pinang..
Ni Ciss yang lagi banyakk.. CISSSSSSSS!
untuk PAS yang rupanya dah lama haramkan judi di Kelantan!!
Bukan setakat judi bola!!

Paling kurang ajar bila PAS tolak surat permohonan daripada Vincent Tan owner Berjaya Group sendiri!!! Cis!! Cis!! dan Cisss!!

Alangkan Najib pun tau menghormati Vincent Tan dengan meluluskan judi bola untuk Berjaya Group.. dengan percent untuk UMNO gunakan PRU akan datang!!

Inilah perjuangan Bangsa, Agama dan negara nama dia!

Bukan macam PAS dan DAP! Najib kata OK luluskan judi bola..
Apa masalahnya?? Apa kisah pulak dalam Quran kata Judi itu Haram?
Al-Ma'idah Ayat 90? Najib tak kata apa pun..

"I have no comment" katanya.. OK laa tu!!

-inilah ayat-ayat dalam hati UMNO karat agaknya!

sunsnake 28052010

Korporat pernah mohon lesen judi dari PAS
Mei 28, 10 10:57am

Kerajaan persekutuan digesa mencontohi kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian. TV Selangor memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri pernah didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap pimpinan PAS tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu. Katanya, tokoh korporat itu datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak.

Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya memperoleh lesen judi bola yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan baru-baru ini, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan. "Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di Kota Bharu, malam semalam.

Berita penuh Pengkhianatan PAS terhadap Agama, Bangsa & Negara!

0 comments: