Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 30, 2010

UMNO tidak adil kepada kamekk!!!

Wakakakaka!
Usahkan dalam hal yang halal..
Dalam hal yang haram lagikan UMNO nie menipu!!

Elok la tu.. Penyamun tipu perompak!

Kesian sebenarnya teman dengan orang asal ni..
Mereka la yang paling malang kena tipu dalam hak-hak mereka..
Tapi bila time pilihanraya...
Mereka jugaklah yang UMNO-BN harapkan untuk menambah mahupun memenangkan majoriti!

Teman dan rakan-rakan PAS Hulu Selangor ni kerap melawat dan menyantuni kampung-kampung Orang Asal di Kawasan ni tapi malangnya dalam PRK baru-baru ni..
Kapusss!!! semua jadi mabuk duit! dan akhirnya kes macam nilah yang berlaku...
kesiannn..

sunsnake 30042010

Pengundi tak puas hati buat laporan polis

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.


Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.

Malaysiakini

Kena bodek Najib & Taib baru leh dapat kontrak!

Itu agaknya maksud sebenar Timbalan Menteri ni.. Kalau kita buat hubungan baik dengan Kerajaan, mudahlah untuk dapat projek pembangunan di kawasan parlimen masing-masing.

Kalau inilah yang ada dalam kepala hotak ahli-ahli Parlimen BN, sampai bila pun konsep Federalisme dan keadilan untu segenap lapisan masyarakat tidak akan tercapai!

Tahukah mangkuk ini apa perlunya semua ahli parlimen bersetuju dengan Kerajaan sekiranya apa yang dicadang atau diusul itu akan menyusahkan rakyat? Sebagai contoh, apakah perlu seorang Ahli Parlimen itu menyokong usul Perdana Menteri agar menaikkan harga minyak dengan tujuan untuk mendapatkan kontrak pembangunan di kawasan masing-masing? Adakah ini kehendak sebenar rakyat?

Inilah yang berlaku apabila semua ahli-ahli Parlimen BN lebih mementingkan jawatan dan perut sendiri berbanding keperluan utama rakyat. Sebenarnya bukan dibimbangi tiada pembangunan masuk ke kawasan masing-masing tetapi dibimbangi kehilangan jawatan dan pangkat itulah yang menjadi keutamaan!

Hanya ahli Parlimen bukan Barisan Nasional sahaja yang berani menyanggah idea-idea bangang dan bebal daripada Perdana Menteri dan kabinetnya didalam parlimen! Ayuh Rakyat Sibu! Jangan ditiru Melayu dan India UMNO Hulu Selangor!


sunsnake 30042010

'Tak jerit pun boleh jadi MP baik'
Apr 30, 10 6:27pm
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata alasan DAP supaya wakil pembangkang dari Sarawak dipilih ke Dewan Rakyat kerana mereka lebih lantang bersuara tidak berasas kerana cara itu bukannya berkesan.

Sebalik, kata beliau, pendekatan oleh anggota parlimen daripada BN dari negeri itu yang lebih mementingkan perbincangan dan kemesraan dengan pemimpin-pemimpin pusat terbukti membawa hasil.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang menyeru penduduk Sibu memilih calon daripada parti itu dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini, yang kononnya lebih berani untuk bersuara di Dewan Rakyat berbanding calon BN yang takut membawa isu yang boleh menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpinnya termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
berita penuh

Aku sanggup dihukum gantung kalau dapat bunuh mamat ni!


Teman pun bengang jugak dengan Najib Tun Razak, dengan Muhyiddin.. dengan Rafidah Aziz..
Dengan Saiful Bukhari.. tapi takde la sampai tahap nak bunuh orang-orang ni!!

Sayidina Ali Karamallahhuwajhah pun sanggup tak jadi bunuh seorang tentera musyrikin dalam sebuah peperangan apabila tentera kafir itu meludah mukanya!
Sayidina Ali bimbang jika dia membunuh lelaki itu kerana marah bukan kerana Allah!

Dan dalam Islam, pembunuhan bukanlah ajarannya melainkan dalam kes-kes terdesak dan atas nama Allah SWT!

Inilah pemuda UMNO.. hasil asuhan BTN dan PLKN.

Tahniah UMNO!

sunsnake 30042010

sumber lagi detail

DS Nizar pulak kena serang!



Hok aloh! Teman pun joint ceramah DS Nizar malam tu.. (klik sini)
Apa masalahnya? bukan betul ke apa yang DS Nizar cakap tu?

Bukan Najib masa tu Ketua Pemuda UMNO ke?
'Basahkan keris dengan darah cina?"

Ok, jom kita bongkar balik peristiwa bukti betapa perkaumannya UMNO waktu tu!
sunsnake 30042010

Laporan polis terhadap Nizar
Apr 30, 10 5:17pm
Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor. Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet. Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

berita penuh

Magnum? Harus.. harus...


ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London.

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau.

Hulu Selangor selepas Pilihanraya Kecil


Hulu Selangor telah kembali menjadi kawasan sunyi dan tersisih. Jalan-jalan utama yang beberapa minggu dan hari lalu menyaksikan kesesakan lalulintas yang luar biasa kini sudah kembali tenang dan lawas. Pekan Kuala Kubu Bahru yang sekian hari menerima kunjungan pelbagai jenis kenderaan dan nombor pendaftaran telah kembali damai dengan hanya kenderaan milik warga tempatan lalu-lalang menguruskan hal seharian.

Di Bukit Sentosa, tapak BN 'Command Center' kembali sepi hanya dihiasi lalang-lalang dan sisa-sisa tinggalan mereka. Di tepi Balai Polis Bukit Sentosa, hanya tinggal kesan-kesan lopak dan becak hasil 'lanyakkan' tayar-tayar jentera berat kontraktor khemah. Disinilah berlakunya kesesakan yang sangat hebat sepanjang tempoh kempen PRK apabila abang-abang Polis meletakkan kenderaan mereka di sepanjang jalanraya hadapan Balai yang sedia sempit itu.

Di sebelah Felda, peneroka kembali menghadap kebun getah dan sawit seperti biasa, walaupun baru beberapa hari mereka dikejutkan dengan kehadiran menteri-menteri kabinet yang secara tiba-tiba mengambil tahu keluh kesah mereka! Oh! Alangkah indahnya kalau PRK ini berlaku setiap bulan! Pastinya kesusahan mereka akan diambil tahu secara terus oleh menteri-menteri malahan Perdana Menteri sendiri!

Di Felda Sg Buaya, sebahagian mereka mungkin sedang sibuk mengira-ngira duit RM50,000 yang diterima pada hari Isnin lepas. Harap-harap tidak ada nama yang tertinggal kerana penderitaan para peneroka ini terlalu hebat akibat dizalimi oleh Kerajaan UMNO Selangor yang terdahulu. Sungguhpun sepatutnya bukan hanya itu nilai tanah mereka, 'tak dapat rotan, akar pun berguna jugak'!. Kerajaan UMNO yang memulakan penderitaan mereka, maka kerajaan UMNO jugaklah yang kononnya menjadi pembela! Wajarkah ucapan terima kasih buat Najib Tun Razak? Seperti mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang memulangkan semula barang curiannya!

Anak-anak mereka pastinya akan pulang menyantuni ibu bapa mereka, waris bagi yang telah meninggal dunia pasti akan berkunjung bertanya 'khabar'. Alangkah pilu mengenangkan nasib para peneroka ini. Wang jual tanah yang sepatutnya RM2-3 juta, baru dapat beberapa ratus ribu! Berbaloikah buat generasi mereka yang akan datang? menanti bertahun-tahun pastinya wang RM50,000 itu akan 'selesai' dalam masa beberapa bulan sahaja! Moga mereka berhemah dalam menguruskan hak milik mereka itu dan persoalannya, bila agaknya baki yang berjuta RM itu boleh diterima sepenuhnya?

Di Rasa, walaupun kaum cina hampir-hampir total menolak calon UMNO-BN, janji tetap ditunaikan! Alangkah beruntungnya kaum cina disini, tanpa perlu menjual maruah dan harga diri, mereka tetap dapat apa yang Najib Tun Razak janjikan! Tak seperti pengundi-pengundi Melayu dan India yang sanggup menjual maruah dengan mengundi BN dengan harapan mendapat sedikit laba dan material yang hanya mampu digunakan oleh mereka sendiri? Peruntukan untuk SRJK(C) itu sebenarnya jauh lebih hebat untuk kegunaan sehingga 2 generasi bagi membaiki sekolah yang akan digunakan oleh anak,cucu dan mungkin cicit mereka!

Orang-orang miskin penerima zakat akan kembali seperti dulu. Tiada lagi menteri-menteri akan keluar masuk rumah mereka menghulurkan sampul surat berisi duit, tiada lagi Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang seminggu-dua lalu sibuk menghulurkan borang untuk dikemaskini dan dipenuhi segala keperluannya, selepas ini, semuanya hanya akan kembali menjadi mimpi mungkin mimpi ngeri apabila kembali dihimpit kesusahan 1-2 bulan lagi!

Buat pemimpin masyarakat setempat tidak kira Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, kembalilah meneutralkan diri dalam menangani masalah rakyat. Suasana pilihanraya telahpun tamat dan mereka yang sebelum ini sibuk dengan urusan parti, maka inilah masanya untuk kembali ke pangkuan masyarakat yang neutral. Bagi rakyat itu penyokong tegar Pakatan Rakyat mahupun totok Barisan Nasional, mereka tetap rakyat Malaysia yang mempunyai hak didalam negara ini. Baik menggunakan mekanisme kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Selangor, yang hak tetap hak dan yang bukan hak tetap bukan hak!

Semoga rakyat Hulu Selangor semakin cerdik berpolitik dalam menjamin kehidupan keturunan mereka di Malaysia ini. Adakah mereka telah membuat keputusan yang terbaik dalam PRK baru-baru ini atau tidak? Sama-sama kita saksikan!

sunsnake 30042010

Teguran Untuk S.S Tan Sri Mufti Harussani

"Penulis agak terkilanmembaca teks kenyataan Mufti Perak, S.S Mufti Tan Sri Dato’ Harussani Zakaria, ‘Ceramah Politik di Masjid Haram’ di dalam akhbar maya Sinar Harian bertarikh 25 April 2010.

Saya seorang yang menghormati S.S Harussani sebagai seorang senior yang arif dalam selok-belok keagamaan, tahu terhadap hukum-hakam Islam. Tetapi mengapa sejak akhir-akhir ini saya merasakan pemikiran Tuan Mufti berkecamuk dengan idea-idea hipokrit UMNO.

Mengapa Tuan Mufti mengeluarkan hukum, tanpa menimbang feqhul waqi’e? Mengapa Tuan Mufti tidak mengeluarkan fatwa ‘haram’ kepada Saiful Bohari yang menggunakan ‘masjid’ sebagai tempat melancarkan sumpah dustanya? Di masjid ada imam dan juga makmum, di luar masjid ada pemimpin dan juga rakyat, adakah kedua-dua kelompok ini berbeza?

Secara falsafahnya, di dalam solat sendiri Allah Taala telah mengajar kita supaya memilih imam (pemimpin solat) yang baik dari segi bacaannya sebagai pilihan utama. Imam tidak dipilih kerana kekayaan, keturunan ataupun pangkat. Seorang imam yang dibenci oleh masyarakat kerana tabiat buruknya, atau sikap mazmumahnya, tidak sepatutnya menawarkan dirinya menjadi imam sekalipun ramai ulama berpandangan solatnya tetap sah. Hal ini berdasarkan hadith Baginda salallahualaihi wasalam, mengenai 3 golongan yang solatnya tidak diterima antaranya ;
[ Imam (pemimpin solat) kepada sesuatu kaum sedangkan mereka membenci imam tersebut… ] R.A Tirmidzi

Seorang imam akan bertakbir sebelum para-makmumnya mengangkat takbir, bersujud sebelum para-makmum bersujud dan secara tidak langsung, politik kepimpinan tersebut wujud di dalam ibadat seperti solat. Sekiranya ada jemaah yang masbuq, jemaah solat wajar memilih seorang imam yang menepati kriteria-kriteria Islami dan kefahamannya terhadap agama. Nyatalah di sini bahawa jawatan imam bukannya tasyrif (untuk dimuliakan), tetapi adalah taklif (tanggungjawab).

Sekiranya imam salah bacaannya, maka makmum wajar menegurnya. Tidak ada kebaikan kepada umat itu yang tidak menegur kesilapan pemimpin, kerana itu peranan ilmuan sangat penting untuk menegur dan menasihati imam-nya (pemimpin). Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam ;

[ Agama itu nasihat. Kami (para sahabat) bertanya, “Bagi siapa wahai Rasulullah?. Baginda menjawab, “Bagi Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan kaum Muslimin pada umumnya ]. R.A Muslim

Kemudian kita dianjurkan Baginda salallahualaihi wasalam untuk melaksanakan solat di masjid, sebagai isyarat umum kepada masyarakat Muslim supaya menjadi penduduk yang baik dari aspek sosial di sesebuah negara, atau daerah yang menjadi tempat permukiman kita. Solat di masjid adalah tanda kesatuan, bahawa masyarakat Muslim perlu bersatu menegakkan syariat Allah sejurus selepas kalimah ‘Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH…’ dilaungkan.

Namun, mengapa Tuan Mufti melihat ajaran Islam dalam konteks yang begitu sempit sehingga boleh menimbulkan idea sekular kepada pemikiran masyarakat? Apabila disebut politik, Tuan Mufti akan mengaitkannya dengan pertelagahan parti. Saya tidak faham bagaimana Tuan Mufti memberikan definisi terhadap politik. Jika politik itu diburuk-burukkan sebagai pemecah-belah masyarakat, lalu adakah salah Imam al Mawardi menulis kita al Ahkam Sultaniyyah? Adakah salah Ibn Taimiyyah menulis kitab Siasah as Syar’iyyah? Adakah salah Ibn Qayyim menulis kitab Ahkam Ahl Zimmah? Adakah salah Dr.Abdul Razzaq as Sanhuri menulis kitab Feqhul Khilaafah?

Di dalam al Quran ada satu surah dinamakan al Mukminun, satu surah lagi dinamakan al Munafiqun, dan satu surah lagi dinamakan al Kafirun. Atas tujuan apa Allah Taala menamakan surah-surah sedemikian? Adakah untuk memecah-belahkan masyarakat wahai Tuan Mufti?

Peranan Masjid di Zaman Sebaik-Baik Kurun

Pada zaman Rasulullah salallahualaihi wasallam, masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadat dan solat. Tetapi sebagai tempat yang menghimpunkan segala jenis ibadah dan ilmu, komuniti dan kebudayaan, parlimen dan tempat merancang strategi peperangan, juga sebagai pusat kaunseling dan kemasyarakatan. Masjid dijadikan sebagai markaz dakwah dan darul daulah, iaitu sebagai tempat politik berinteraksi dengan masyarakat. Kerana itu, peranan masjid pada zaman Baginda salallahualaihi wasalam tidak sama seperti zaman mutakhir ini yang mengatakan bahawa ‘masjid bukan tempat berpolitik’. Sedangkan masjid bukan sahaja tempat yang mengkehendaki manusia memperbaiki urusan agamanya sahaja, tetapi termasuk juga memperbaik urusan dunia.

Inilah peranan masjid ketika zaman sebaik-baik kurun yang disebut oleh Baginda salallahualaihi wasalam, masjid sebagai tempat berpolitik dan strategi kenegaraan antara kerajaan parti Islam dan parti Kuffar (pimpinan Abu Jahal dan Abu Lahab), pertembungan parti Islam dan parti munaafiq (pimpinan Abdullah bin Ubai dan Abu Amir ar Rahib yang mendirikan ‘masjid ad dirar’).

Pada zaman Khulafa’ ar Rasyidin pula, masjid masih lagi dijadikan sebagai tempat para pemimpin berinteraksi dengan masyarakat, membentuk strategi politik. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar radhiAllahu anhu ketika beliau dilantik sebagai khalifah pertama menggantikan Rasulullah salallahualaihi wasalam ;

[ Wahai umat manusia, aku telah diberi kekuasaan (khalifah) ke atas kamu, padahal aku bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Bila aku melakukan kebenaran maka bantulah aku, tetapi jika kamu melihat diriku pada jalan batil, maka luruskanlah aku ].

Hal yang sama dilakukan oleh Umar al Khattab radhiALlahu anhu di dalam masjid, ketika beliau dilantik menjadi khalifah menggantikan Abu Bakar, beliau tegas mengatakan ;

[ Wahai umat manusia, sesiapa di antara kamu yang melihat aku melakukan penyelewengan maka betulkan aku, maka salah seorang jemaah solat bangkit dan menjawab, ‘Demi Allah jika kami melihat kamu (Umar) melakukan penyelewengan akan kami betulkan kamu dengan pedang kami’. Lalu Umar menjawab, ‘AlhamduliLlah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar seseorang yang sanggup membetulkannya dengan pedang (jika Umar berbuat kesalahan)’ ].

Anda bayangkan jika kalimah ini dikeluarkan oleh rakyat 1 Malaysia pada zaman sekarang, sudah tentu dia akan dibungkam ke dalam ISA. Dan lebih malang lagi, apabila di dalam masjid disebut tentang isu-isu masalah umat, penindasan ke atas golongan-golongan yang dhaif, kebisuan para ulama, maka akan ada orang yang mengaitkan bahawa ‘khatib sedang berpolitik’. Saya hairan, mengapa ada yang melihat definisi ‘politik’ sebagai aktiviti tidak beradab, tiada moral dan berunsur jahat seperti yang difahami oleh orang Melayu jahil.

Kata Dr.Yusuf al Qardhawi menjelaskan keperluan umat Islam untuk berpolitik ;
[ Sesungguhnya berpolitik bukanlah perkara salah seperti melakukan kemungkaran atau dosa sebenarnya jika tujuannya untuk merangka penegakan dasar-dasar Islam, dan juga merangka pnegakan hukum-hukumnya. Manakala politik yang ditolak ialah politik Machiavelli yang menggunakan prinsip matlamat menghalalkan cara, politik yang tidak beriltizam dengan akhlak dan tidak mempedulikan halal atau haram ].

Ketika zaman Khilafah Islam Abbasiyyah, Sultanul Ulama iaitu Sheikh Izzuddin Abd Sallam dan Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik. Mereka meniupkan semangat jihad kepada seluruh tentera-tentera Islam, untuk mempertahankan negara dan berperang, membalas serangan tentera Tatar ke atas negara mereka.

Manakala ketika Mesir dimasuki penjajah Perancis, ulama-ulama al Azhar seperti Sheikh Abdullah as Syarqawi, Imam Ahmad ad Dardir menggerakkan tarbiyyah siasah di masjid, menanamkan fikrah kepada masyarakat agar menentang pencerobohan Perancis. Masjid al Azhar juga pernah menjadi markaz penting menggerakkan demonstrasi dan revolusi rakyat Mesir menentang penajajahan British pada tahun 1919. Mufti Palestin, Sheikh al Haj Amin al Husaini juga tidak ketinggalan menjadikan Masjid al Azhar sebagai tempat pengukuhan dasar politik Islam di Timur Tengah, menyedarkan umat Islam dari kalangan bangsa Arab khususnya, agar menentang kezaliman Zionis di Palestin.

Walaupun setelah fakta-fakta ini dinyatakan, saya tidak menafikan sekiranya masjid dijadikan tempat politik kepartian ‘sempit’ sehingga boleh mendatangkan perpecahan, dijadikan tempat untuk mencerca orang, memfitnah (seperti tragedi ‘sumpah dusta’ yang dilakukan oleh Saiful Bohari terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim), maka masjid bukanlah tempatnya bagi tujuan tersebut bahkan ia mencemari kesucian masjid sebagai rumah Allah Taala, yang sepatutnya dibina di atas dasar ketaqwaan.Tetapi ketaqwaan bagaimana yang difahami oleh kita? Bersikap adillah sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan taqwa.

Berpolitik di dalam masjid tiada salahnya jika cara ‘politik’nya betul dan benar. Berpolitiklah dengan cara berhemah dan menurut kehendak Islam yang jelas halal haramnya, serta tujuan dan matlamatnya. Jika berpolitik itu supaya masyarakat kembali kepada Islam, taatkan perintah Allah, adakah ia satu dosa besar seperti kerjasama sebuah ‘kerajaan yang mengaku negara Islam’ dengan sebuah agensi yang ‘pro-Zionis’ seperti APCO?

Buat akhirnya, anggaplah teguran saya ini seperti adabnya teguran Imam Ibn Qayyim kepada Sheikhul Islam Ismail al Harawiyy al Hanbali. Kata Imam Ibn Qayyim ;
[ Sheikhul Islam (Sheikh Ismail al Harawiyy) adalah tokoh yang kami cintai, akan tetapi kebenaran itu lebih lagi kami cintai ].

WALLAHU’ALAAM "

sumber - TKO

Thursday, April 29, 2010

Senator lelaki bangang! Senator perempuan aduhh!!

gambo hiasan


Yang Senator lelaki ni bagi idea yang paling bangang mengikut emosinya yang mungkin sedang marah sangat ketika itu.

Yang Senator perempuan mengenepikan langsung cara Islam dalam mengatasi masalah penzinaan bebas yang makin buruk berkadar langsung dengan kes-kes pembuangan bayi di seluruh Malaysia!

Kamu buat la apa pun Shahrizat oiii.. Selagi kamu menafikan secara tak formal akan keampuhan cara didikan Islam, selagi tu la masalah sosial ini tidak akan selesai malahan lebih buruk!

Nak selesai apanye kalau rancangan hiburan makin mencanak naik di TV?
Artis dah macam cendawan tumbuh terutama perempuan melayu?
Hancurrrr melayu!!!

opsss! Shahrizat ni mamak kan?
sunsnake 29042010

Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang

KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.

Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.

“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil , di Dewan Negara di sini hari ini.

berita penuh

Kickdefella Laknat, meracau lagi!


Siapa Kickdefella laknat ini?
Hebat sangatkah dia sampai Kerajaan Kelantan yang terkenal dengan ketelusan dan integriti yang paling tinggi di Malaysia, tergamak mengupah mamat laknat ni?
Bertujuan buat persepsi buruk kat Pak Lah?
Untuk kekalkan Kerajaan Negeri Kelantan?
Berjuta pulak tuh! Pehhh! macam laknat ni APCO pulak nak upah berjuta-juta!

Dah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan,
apsal 3-4 tahun kebelakangan ni pulak kerajaan negeri terpaksa guna 'khidmat' laknat ni untuk burukkan Pak Lah?
Pak lah pulak tuh!!! Tak payah PAS burukkan dia..
UMNO sendiri burukkan Pak Lah!
Idak takkan tak sabar-sabar Najib nak dinaikkan sebagai PM dulu!!!
Aduhhhh!!!! bodoh gile cerita si Laknat nih!

Yang TV3 munafik pulak tadi kat Buletin Utama bukan main lagi!
Siap panggil Tok Pa bagi pendapat!
"Ini suatu perbuatan yang keji oleh Kerajaan Negeri!"

Wah!!! Belum apa-apa dah jatuh hukum!
Hanya kerana penulisan blogger laknat yang penuh dendam?
Oh ya! Tok Pa lagi la berdendam dengan Kerajaan negeri Kelantan!

Ni apa 'bullsh*t" Kickdefella laknat ni tulis nih?
Lu sapa bro? Lu anak Tok Guru ka?
Menantu Tok Guru tak merokok macam lu!

Semoga laknat ditimpakan keatas kepala lu Kickdefella!

sunsnake 29042010

PAS cabar Kickdefella dedah siapa bayar RM4 juta

Apr 29, 10
3:56pm
Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. “Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.

berita penuh

Musa Hassan merajuk la pulak!!!

Ini sahaja yang mampu Ketua Polis negara ucapkan?
"lepas ni tak payahlah kami jaga keselamatan awam!"????
Aduhhhh!!!! Lembutnya hati KPN sorang ni..

Syok la gangster,kepala penyamun kat Malaysia lepas ni..
kalau betul la rajuk KPN jadi realiti!

sunsnake 29042010

KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29, 10 6:02pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online

berita penuh

YB Zul! Takkan tengok saja!

Kamu kata Islam kamu yang paling hebat!
Kamu kata Islam orang lain tak betul!
Kamu kata Islam kamu yang paling berkesan!
Kamu kata Islam orang lain main-main!

Haaa.. ni.. dalam kawasan kamu!
Takkan tengok saja?

Ke kamu dah lama tak turun kawasan?
Ke sibuk nak belajar cara-cara jadi Bodyguard Najib yang baik la ni??
hahahaha!

sunsnake 29042010

Gadis remaja Melayu ditangkap sedang 'berseronok' dengan lelaki bukan Islam

KULIM: Memalukan. Itulah gelagat dua gadis Melayu berusia 16 dan 21 tahun yang ditangkap sedang berseronok-seronok dengan lelaki bukan Islam di sebuah lounge tersorok di Taman Bersatu, di sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

elain berkelakuan kurang sopan, beberapa gelas minuman keras turut didapati di meja mereka.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) berkata, remaja itu disyaki berkhidmat sebagai peneman (GRO) pelanggan lounge itu yang kedudukannya tersembunyi di belakang sebuah salun.

“Kami menyerbu lounge ini selepas mendapat aduan awam. Premis ini kelihatannya seperti menempatkan sebuah salun namun di bahagian belakangnya terdapat lounge.

berita penuh

Ampun Tuanku! Daulat Tuanku!


hmmm.. teringat pulak kat Sultan Perak dalam kes rampasan kuasa kudetta UMNO-BN!
lepas ni giliran UMNO Selangor pulak tampal sticker "Daulat Tuanku" kat kereta!
No komen! kang jadi Aduka Teruna pulak akuuuuu!

sunsnake 29042010

Sultan: Jangan ke Selangor jika tak setuju
Apr 29, 10 1:06pm
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu. Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu. "Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

berita penuh

Ibrahim Ali Pejuang Melayu lah sangat!


Pendapat teman..
Bukan persoalan Ibrahim Ali Al-Kataki ini 'ultra malay' sangat..
Tetapi kredibiliti makhluk ni sebagai manusia yang berprinsip!

Banyak sangat kes-kes mungkir janji..
Menipu janji, tidak amanah pada janji..
macam-macam lah!

Janji pada Tok Guru Nik Aziz pun dia dah cabul!

Inikah manusia yang nak diharapkan mempertahankan hak melayu?
Di Hulu Selangor sendiri PERKASA telah DIPERKOSA oleh Najib!

Kononnya kecewa dengan keputusan Presiden UMNO tetapi oleh kerana fitrah makhluk ini yang sememangnya tidak ada integriti, maka bukan main sibuk pulak dia berkempen untuk calon bukan melayu!

bukan maksud teman untuk racist tapi disebabkan PERKASA ini bukan main hebat bercakap pasal melayu.. hairan jugak kenapa keris PERKASA jadi lembik di Hulu Selangor?

sunsnake 29042010

Nafi 'ultra Melayu', Ibrahim saman Sun, wartawan
Apr 29, 10

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Inggeris The Sun, ketua pengarang dan wartawan yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan Sultan Selangor. Samannya itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Salehudin Saidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini. Ditemui pemberita, Salahudin berkata anak guamnya menuntut gantirugi yang akan ditentukan mahkamah, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi melarang pihak tersebut daripada terus menyiarkan berita seumpama itu.

berita penuh

UMNO tak bagi bicara politik di Masjid!


Yang UMNO terasa apasal?
Bila Khatib di atas mimbar Jumaat mengatakan yang arak itu haram!
mengapa kerajaan pusat tidak mengharamkannya?

Adakah itu politik kepartian?

Bila Khatib diatas mimbar Jumaat mengatakan judi itu haram!
mengapa kerajaan pusat meng'halal'kannya?

Adakah itu politik kepartian?

Bila Khatib diatas mimbar Jumaat mengatakan kewajipan melaksanakan perundangan Islam!
Mengapa kerajaan pusat tidak berusaha kearahnya?

Adakah itu politik kepartian?

Malangnya pada fikiran pemimpin Kerajaan Malaysia..
Tajuk "Keselamatan Jalanraya" itulah yang terbaik di mimbar Jumaat
Tajuk "Kewajipan membayar Cukai pendapatan" itulah tajuk yang terbaik di mimbar Jumaat
Tajuk "Sambutan Hari Kemerdekaan" itulah tajuk yang tercanggih di mimbar Jumaat!

UMNO.. Dulu Kini dan mungkin selamanya... sesat!

sunsnake 29042010

Isu khutbah: Hassan Ali buat aduan polis

SHAH ALAM 28 April - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya berhubung tuduhan membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April lalu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 3 petang ini.

Menurut Hassan, laporan itu juga dibuat bagi menjelaskan tuduhan yang beliau menjadikan mimbar masjid sebagai medan untuk berpolitik semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak benar.

"Tuduhan itu tidak benar dan saya juga tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

berita penuh

NASA Sahkan Kemungkinan Berlaku Matahari Terbit Dari Barat


April 09 2010): Sains astronomi menyatakan bahawa kelajuan Planet Mars telah mengalami penurunan dalam perjalanannya menuju arah timur dalam beberapa minggu terakhir ke tahap yang kita perhatikan goyah "" antara timur dan barat serta rabu 30 Julai pergerakan planet akan berhenti menuju arah timur.

Kemudian pada bulan Ogos dan September ... Mars menukar arah dalam arah yang bertentangan ke Barat-dan bahawa sampai akhir September yang bermaksud matahari akan terbit dari barat di Marikh! Dan ini fenomena aneh gerakan melawan disebut "Mundur Motion" Kebanyakan saintis menyatakan bahawa semua planet akan mengalami yang sama, sekurang-kurangnya planet Bumi kita adalah salah satunya. Planet Bumi akan bergerak ke arah berlawanan beberapa hari dan matahari akan terbit dari barat!

Hal ini boleh berlaku segera dan kita tidak menyedari! Munculnya matahari dari barat disebutkan dalam hadis dan ini merupakan tanda utama dari hari penghakiman, kebanyakan jika tidak semua, tanda-tanda kecil telah berlaku. Bangun. dicintai Rasul Kami Mohamed (saw) berkata: "Salah satu tanda-tanda jam matahari akan terbit dari barat, di mana tidak ada lagi tauba (pengampunan) akan diberikan"

! Dan! Hal aneh sebahagian besar ulama kita Syariah disebutkan bahawa matahari terbit dari barat hanya terjadi sekali pada hari itu, matahari akan terbit dari barat kemudian kembali dari timur dan terus sampai keinginan Allah dan ini mirip dengan apa yang yang terjadi kepada Mars itu berhenti, maka tentu saja perubahan dari pengarahan untuk waktu yang singkat lalu kembali ke jalan selepas itu.

Dan Abdullah Bin Amro (RA) berkata: (Aku menghafalkan dari Rasul (SAW) sebuah hadis Aku tidak akan melupakan aku mendengar Rasul Allah (SAW) berkata: "ayat pertama yang datang munculnya matahari dari barat) [ Ahmad]. Dan Rasul SAW "Allah tempat HIS tangan di malam hari untuk mengampuni orang berdosa pagi, dan tempat di pagi hari untuk mengampuni orang berdosa malam sampai matahari terbit dari barat" [Muslim].

Kabar ini sangat penting kerana membawa serta banyak tanda peringatan dan mengingati kedatangan seorang DUNIA baru - dunia dia akhirat Ketika kita menunjukkan ini hadis diberitahu bahawa 1400 tahun yang lalu tentang keajaiban ini .. anda akan lihat Insya Allah, banyak akan kembali ke jalan yang benar ... Dan kaum muslimin jika mereka melihat ini fenomena yang berlaku di Marikh yang tahu mungkin itu akan membawa mereka lebih dekat dengan PENCIPTA kita. Semoga Allah menjaga kita semua di jalan yang benar dan berikan kami berjaya di dunia ini dan juga di akhirat.

sumber - Kami Sokong Tok Guru

Wednesday, April 28, 2010

Ikutlah resmi kucing melompat!


Tidak salah sebenarnya..
Jika kita merendahkan diri untuk melompat dengan lebih tinggi!

Ikut resmi kucing..
Sebelum dia melompat mencapai cicak di dinding,
dia akan merendahkan dirinya serendah-rendahnya..
malahan kadangkala tersentuh dadanya dengan lantai!

Apabila seseekor kucing itu tidak mahu merendahkan dirinya..
Maka lompatannya akan tidak menjadi tinggi..
Sememangnya itulah lumrah kucing..
Jarang terjumpa kucing yang boleh melompat tinggi tanpa perlu merendahkan dirinya..
Kalau ada pun mungkin itu kucing sarkis!

Dalam kes ini.. ada kucing lain yang mampu memberikan bantuan..
Kucing yang lebih besar, berpengalaman dan lebih berprinsip!
Seharusnya kucing yang tidak mahu merendahkan dirinya tadi..
pohon bantuan daripada kucing besar itu..
Bukan hanya memohon bantuan apabila baru perasan kaki dah patah!
Dalam keadaan kaki dah patah itu pun,
pohon bantuan acuh tak acuh!
ibarat mulut pohon bantuan.. mata memandang ke lain!

Wallahua'lam..

sunsnake 28042010

PKR denies internal sabotage led to Hulu Selangor loss

By Syed Jaymal Zahiid

PETALING JAYA, April 28 — Rumours of an internal sabotage within PKR during the Hulu Selangor by-election was rubbished by party elections director Fuziah Salleh today.

The rumours about rival camps within PKR intentionally slowing down campaigning efforts are widespread online with many saying that the sabotage took place in Azmin Ali’s faction.

The PKR vice-president does not have a good relationship with Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who was handpicked to lead PKR’s Hulu Selangor campaign.

Although Fuziah conceded there was some rivalry between the different factions, she said they were minor and did not amount to sabotage.

“The allegation of sabotage is baseless. I wouldn’t go as far saying there was a sabotage,” said the Kuantan MP in a brief interview with The Malaysian Insider here.

berita penuh

Beware! Super secretary already warned!

Awas semua!!
Ada duit yang akan bertukar tangan lagi!
Ada 'china doll' yang akan bertukar bilik!
Ada 'no akaun' yang akan dismskan..

Awas!! Awas!! Awas!!

Ada berudu yang sedang berkembang biak..
Ada Ibu katak yang sedang menyusukan anaknya..
Ada berudu yang sedang bermetamorfosis!

DS Anwar? Jangan tengok sahaja..
Jangan dengar sahaja..
Jangan ceramah sahaja..
Prevention better than cure....

Main bola pun kalau side defender asyik kena bertahan,
striker duduk saja.. lama-lama bolos jugakkkkk!!
persoalannya, bila nak menyerang balik???


sunsnake 28042010

Ex-PKR sec-gen says worse yet to come

By Neville Spykerman

SHAH ALAM, April 28 — PKR could lose up to five more lawmakers who are disgruntled with the party and are waiting for the right moment to announce their resignations, said Datuk Sallehuddin Hashim (picture).

The party has already lost nine lawmakers, including four MPs, in the past two years and suffered another blow last Sunday when it failed to retain the Hulu Selangor parliamentary constituency in a by-election. It now has 26 MPs.

“Those MPs and state assemblymen, who had been contemplating leaving the party, have all decided but are waiting for the right time to do so in view of their particular beef.” the former PKR secretary-general told The Malaysian Insider yesterday.

berita penuh

1Malaysia, 2 undang-undang?


Inilah hakikat 1Malaysia..
ada 2 set undang-undang..
1 untuk golongan atasan@pimpinan BN & Kroni..
1 untuk golongan rakyat marhaen@takde apa-apa!

Bila golongan yang satu lagi ambik rasuah..
itu tidak menjadi apa-apa kesalahan..
rasuah jadi komisen..
belasah orang jadi mempertahankan diri..
rogol orang jadi tiada kes!

Tapi..
Bila satu lagi golongan buat salah..
Rasuah RM50 boleh jadi isu integriti global!
Bagi pendapat boleh jadi derhaka pada Sultan!
Pertahankan diri boleh jadi cubaan membunuh!

Contoh terbaik kes rasuah 2 katak di Perak,
bersungguh media bercerita hinanya mereka menerima rasuah!
Bila 2 katak mengaku sokong UMNO-BN, sekonyong-konyong 2 katak jadi bersih!
Suci bak bidadari!

Hidup 1Malaysia!
sunsnake 28042010

Bukti baru dalam dakwaan rogol pelajar

Apr 28, 10
3:36pm

DAP Perak hari ini mengemukakan dua bahan bukti baru dan menuntut polis menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun yang dirogol oleh lima suspek di Ipoh Parade, Oktober lalu.
Bukti-bukti baru itu yang merupakan skirt mangsa dan pita video dikemukakan oleh setiausaha DAP Perak yang juga ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming (kiri, memegang buku) bersama penasihat perundangan parti itu Leong Cheok Keng (kiri) dan MP Menglembu Lim Pek Har (berbaju biru) di ibu pejabat polis di Ipoh.

berita penuh

Kehebatan lawyer UMNO yang sorang ini!


Sorry jugak buat company nih! Kalau setakat lawyer cabuk je yang mampu korang upah.. rentikanlah!

Setakat tahun lepas sahaja, berapa kes yang lawyer UMNO sorang ni menang! Dalam kes Rampasan kuasa di Perak, punya la putar belit, punya la jauh geng-geng lawyer UMNO ni kaji sampai London! Akhirnya menang! Punya la putar alam lawyer UMNO yang sorang nih!

Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat nak cuit sikit UMNO pun tak dapat, company cap ayam macam ni nak korek duit UMNO? chaitt!!! Tu laaa.. siapa suruh tergamak supply barang-barang halal kat UMNO ni.. kan dah jadi Haram! wakakakaka!
sunsnake 28042010

Lagi tamparan untuk Elegant Advisory
Apr 28, 10 1:58pm
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman RM218 juta terhadap Umno kerana didakwa gagal menjelaskan bayaran bekalan barangan dan perkhidmatan semasa pilihan raya umum ke-11 pada 2004.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud sebulat suara bersetuju mengekalkan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Anantham Kasinather ketika membatalkan saman Elegant Advisory bahawa tuntutan itu tidak mencukupi dan tidak jelas untuk menunjukkan kuasa tindakan. Dua hakim lain adalah Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie .

Umno diwakili oleh peguam Hafarizam Harun manakala Yusfarizal Yusoff dan Ahmad Termizi Abdullah pula mewakili Elegant Advisory.

berita penuh

Sorry la SPRM, nampak sangat wayangnya!

Sorry la abang SPRM, ini pada teman wayang tahap zaman Three Stooges dulu..
Silap-silap lagi hampeh dari tu!
2 ekor katak ini confirm lepas punya! Manakan mungkin Najib nak bagi katak berdua ni bersalah!
Dibantainya melompat lagi sekali mampus Zambry Kadir!

Kes ni akan pi mai pi mai tang tu sampai PRU-13.. sama-sama kita tengok!

sunsnake 28042010

SPRM rayu keputusan bebas 2 bekas exco Perak
Apr 28, 10 1:17pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merayu keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh yang telah membebaskan dua bekas ahli Exco kerajaan Perak bersama tiga individu lain daripada tuduhan rasuah Jumaat lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata bahagian perundangan dan pendakwaan akan menfail notis itu tidak lama lagi.

"Prosesnya belum selesai lagi sehingga mahkamah membuat keputusan di peringkat tertinggi barulah perkara itu diputuskan," katanya.

Abu Kassim berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan laporan tahunan SPRM kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

berita penuh

Noh Omar yang Berbelit-belit!

Kali ni teman setuju dengan Noh Omar!
Isu ini tidak wajar dipolitikkan namun campurtangan Politik telah dicadangkan oleh makhluk Allah ini dalam ucapan yang sama!

Katanya "Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan,".
Tapi dalam ucapan yang sama Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

Apa ini?? Munafik atau belit serupa sawa?

sunsnake 28042010

Menteri bawa kes kematian Aminulrasyid ke kabinet

Apr 27, 10
3:56pm

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

berita penuh

Hulu Selangor: Kalahkah PR?


28 APRIL — Istilah kalah dan menang dalam proses demokrasi berpilihanraya tidaklah semudah yang diungkapkan. Walaupun kalah tetap kalah dan menang tetap menang namun apa yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana seorang calon itu boleh menang dan bagaimana seorang calon itu boleh kalah.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak maka satu analisa mestilah melihat kepada keseluruhan sistem yang mempengaruhi corak dan perilaku pengundi dalam menjalankan tugas mereka.

Sebelum itu kita harus akur, Pilihanraya Kecil (PRK) tidak mungkin sama dengan (Pilihanraya Umum) PRU dari sudut tumpuan dan mobilasasi jentera parti, kedua dalam PRK kerajaan mempunyai segala kemudahan untuk dieksploitasikan bagi tujuan memujuk pengundi sedangkan dalam PRU, jentera kerajaan bersifat ‘caretaker’ yang walaupun dinodai oleh BN tetapi tetap membataskan tahap ‘keselesaan’ yang boleh dinikmati.

Analisa pertama kepada kemenangan BN ialah bagaimana jentera kerajaan Pusat yang dikuasai BN digunakan habis-habisan untuk berkempen. Paling utama ialah kerahan kepada menteri-menteri untuk meluluskan atau isytihar meluluskan apa-apa projek di kawasan HS bagi membuktikan keprihatinan BN kepada masalah rakyat.

Kedua ialah proses pilihanraya dicemarii dengan liputan media yang berat sebelah menggambarkan parti lawan BN sebagai ‘haprak’ dan tidak berkualiti. Tanpa kekuatan moral para pengamal media perdana menulis apa sahaja yang mereka rasakan dapat menggambarkan keburukan parti lawan BN dan mereka langsung tidak memberi ruang untuk dijawab oleh pihak yang diserang.

Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana antara tuntutan proses demokrasi berpilihanraya ialah perlu ada ruang media yang bebas dan berkecuali dalam membuat liputan supaya media berperanan memantapkan hak kebebasan mendapat maklumat bukan sebaliknya.

Walaupun dalam tuntutan BERSIH tempoh hari perkara ini dibangkitkan namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab persoalan ini dengan mengatakan bahawa ianya di luar bidang mereka, walhal SPR boleh mengambil tindakan kepada pihak yang membuat liputan berat sebelah kerana menganggu proses pilihanraya yang mana SPRlah yang menjadi institusi utama dalam menjayakan proses ini.

Namun apakan daya SPR hanya ‘boneka’ kepada BN dan haknya terbatas kepada kehendak BN yang jika benar-benar SPR bebas dan berkecuali dalam segenap segi pasti keadaan ini akan merugikan BN.

Jikalau inilah makna proses pilihanraya di Malaysia yang keadaanya berat sebelah sudah tentu penguasaan mereka ke atas pengundi begitu besar sehingga menyebabkan Datuk Zaid calon PKR kemungkinan akan hilang deposit dan kalah dengan malunya namun jika dianalisa keadaan dan corak pengundian segala ‘sampah’ yang ‘dilonggokkan’ kepada pengundi tidak menjadi malah tidak berbaloi pulangannya. Buktinya Datuk Zaid mendapat 23,272 undi dan tewas dengan 1725 undi sahaja! Malah undi kepada Datuk Zaid berbanding sebelumnya yang diperolehi oleh Datuk Zainal iaitu 23,177 menunjukkan undi duluan tidak lari banyak.

Implikasi kepada keputusan ini amat besar kepada proses demokrasi di negara ini seolah-olah pihak kerajaan hari ini tidak peka bahawa taktik ini sudah kolot dan ketinggalan zaman, rakyat tidak lagi menjadi ‘mulut-mulut’ yang ‘ternganga’ menerima apa sahaja yang disuapkan kepad mereka secara paksa.

Bukankah masanya keputusan PRK yang kali ke sebelas ini menuntut kerajaan hari ini insaf dan bertaubat?

Analisa undi mengikut kaum pula menggambarkan sesuatu yang amat membimbangkan BN, bak ungkapan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS, “Gembira dalam gelisah.”

Memang kegelisahan itu ada kewajarannya kerana PKR mempertahankan kerusinya daripada direbut oleh BN yang merupakan landasan perpaduan parti politik berbagai kaum berumur hampir 36 tahun dibandingkan PR yang hanya 2 tahun.

Pun demikian undi kaum Cina membuktikan penolakan mereka kepada gagasan BN kerana BN hanya mendapat 5,164 undi di kawasan padat Cina berbanding PR yang mendapat 7,194. Perbandingan dahulu menunjukkan Datuk Zaid mendapat 6 kali ganda sokongan iaitu 344 majoriti undi Cina berbanding 2,030 sekarang.

Bukankah ini isyarat yang mengerunkan BN. Sepatutnya BN yang berbangga dengan gagasan perpaduannya berjaya meraih sokongan orang Cina namun kemaraan PR sebagai parti yang lebih berwibawa memikul perpaduan ini merupakan cabaran terbesar BN untuk PRU ke 13 nanti. Kenyataan ini seolah menggambarkan BN dan konsep perpaduannya tidak lagi releven untuk rakyat Malaysia.

Peningkatan undi Cina sebagai kontranya membawa kebimbangan kepada PR terhadap undi Melayu yang gagal ditembusi Datuk Zaid. Kebanyakan Felda dan beberapa perkampongan Melayu seolah-olah menolak dan belum lagi yakin dengan kemampuan PR membawa aspirasi Melayu dan Islam.

Walaupun PAS bertungkus lumus di tempat dominon Melayu ini tetapi sentiment kuat pengharapan kepada Umno yang menjadi tonggak BN masih tebal. Walaupun demikian isyarat ini tidaklah sangat membimbangkan jika dibandingkan dengan undi Cina yang diperolehi kerana Datuk Zaid berjaya meningkatkan undinya di Kalumpang dan beberapa kampong Melayu yang lain. Bagi PAS trend ini iaitu Melayu masih tidak menyokong PR perlu diambil peringatan penting kerana dalam persaingan politik PR dan BN, PASlah yang akan berhadapan dengan majoriti Melayu dalam Pilihanraya yang akan datang.

Selagi PAS tidak berjaya membawa aspirasi Melayu dalam kerangka PR sebagai wahana masa depan politik negara selagi itulah corak pengundian kaum tidak akan berubah dan ini memberi kelebihan kepada Umno/BN untuk terus berkuasa dan keseimbangan kaum akan terbahagi kepada bukan Melayu sokong PR dan Melayu akan terus sokong Umno, keadaan ini tidak baik untuk masa depan politik negara dan kemungkinan Umno terdesak untuk menggunakan sentiment perkauman amatlah tinggi untuk meneruskan hegemoni Melayu supaya terus berkuasa.

Akhirnya undi rosak rendah berbanding dengan 2008 sekaligus menjawab peningkatan undi kepada BN kerana kemungkinan undi rosak yang tinggi dahulu dapat diselamatkan melalui P. Kamalanathan kali ini.

Begitu juga undi Pos 767 undi pergi ke BN manakala hanya 120 kepada PKR dan ini tidaklah mengejutkan kerana isu undi pos ini terus dipertikaikan ketelusannya oleh PR. Apa pun MIC mendapat sedikir oksijen untuk bernafas walaupun saya yakin hanya sementara.

Kemenangan ini tidak membayangkan masyarakat India kembali menyokong MIC tetapi yang pasti Umno terus mendominasi undi Melayu dan trend ini tidak baik untuk PR jika rancangannya untuk ke Putrajaya terus membara. Jadi kalah atau menang bukanlah isunya tetapi apa yang penting ialah pengajaran untuk memperkemaskan strategi untuk PRU ke 13. Tahniah kepada pengundi HS kerana membawa mesej besar kepada penulisan ini!

oleh : Dr Mujahid Yusuf Rawa

Syeikh Islam Yusof al-Qardhawi menyanggah fatwa Tan Sri Harussani


Perang adalah strategi. Strategi adalah tipu-helah. Peperangan dalam politik adalah peperangan saraf dan mental. Psycological of warfare yang berkesan akan menarik sokongan serta menjauhkan dan meninggalkan musuh daripada mendapat sokongan. Mereka menggunakan segenap ruang dan peluang. Samada bertahan atau menyerang. Dalam suasana seperti inilah orang yang bijak mengambil kesempatan dan peluang nescaya ia memperolehi kemenangan. Perang itu adalah muslihat. Ia disebut oleh Baginda Saw sendiri dengan sabdanya:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلَكَ كِسْرَى ثُمَّ لَا يَكُونُ كِسْرَى بَعْدَهُ وَقَيْصَرٌ لَيَهْلِكَنَّ ثُمَّ لَا يَكُونُ قَيْصَرٌ بَعْدَهُ وَلَتُقْسَمَنَّ كُنُوزُهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَسَمَّى الْحَرْبَ خَدْعَةً
Daripada Abu Hurayrah r.a: Bahawa Nabi Saw telah bersabda: “Akan jatuhnya Kisra dan tiada lagi Kisra selepas itu dan akan tumbangnya Kaisar dan tiada lagi Kaisar selepas itu. Kamu akan membahagikan hartanya fi sabilillah dan dinamakan perang itu adalah muslihat”. Riwayat Bukhari.



Ketika perang sifin, tentera Muawiyyah yang telah hampir dikalahkan telah mengangkat al-Quran di hujung tombak masing-masing yang menyebabkan tentera Ali berhenti memerangi tentera Muawiyyah. Meskipun Ali memerintahkan untuk meneruskan peperangan tetapi tenteranya sudah tidak bersedia dan memilih perdamaian. Dalam peristiwa tahkim, sekali lagi Amr ibn al-‘as sebagai wakil Muawiyyah telah memperdayakan Abu Musa al-Asy`ari yang menyebabkan jawatan Ali sebagai khalifah terlucut dan tertabalnya Muawiyyah menjadi khalifah. Orang melayu menyebut, ilmunya sekati tetapi akalnya seguni nescaya dia boleh mengalahkan mereka yang ilmunya seguni tetapi akalnya sekati. Walau apapun ulasan yang dibuat dalam peristiwa Ali dan Muawiyyah itu, yang pasti Bani Umayyah telah tertegak dan berjaya memerintah beratus tahun. Berjaya menyerlahkan kegemilangan dan pembukaan negara umat Islam dengan cara mereka tersendiri. Apapun kedua mereka adalah sahabat yang tidak segia kita mentajrihkan (melukai) mereka. Masing-masing dengan ijtihad masing-masing.

Silih bergantinya pemerintahan dan sultan dengan pelbagai peristiwa dan catatan sejarah. Setiap masa dan setiap tempat, apabila membicarakan pemerintahan dan perjalanan politik sudah pasti ada pro dan kontranya.

Sehinggalah dimasa kini. Perjalanan politik pilihanraya mendedahkan dengan pelbagai tindakan dan tingkah-laku yang tidak selari dengan jiwa lembut dan naluri akhlak dan kemanusiaan seseorang. Yang terkini apabila menyentuh pilihanraya di Hulu Selangor. Lahirnya cara berpoltik yang jauh dari akhlak Islam. Dedah mendedah, londeh melondeh dan sebagainya. Sebab itulah terdapatnya kelompok tidak mahu terlibat dengan politik pilihanraya dan mengambil sikap mengasingkan diri. Mereka menyibukkan diri mereka dengan urusan masing-masing dan berzikir kepada Allah. Itu lebih bermanfaat buat mereka. Mereka menerima sahaja sesiapa yang menjadi pemerintah dan memberi ketaatan tanpa bangkangan. Mereka berkata: “saya tidak berpihak mana-mana”. “Politik itu kotor dan taknaklah terlibat”.

Apatah lagi apabila Tan Sri Harusani menfatwakan haram berpolitik didalam masjid dengan alasan “Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,” katanya. Inilah tindakan mengangkat al-Quran ketika kelihatan perang hampir kalah. Inilah yang disebut oleh Khalifah Ali r.a sebagai: “Perkataan yang benar tetapi yang dikehendakinya adalah batil” Ini adalah strategi politik seperti mana diambil oleh Amr ibn al-‘As. Pihak media terus menggempur dan mengambil kesempatan. Pihak polis melingkungi masjid di bimbangi adanya demontrasi politik. Pihak pejabat agama akan mengambil tindakan jika khutbah berpolitik. Jangan bicara tentang politik… haram. Politik itu jijik. Tok Imam, tok bilal, para ulama, para ustaz, orang baik-baik jangan terlibat dengan politik. Orang yang terlibat dengan politik jadi kotor orangnya. Orang beriman, beribadah saja kat masjid, urusan pemerintahan dan politik serahkan kapada orang lain. Jangan masuk campur.

Akhirnya urusan politik pemerintahan berada ditangan orang yang kotor dan jijik dari segi agamanya dan akhlaknya.
Sedangkan Islam mengajar sekcil-kecil perkara sehingga cara memasuki tandas. Tidak munasabah perkara besar seperti menjaga ummah, memerintah, mentadbir, menegakkan hukum tidak di ajar didalam Islam. Sedangkan Islam pernah memerintah 2/3 dunia dan mencecah hampir 1500 tahun. Apakah tiada politik? Inilah kebinasaan dan era kejatuhan umat Islam sendiri apabila membelakangkan Islam ketika memilih kepimpinan.

Kenapa begitu fobia dengan perkataan politik. Sedangkan siasah adalah cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam serta mulia kedudukannya. Allah swt mengangkat Nabi Adam a.s sebagai khalifah dan pentadbir bumi. Mustahil tanpa politik boleh melaksanakan tugas khalifah. Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Zulkarnain dan Nabi Muhammad Saw adalah pemerintah. Kalau sekadar nak beribadah. Sembahyang, puasa, zakat, haji maka tak perlu Rasulullah saw berhijrah. Tak perlu berhabis duit, berperang sehingga ramai sahabat yang mati syahid kalau bukan kerana memerintah di Madinah.
Baik beribadah kat Mekah di tepi masjid al-Haram. Pahala pun berganda-ganda. Boleh cium Hajar al-Aswad dan minum air zam-zam sepanjang masa. Tetapi ditinggalkan semua itu untuk menegakkan hukum Allah yang sempurna. Tiada kuasa politik untuk dilaksanakan di Mekah tetapi berjaya di sebuah negara di Madinah. Pentingnya kuasa politik sehingga para sahabat berbincang memilih penganti baginda di Balai bani Saqipah berbanding menguruskan jenazah Rasulullah Saw. Semua sahabat bertebaran dimuka bumi menyertai futuhat kerana kuasa politik yang digunakan untuk melaksanakan perintah Allah Swt. Itulah yang disebut oleh Imam Mawardi sebagai matlamat khalifah: “Menggalang-gantikan tugas nubuwwah untuk menjaga agama dan memerintah dunia dengan agama”. Itulah kehebatan dan zaman keagungan Islam.

Setelah empayar Islam jatuh dan hilangnya sistem khalifah lalu penjajah sedaya upaya mengasingkan kekuatan Islam dari kuasa pemerintah. Agenda sekular ini diteruskan dikalangan orang Islam sendiri.Inilah cakap-cakap penjajah yang diwarisi oleh umat Islam sehingga sekarang.
Inilah cakap-cakap pejuang sekularisme semenjak awal abad ke 19 hingga kini.


دع لله لله وما لقيصر لقيصر
Serahlah urusan Allah kepada allah dan urusan kaisar kepada Kaisar


Kebejatan pihak Kristian dan gereja berpakat serta menghalalkan pemerintahan melakukan kezaliman menyebabkan bangkitnya renaissance yang akhirnya menyisihkan agama dari pemerintahan dan mengikut Karl Marx, untuk memajukan negara hendaklah membuang agama dari pemerintahan.Ideologi sekularisme ini dibawa penjajah ke negara-negara Islam sehingga kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah Turki oleh Kamal ataturk juga membawa agenda sekularisme.

Para penjajah ketika datang ke tanah melayu juga hanya meletakkan agama dan adat istiadat melayu dibawah kuasa Sultan tetapi segala urusan pemerintahan diserahkan kepada penjajah British. Mereka yang menentang dianggap penjenayah dan pemberontak. Tuan Guru Hj abdul Rahman limbong diistiharkan sebagai penderhaka kepada Sultan kerana menentang penjajah. Orang yang taat dan tidak melewan meskipun dijajah itulah orang yang setia dan beriman.

Ingatkan dah 50 tahun merdeka, akal serta fikiran mula merdeka tetapi dijajah pula oleh penjajah bangsa sendiri yang meneruskan agenda penjajah. Munasabahlah lagu lama dikitarkan semula.

UMNO-Bn sendiri menggunakan fatwa Harusani demi politik bukan untuk pelaksanaan syariah. Ketika beliau berfatwa tentang sure heboh itu haram. Apa tindakan UMNO-BN? Tiada apa-apa tindakan bahkan Sure Heboh dibawa ke Perak dihadapan pintu tangga Harusani sendiri. Kenapa dibiarkan ? kerana ia tidak menguntungkan politik UMNO-BN.

Kalau berpolitik dalam masjid itu haram nescaya berpolitik diluar masjid juga haram jika alasan perpecahan umat. Harusani sepatutnya mengharamkan semua perkara yang membawa kepada punca politik perpecahan itu.
Haramkan sistem pilihanraya. Haramkan parti-parti politik. Biar UMNO-BN sahaja yang memerintah berdasarkan sistem satu parti seperti negara-negara Komunis. Biarkan sahaja UMNO-BN memerintah dengan dasar penjajah Lord Reid yang ditinggalkan sehingga kini dengan taat dan redha meskipun hokum Allah tidak tertegak dibumi ini. Tiada lagi amr am’ruf dan tiada lagi nahi munkar. Jadilah politik suku agama suku.

Sedangkan dalam Islam kehidupan muslim itu tidak pernah terpisah dari Islam.
17 kali sehari semalam kita melafazkan ikrar dan sumpah Firman Allah Swt Surah al-An`am: 162



قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, korbanku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekelian Alam



Banyak ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan supaya menerima pakai Islam secara keseluruhannya:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Al-Baqarah : 208



أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ
Adakah kamu beriman dengan separuh kitab dan mengkufuri separuh kitab? Al-Baqarah : 85



Kalau disorot sejarah pula didapati masjid di zaman Rasulullah Saw menjadi pusat segala aktiviti umat Islam. Ia bukan hanya sebagai markaz solat dan ibadah (seperti masjid hari ini) tetapi ianya sebagai pusat ilmu dan pendidikan (universiti), tempat pertemuan pimpinan dan mesyuarat (Parlimen dan DUN), pusat pentadbiran (Pejabat SUK) dan pertemuan pimpinan negara-negara luar dengan Rasulullah Saw (Istana Negara/ Putrajaya). Disitu jugalah Rasulullah Saw memberi tawjihat dan khutbah tentang agama, sosial, ekonomi dan politik bahkan masjid juga sebagai pusat latihan ketenteraan dizaman baginda. Tiada pemisahan antara agama dan politik dizaman Rasulullah Saw sebagaimana yang diimani oleh masyarakat sekarang. Tiada tempat lain dalam urusan politik Nabawi melainkan didalam masjid sehingga memisahkan bahawa ini urusan agama dan ini urusan dunia. Masjid ketika itu sebagai pusat dakwah dan negara.
Begitu juga dizaman Khalifah ar-Rasyidin selepas pemerintahan baginda. Bai’ah kepimpinan mereka dilakukan didalam masjid. Bahkan ucapan Abu Bakar sebagai khalifah pertama tidak diadakan di stadium atau di pejabat SPR atau di parlimen tetapi dilakukan dalam masjid. Bahkan ucapan pertama beliau :


أيها الناس إني وليت عليكم و لست بخيركم ، إن رأيتمونى على حق فأعنونى ، و إن رأيتموني على باطل فسددوني
Wahai manusia. Sesungguhnya aku dipilih menjadi pemimpin keatas kamu dan aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu. Jika sekiranya kamu melihat aku benar maka tolongilah aku. Jika kamu melihat aku melakukan kebatilan maka tegahlah aku.



Ketika Umar al-Khattab dilantik beliau juga melakukan tindakan sama agar rakyatnya menegur dan mengkritiknya jika terseleweng:


أيها الناس من رأى منكم في اعوجاجاً فليقومنى . فرد عليه أحد المصليين . والله لو رأينا فيك اعوجاجاً لقومناه بحد سيوفنا. فرد عليه أمير المؤمنين. الحمد لله الذي جعل في رعية عمر من يقوم اعوجاجه بحد سيفه
Wahai manusia, siapa melihat dikalangan kamu aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku. Maka dijawab dikalangan orang yang hadir bersembahyang itu: Demi Allah jika kami melihat engakau menyeleweng kami akan memperbetulkan dengan pedang kami. Di jawab oleh Amir al-Mukminin: Alhamdulillah yang telah menjadikan rakyat Umar membetulkannya dengan pedangnya.



Satu ketika Umar berkhutbah didalam masjid dan menyebut supaya mentaatinya. Lalu bangun Bilal menyebut engan taat. Apabila ditanya sebabnya kerana ia merasakan Khalifah Umar tidak adil dalam membahagikan kain kerana badan Umar yang lebih besar tidak mencukupi kain yang dibahagikan sehinggalah anaknya Abdullah memberi penjelasan bahawa bahagiannya diberikan kepada ayahnya untuk mencukupkan pakaian yang dipakai Umar. Kalaulah secebis kain diungkit dan disebut dalam masjid sebagai menjaga amanah baitul mal dan kewangan negara agar tidak diseleweng amat malang kalau hari ini tidak boleh disebut didalam masjid penyelewengan beratus juta maupun berbillion duit rakyat dan umat Islam. Kalaulah penegur Umar disebut alhamdulillah, kenapa tukang tegur hari ini ingin diambil pelbagai tindakan bahkan perbuatan tersebut dianggap haram.


Masjidlah tempat yang sepatutnya untuk memberi penjelasan antara hak dan batil. Masyarakat memerlukan pandangan dan panduan agama yang sepatutnya dijelas dan diberi hujah untuk tindakan umat Islam. Umat islam perlu diberi peringatan dan nasihat agar tidak tertipu dan terpedaya dengan kejahatan maupun kezaliman. Sabda baginda Saw:


عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
Daripada tamim al-dari bahawa Rasulullah Saw bersabda: Agama itu nasihat: Kami bertanya: Kepada siapa ya Rasulullah? Sabda baginda: Bagi Allah, bagi kitabnya, bagi Rasulnya, kepada pemimpin-pemimpin umat Islam dan orang ramai”. Riwayat Muslim.


Apatah lagi menjadi kewajipan umat Islam melaksanakan amr ma’ruf dan nahi munkar sebagaimana difirmankan Allah:-


و العصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين أمنوا عملوا الصلحات و تواصوا بالحق و تواصوا بالصبر
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر تؤمنزن بالله
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu mengajak kepada ma’ruf dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.



Atau cukup mendiamkan begitu sahaja kemungkaran, penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Sekadar menjadi syaitan bisu, maka itu bukan kerja ulama’. Ulama pasti menyatakan kebenaran meskipun ianya pahit. Rasulullah Saw mengangkat keberanian mereka itu sebagai jihad yang paling afdhal :-


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
Daripada Abi Saed al-Khudri berkata: Rasulullah Saw bersabda: Setinggi-tingi jihad adalah perkataan yang benar dihadapan pemimpin yang zalim” hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad.

Jika mereka menyebarkan keburukan, fitnah dan kerosakan kepada masyarakat awam melalui media massa dan sebagainya, sedangkan semua ruang untuk menasihat, menegur dan berdakwah ditutup, masjid adalah benteng terakhir. Kalau benteng itu juga tertutup nescaya masyarakat berada dalam kegelapan dan kezaliman. Bagaimana untuk mengeluarkan mereka? Usahalah semampu yang dapat. Gunakanlah harta, tangan, lidah maupun hati kamu. Mereka diajar supaya khutbah dilawan khutbah, syaer dilawan syaer dan pedang dilawan dengan pedang.



عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اهْجُوا بِالشِّعْرِ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يُجَاهِدُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ كَأَنَّمَا يَنْضَحُوهُمْ بِالنَّبْلِ

Hentam mereka dengan syaer-syaer. Sesungguhnya orang mukmin berjihad dengan dirinya dan hartanya. Demi jiwaku yang berada dalam gengamanNya sebagaimana kamu membasahi mereka dengan panah. Riwayat Ahmad.




Sila lihat fatwa Syeikh Islam Yusuf al-Qardhawi ketika ditanya persoalan adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik. Apakah dalilnya jika harus dan apakah dalilnya jika ia ditegah? Jawapan beliau adalah dilarang jika menyebut nama-nama pribadi dengan menghina dan mencela serta memaki atau menggunakan masjid dengan tujuan ta’sub kepartian yang membawa kepada penentangan hukum syariah. Jika sekiranya politik pemerintah ingin menggunakan masjid demi mendirikan politiknya dan bukannya mengukuhkan hukum syara’ maka masjid perlu berpihak kepada hukum syara’ dan bukannya alat kepada pemerintah. Maka tidak seharusnya masjid diharamkan untuk melaksanakan fungsinya dari segi tabie, logik maupun sejarahnya sebagai benteng mempertahankan syara’ dengan memberi ingatan kepada ummah dan menjauhkan mereka dari para thagut yang menggangu-gugat syariatnya dan memaksa untuk mengikut hawa nafsu pemerintah yang tidak untuk Allah Swt. Sesetengah negara Islam pemerintah mewujudkan peraturan dan undang-undang yang bertentangan dengan Islam dan memaksakan ulama menggunakan mimbar-mimbar mereka demi kepentingan politik mereka.
Minbar tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam tetapi sebagai propaganda kerajaan memerintah. Sepatutnya masjid berfungsi sebagai lidah kebenaran, memberi petunjuk berkesan kepada ummah serta mengembalikan kemulian ulama dan pendakwah daripada Allah Swt.


Entahlah kalau Tan Sri nak menyanggah fatwa Syeik Islam. Itulah peliknya. Bercakap politik dalam masjid itu haram tetapi jika UMNO-BN meruntuhkan masjid bujal di Kemaman demi politiknya, dan terkini ingin meruntuhkan masjid Pasir Mina pulak, tidak haram? Semoga Allah Swt menunjukkan kita yang batil itu batil dan menjauhi kebatilan dan yang benar itu benar dan kita bersama-sama dengan kebenaran.

sumber - Ustaz Saiful