Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 13, 2010

GST - Lagi mau UMNO ke Makcik, Pakcik Felda?




GST, rakyat akan merana kerana sikap kerajaan yg di terajui Umno akan membebankan rakyat. Rakyat seperti petani, penoreh getah, nelayan memang tidak tahu apa itu GST.
Itulah polisi dasar kerajaan BN yg. kononnya berkhidmat untuk rakyat,
nah ,skrg lihat dan dengar siapakah pengkhinat kepada rakyat sendiri,
puncanya duit untuk menguntungkan poket kerajaan dan kroni,
begitu dasyat sekali di masa yg sama ekonomi tidak menentu,
harga barang seringkali naik harga, bekalan makanan keperluan kadang2 terputus,
tidak pernah ada dlm sejarah barang keperluan makanan seperti tepung, gula,minyak masak, ikan disaat pemerintahan BN,

MALANG DAN AMAT MALU negara seperti M,sia dengan segala kemudahan dan kekayaan terbentang luas,
namun BN gagal mencorak untuk kebaikan seluruh penduduk menikmati segala hasil-mahsul tetapi ini balasan yg rakyat terima kerana memilih BN.
Begitu rakus dan biadab PM 1 M,sia dan jenteranya menterjemahkan polisi dan dasar untuk rakyat,
nescaya pilihanraya akan datang BN akan tumbang dan berkubur di sumpah oleh rakyat yg dizalimi olen Umno/BN.

sumber - pinocio@TKO

GST Yang Masih Kabur dan Tidak Menentu.

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Badan Bertindak Anti-GST Pakatan Rakyat.

Sekali lagi Menteri Kewangan Kedua membuat pengumuman tentang GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan. Umum mendapati bahawa terlalu banyak kekeliruan dan tidak pernah dibentang secara penuh maklumat tentang hal GST ini.

Hakikat ini diakui oleh beberapa pihak perunding professional termasuk persatuan seperti Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) seperti didedahkan oleh pelbagai penulisan majalah bisnes dan ekonomi tempatan seperti ‘The Edge Malaysia’, Malaysian Business, Star Biz, dll.

Pengumuman mutakhir ini menyebutkan sekali lagi bahawa sejumlah 40 barangan dan perkhidmatan asas seperti bahan makanan, kediaman, pendidikan, perkhidmatan, pengangkutan awam dan penggunaan bekalan air dan elektrik pada kadar tertentu tidak tertakluk kepada GST.

Umum perlu tahu bahawa apakah barang dan khidmat yang terkecuali dan mendapat pelepasan (tax exempted) dan apa pula yang berkadar sifar (zero rated) serta pihak yang terlibat dalam seluruh rantaian perniagaan juga mahu tahu apa yang dimaksudkan dengan pembayaran balik cukai (refund). Pokoknya masih banyak perkara yang kabur, termasuk faktor sistem pengurusan GST ini yang amat rumit dan cukup‘complicated.

artikel penuh

0 comments: